Masalah lemak melekat pada pinggan pasti menjadi masalah besar bila nak basuh pinggan kan. Kebiasaanya, perkara kritikal yang akan dihadapi setelah menjamu selera sup tulang adalah untuk mencuci pinggan mangkuk digunakan. Kebiasaanya, pinggan mangkuk yang digunakan tidak akan dicampur dengan yang lain kerana khuatir lemak-lemak yang tersisa melekat atau berjangkit pada yang lain. Lemak tu, kalau sabun berkali-kali pun tetap tak akan bersih. Nak cucian berkesan, kena lah pakai air panas. Betul tak?
Sebenarnya, ada sabun yang boleh menanggalkan semua jenis minyak dan kotoran degil yang melekat tak kira lah pada pinggan mangku, malah periuk belanga dan lantai yang berbau hanyir. Sabun cucian tu memang tak ada jual di pasaran. Anda perlu hasilkannya dengan menggunakan 3 bahan dari dapur.
Ads
Bahan-bahan:
4 cawan baking soda
1 cawan garam
2 cawan air perahan limau
Ads
Ads
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga rata
2. Sediakan air di dalam besen kecil dan masukkan sesudu pati sabun tadi
3. Larutkan sabun dan masukkan pinggan. Cuci dan bilas seperti biasa
Tak sangka pula sabun, kasut dan beberapa item lain ada ‘expired date’. Tapi ini bukan lah bermaksud lepas baca artikel ini, anda kena buang kesemuanya. Tengok juga kondisi barang berkenaan, kalau masih elok, kenapa perlu membazir.
1. Air freshener
Sebelum anda membeli atau menyembur air freshener rumah periksa tarikh tamat tempoh pada penyegar udara anda dulu, sebahagian besar hanya mempunyai jangka hayat dua tahun.
2. Sabun pencuci pinggan
Yang ni perlu anda ambil perhatian, sabun pencuci pinggan anda hanya mampu bertahan selama 1 tahun sahaja.Jadi jangan ingat time sale tu boleh beli banyak-banyak buat stock setahun ye.
3. Pemadam api
Agensi Perlindungan Kebakaran Kebangsaan mencadangkan agar semua alat pemadam diuji dan / atau diganti setiap 5 hingga 12 tahun (bergantung kepada jenis alat pemadam) bagi memastikan ia beroperasi dengan betul dalam keadaan kecemasan.
4. Peluntur pakaian
Bahan pencuci pakaian yang belum dibuka mempunyai tempoh baik diguna sebelum satu tahun. Selepas anda membukanya, anda perlu menggunakannya dalam tempoh enam bulan.
5. Bantal
Ini yang paling jarang orang tahu. Bantal harus diganti sekurang-kurangnya sekali setahun. jadi kalau ada bantal-bantal anda dah mula nampak lakaran peta dunia, itu dah kira wajib ditukar. Ini kerana bantal yang lebih dari setahun di khuatiri dah jadi habitat bakteria. Tetapi jika rasa bantal anda masih berkeadaan baik, gunakannya sehingga 3 tahun.
6. Sabun
Sabun buku sekarang ini dah semakin jarang orang pakai. Tapi ia sebenarnya mempunyai jangka hayat sehingga tiga tahun. walaupun sesetengah jenama hanya bertahan untuk 18 bulan.
7. Botol gel mandian
Kebiasaannya ramai lebih gemar beli isian semula gel mandian. Bukan tak bagus, tapi ia sebagai salah satu langkah kitar semula juga tu. Tapi jangan lah guna botol gel mandian tu sampai dah hilang warnanya. Sebenarnya, botol gel mandian seelok-eloknya digunakan 3 kali sahaja.
8. Kasut
Kepada mereka yang mempunyai koleksi kasut yang menimbun jangan ingat kasut-kasut anda yang baru di pakai 1 ke 2 kali masih sesuai di pakai selepas setahun walaupun disimpan rapi ye. Kalau nak tahu, sebenarnya kasut mempunyai jangka hayat kira-kira 12 bulan. Ini disebabkan selepas 12 bulan, bakteria mula membiak pada kasut anda.
9. Bra
Buat wanita , ini penting! Awasi bra anda dan periksa sekiranya dawai pada bra sudah mulai keluar, gantikan ia dengan bra yang baru. Purata jangka hayat bra hanya bertahan selama 9 bulan sahaja.
10. Selipar
Tak sangka selipar juga mempunyai jangka hayat. Selipar yang sering kita gunakan sebenarnya mempunyai jangka hayat selama 6 bulan sahaja.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bagi penggemar udang mesti ambil tahu kalau tak tahu. Jangan asyik suka makan sahaja tetapi tak tahu macam mana nak pilih udang yang segar. Pada suatu ketika ada sibuk dengan udang viral RM1. Ramai yang beratur nak beli udang viralkan? Mungkin anda salah seorangnya, siap pernah beratur beli udang viral angkat tangan. Okay jom kita tengok betul ke tidak cara anda memilih udang segar.
Macam mana nak tahu udang tu segar atau tidak, menerusi platform media sosial Facebook @Public Health Malaysia, ada perkongsian cara-cara memilih udang segar dan bersih.
1. Pastikan keseluruhan anggota masih ‘intact’ dan tidak terlerai atau tertanggal.
2. Mata udang dalam keadaan terjojol keluar.
3. Perhatikan kulit kepala udang masih berkilat.
4. Pastikan kulit udang masih lembab dan bukannya kering. Juga perhatikan kulitnya tidak retak.
5. Tiada tanda lebam dan kehitaman terutamanya di bahagian kepala. Itu tandanya udang telah rosak.
6. Elakkan udang yang berlendir.
7. Pastikan udang tidak berbau busuk dan hanyir. Ia petanda bahawa udang itu tidak segar lagi.
Anda tahu tak kalau anda makan makanan laut yang tidak segar anda boleh mengalami keracunan makanan, dan yang paling utama di sini, ingin sarankan tidak salah kalau kita berbelanja lebih sedikit untuk ahli keluarga tersayang.
Udang yang kurang segar juga akan membuatkan masakkan anda akan menjadi kurang sedap seperti biasa. Kalau yang ada alahan tu pastinya akan terus gatal-gatal.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kucing merupakan sejenis haiwan peliharaan atau liar yang merupakan antara haiwan yang istimewa disisi agama Islam kerana ia merupakan haiwan peliharaan Nabi Muhammad SAW yang amat disayangi.
Ramai juga yang masih merasa takut untuk memelihara kucing kerana dikhuatiri membawa keburukan dalam kesihatan. Akan tetapi, semua makhluk yang diciptakan Allah di muka bumi ini tentunya mempunyai kegunaannya masing-masing sama seperti halnya dengan kucing.
Dan menurut perkongsian dari laman Facebook Public Health Malaysia ini, ternyata kucing mampu memberi banyak kesan yang positif kepada manusia.
Berita baik untuk pencinta kucing!
Kajian yang yang dilakukan kepada lebih 4000 individu selama tempoh 10 tahun menemui,
Pemilik kucing mempunyai 30% risiko yang lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung dan strok berbanding individu yang tidak membela kucing.
Penjelasan disebalik penemuan kajian ini adalah berkaitan dengan pengurangan gejala stress dan kebimbangan serta kawalan tekanan darah yang lebih baik. Individu yang membela kucing juga kurang rasa keseorangan dan mempunyai mood yang lebih baik.
Kucing adalah haiwan peliharaan yang setia dan manja. Jika anda tidak mempunyai kucing, menonton video kucing di internet juga telah terbukti dapat meningkatkan tenaga dan menjana emosi yang positif!
Rujukan : Qureshi, Adnan I et al. “Cat ownership and the Risk of Fatal Cardiovascular Diseases. Results from the Second National Health and Nutrition Examination Study Mortality Follow-up Study.” Journal of vascular and interventional neurology vol. 2,1 (2009): 132-5.
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.