Bila barang dah mula berkarat mesti rasa macam dah tak cantik dan tak nak digunakan lagi. Perkakas yang berkarat juga bahaya pada kesihatan. Tapi kali ini IMPIANA ingin memudahkan kerja anda di rumah agar barang lama yang sudah berkarat tidak lagi dibuang atau dibiarkan begitu sahaja.
Ikuti teknik dan langkah mudah ini bagi penjagaan barang dari pemukaan besi agar tidak mudah berkarat dan tahan lama.
Cuka Putih
Cara mengatasi masalah ini pada besi yang pertama dengan menggunakan cuka putih. Cuka putih adalah bahan yang efektif untuk mengatasi karat pada besi. Cuka putih juga dapat menghilangkan kesan pada besi secara selama-lamnya. Cara menggunakan cuka putih untuk menghilangkan karat juga sagat mudah dilakukan.
Untuk mengatasi karat, rendam alat logam anda yang berkarat dalam mangkuk cuka dan biarkan semalaman. Setelah direndam dengan baik, angkat logam dari rendaman cuka dan gosok karat dengan berus sabut atau dawai.
Baking Soda
Selain cuka, baking soda adalah bahan yang pastinya selalu terdapat di dapur rumah anda. tambahan pula kalau selalu buat kek pasti sentiasa ada sahaja baking soda di dapur. Baking soda ini mampu menghidarkan kesan kotor dan jugak karat.
Ads
Cara menghilangkan kesan degil ini dengan baking soda cukup dengan mencampurkan air dan baking soda hingga pekat dan sapukan pada perkakas yang berkarat tersebut.
Pastikan bahawa bintik-bintik berkarat tertutup dengan baik. Biarkan baking soda melekat pada objek selama satu jam atau lebih. Gunakan berus kawat untuk menggosok sehingga tertanggalnya kesan karat. Bilas dengan air dan keringkan sampai bersih.
Ads
Lemon dan Garam
Dua campuran ini sangat hebat, lemon dan garam pasti ada di dapur anda. Kandungan asid yang ada pada lemon dan dan campuran garam ini dapat menyental kesan karat pada besi.
Teknik ini menggabungkan lemon dan garam campurkan kedua bahan ini sehingga menjadi menjadi seperti pes dan gosok pada permukaan karat tersebut.
Siapa saja yang tidak geli pada tikus? Haiwan perosak yang kotor dan membiak dengan cepat ini dikatakan boleh mendatangkan pelbagai penyakit merbahaya termasuklah menjadi pembawa virus Henta yang telah membunuh seorang lelaki dari China baru-baru ini.
Kehadiran tikus dalam sesebuah kediaman dianggap sebagai bala kerana haiwan ini amat sukar untuk dibasmi, memandangkan jangka hayat tikus adalah lebih panjang berbanding mana-mana haiwan perosak yang lain. Jadi tak hairanlah jika anda lihat tikus dirumah makin hari makin banyak dan makin ligat mendatangkan masalah.
Dan disebabkan itu jugalah kita perlu cari jalan yang lebih efektif untuk menghapuskan terus haiwan menggelikan ini dari kediaman kita. Ada beberapa cara tradisional yang boleh anda lakukan untuk menghalau tikus seperti menggunakan racun tikus dan perangkap tikus. Tetapi tahukah anda, kita juga boleh menggunakan bahan semulajadi untuk membasmi dan mengusir tikus-tikus ini?
Berikut ada beberapa bahan yang boleh anda cuba :
Daun PandanDaun ini bukan sahaja berkesan menghalau serangga malah anda juga boleh gunakan daun pandan untuk menghalau tikus. Bau wangi daun pandan mengandungi bahan kimia beracun buat haiwan perosak ini. Untuk bau yang lebih kuat menyengat, tumbuk daun pandan separa hancur atau letakkan sahaja pada sarang tikus di kediaman anda.
Serai Wangi
Serai mengandungi zat penyembuhan antiseptik yang mampu menghapus kuman dan bakteria selain dapat menghapuskan bau busuk. Bagi anda yang ingin menghalau tikus, semburkan sahaja serai wangi ke tempat yang disyaki menjadi markas mereka dengan kerap. Lama-lama tikus pun tak tahan dengan dan akan terus keluar dari rumah anda.
Kulit Durian
Selain bau durian yang kuat dan menusuk hidung, kulit berduri Raja Buah ini juga akan membuatkan tikus ‘taubat’ nak masuk ke rumah. Anda hanya perlu letakkan potongan kulit durian di tempat yang selalu terlihat tikus. Letak kulit nya saja ya, isi buah anda boleh makan sepuasnya.
Buah Mengkudu
Sifat nuah noni atau buah mengkudu yang antimikrobia, antibakteria dan anti-inflamasi menjadikannya sesuai untuk bertindak sebagai racun haiwan. Satu kajian telah dibuat dan didapati serangga seperti ulat yang telah termakan daun yang diaplikasikan dengan zat inseptik mengkudu menjadi pucat dan tidak lalu makan. Mengkudu sangat berkesan melemahkan serangga dan haiwan-haiwan perosak seperti tikus.
Minyak Daun Pudina
Bau pudina yang seakan ‘berangin’ dan kuat tidak digemari tikus. Jadi salah satu cara lagi untuk anda cuba adalah dengan menyapukan minyak daun pudina pada kawasan tikus berkeliar.
Kapur Barus
Pecahkan kapur barus kemudian letakkan pada tempat persembunyian tikus. Bila dah habis, tambahkan lagi sehingga akhirnya tikus mati dan terhapus. Tetapi anda perlu lebih cermat dengan penggunaan kapur barus kerana ia bukan sahaja bahaya untuk tikus malah, bahan ini juga bahaya untuk manusia jika terdedah dalam jangka masa yang lama.
Jadi inilah antara bahan yang berkesan menghalau dan membasmi tikus dirumah. Selamat mencuba!
Tatarias sempurna pada kediaman yang terletak di Subang Jaya ini cukup mengujakan penulis kerana konsep yang dibawa bukanlah sesuatu yang kebiasaannya dilihat pada mana-mana rumah di rantau ini. Tetapi minat yang mendalam serta pengalaman tinggal di luar negara selama beberapa tahun telah mendorong pemilik untuk tampil dengan reka bentuk dalaman yang nyaman tetapi elegan, hasil sentuhan Puan Zubaidah sendiri.
+ INFO KEDIAMAN
Nama Pemilik: Shamsuddin Othman & Zubaidah Abdul Rahman
Jenis Kediaman: Teres Dua Tingkat
Konsep: Chinoiserie Chic
Keluasan: 26 x 75 kaki persegi
Spesifikasi: 4 bilik tidur, 3 bilik air
Pertembungan dua budaya berbeza dilengkapi barangan antik dan perabot elegan nampak begitu menawan apabila dipadankan dengan hiasan porselin biru putih dan motif floral klasik. Menurut Puan Zubaidah, kediaman yang sudah didiami selama lebih 12 tahun ini baru sahaja diubah suai dari konsep ala Inggeris kepada konsep Chinoiserie. Beliau sendiri yang telah memilih gaya ini kerana ia terasa amat dekat dengan dirinya.
Chinoiserie merupakan trend versatile yang boleh boleh ditafsirkan dari pelbagai sudut dan gaya berbeza. Ia dapat melengkapkan semua konsep hiasan dalaman tidak kiralah yang tradisional mahupun moden. Meniti kediaman dua tingkat ini, penulis dapat lihat gabungan sempurna antara chinoiserie dengan gaya klasik itali yang eksklusif.
Sebenarnya, bukan mudah untuk memastikan gabungan kedua konsep ini menjadi. Pemilik tidak membuat keputusan terburu-buru dan telah mengambil masa untuk memilih segala kemasan dan susun atur sehingga beliau benar-benar berpuas hati dengan hasilnya. Ternyata ia merupakan percaturan yang membuahkan hasil kerana kediaman ini bukan sahaja merupakan ‘syurga’ buat penghuninya malah turut menjadi lokasi pertemuan rakan-rakan Puan Zubaidah.
Minat Menghias Yang Mendalam
Puan Zubaidah yang merupakan ibu kepada dua orang anak ini juga bekerja sebagai perancang majlis. Jadi tidak hairanlah sentuhan tangan magis beliau berjaya membuatkan kediaman berukuran 26×75 ini tampak elegan dan eksklusif sesuai dengan konsep yang ingin diketengahkan.
Pemilik ada menyatakan, minat yang mendalam terhadap seni hiasan dalaman telah mendorong beliau untuk mengubah suai sendiri kediaman ini. Walaupun beliau tiada latar belakang dalam bidang berkaitan, minat dan citarasanya yang tinggi membuatkan sentuhan Puan Zubaidah amat berharga.
“Saya berasa teruja dan gembira apabila dapat melihat sendiri proses transformasi kediaman dari hasil titik peluh saya sendiri. Saya juga amat bersyukur kerana suami dan anak-anak menyokong hobi saya ini”.
Susun Atur Tidak Kovensional
Tatkala pintu utama dibuka, penulis begitu kagum dan tertarik dengan susun atur ruang tamu kediaman ini yang berbeza dengan susun atur kediaman normal. Perletakan perabot di kediaman Puan Zubaidah disusun sedikit senget untuk menampilkan kelainan.
Sofa biru dua tempat duduk yang terletak diruang tamu disusun selari dengan susunan meja makan bagi menampakkan flow yang tersusun selain sebagai salah satu langkah penggunaan setiap inci ruang dengan baik.
Bilik Cucian Kenangan Dari Itali
Menyusur kebahagian belakang kediaman, dimana terletaknya sebuah bilik tetamu yang telah dihias cantik dengan rona biru dan putih. Puan Zubaidah telah memberikan sepunuh perhatian terhadap setiap perincian kamar ini kerana baginya, tetamu haruslah dilayan bagaikan raja. Jadi sudah tentunya persinggahan sementara ini terhias kemas dan selesa oleh tuan rumah.
Disebalik tirai polos biru di dalam bilik ini pula, telah ditempatkan bilik cucian yang diilhamkan khas dari Itali, dimana pemilik pernah menetap beberapa tahun lalu. Salah satu elemen yang menjadi daya penarik dimata penulis ialah kabinet kayu berwarna hijau sebagai ruang penstoran bahan-bahan cucian pemilik.
Mengakhiri kunjungan ke kediaman ini, penulis sangat berpuas hati dengan sentuhan pemilik kediaman yang rata-ratanya kelihatan begitu berbeza dan sangat menginspirasikan.
+ TIP DEKORASI
1. Jangan takut untuk bereksperimentasi dengan susun atur perabot. Manfaatkan setiap inci ruang dengan sebaiknya agar ruang tidak nampak kosong dan hambar.
2. Gabungkan beberapa konsep berbeza dan lihat bagaimana ia mengubah ruagan anda menjadi lebih menarik. Tetapi awas, jangan sampai keterlaluan.
3. Utamakan keselesaan terlebih dahulu berbanding gaya. Tiada siapa mahu duduk di kerusi cantik yang keras.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Backsplash atau kemasan dinding pada bahagian belakang sinki adalah satu perkara yang selalu kita pandang remeh ketika dalam proses renovasi rumah khususnya di dapur. Fungsi utama backsplash adalah bagi menghalang dan mengelak dinding dari terkena air seterusnya mengotorkan bahagian tersebut. Ia tidak perlu terlalu dominan dan menyakitkan mata, namun jika ia terlalu hambar, anda pasti akan tertanya-tanya mengapa ruang dapur anda kelihatan kusam..
Jika anda bercadang untuk menambah baik atau mengubahsuai dapur anda, di sini IMPIANA kongsikan beberapa jenis bahan yang sesuai untuk dijadikan backsplash dengan menilai faktor-faktor berikut ;
1.KOS
Adakah bahan itu mampu milik dari segi kos pemasangan dan kos penyelenggaraan
2.GAYA
Sama ada ia adalah satu gaya yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman atau tidak bersesuaian dengan konsep
3.KETAHANAN
Memastikan bahan yang dipilih berbaloi dengan nilai yang dibayar dari segi ketahanan untuk jangka masa yang panjang
Jangan pula kita lupa bahawa backsplash bukan hanya sekadar elemen dekoratif di dapur tetapi juga merupakan sesuatu yang mempunyai fungsi pelindung. Jadi kita juga perlu menilai backsplash dari aspek functionality. Sama ada material yang dipilih dapat mejalankan tugas menghalang air dari terpercik ke dinding dengan baik ataupun tidak. Keperluan setiap orang juga adalah berbeza-beza jadi ikutlah kesesuaian dan kemampuan masing-masing ya!
Ini 4 material pilihan IMPIANA untuk backsplash :
Kaca
Material kaca sesuai digunakan untuk dapur yang berkonsepkan minimalis dan moden. Material kaca mudah dibersihkan selain buat dapur anda nampak lebih clean dan elegant . Sifat reflektif kaca juga dapat memberikan efek luas pada dapur yang kecil. Penggunaan material kaca harus sering dibersihkan agar kaca backsplash tetap terjaga rapi dan tidak dikotori kesan minyak atau makanan.
Batu Marmar (Marble)
Marmar adalah antara material pilihan popular untuk backsplash. Selain mudah dibersihkan material ini juga menciptakan aura elegan dan mewah. Marmar juga sangat keras dan tidak mudah pecah menjadikannya antara bahan yang bagus untuk jangka masa panjang. Selain untuk dinding anda juga boleh gunakan marmar untuk material counter top anda.
Besi Tahan Karat (Stainless Steel)
Stainless steel merupakan material anti-karat yang mudah dibersihkan. Kotoran hanya perlu dilap dengan kain lembap tanpa perlu bersusah payah. Material stainless steel sesuai untuk dapur yang bertema industrial dan moden. Stainless steel sebagai backsplash juga sering digunakan di dapur-dapur profesional seperti hotel atau restoran.
Jubin Seramik atau Porselin
Material paling common yang kita lihat untuk backsplash ini menjadi pilihan ramai kerana ia amat versatail dan mudah disesuaikan denagn konsep mengikut kehendak pemilik. Dan dari aspek kos pula, harganya berubah ubah bergantung pada saiz, ketebalan dan bentuk yang anda pilih. Tetapi jangan risau, terdapat ribuan pilihan jubin yang sesuai dijadikan lapisan pada dinding, anda hanya perlu pilih yang kena denga bajet dan gaya sahaja.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.