Se (7)

Tak sangka pula sabun, kasut dan beberapa item lain ada ‘expired date’. Tapi ini bukan lah bermaksud lepas baca artikel ini, anda kena buang kesemuanya. Tengok juga kondisi barang berkenaan, kalau masih elok, kenapa perlu membazir.

1. Air freshener
Sebelum anda membeli atau menyembur air freshener rumah periksa tarikh tamat tempoh pada penyegar udara anda dulu, sebahagian besar hanya mempunyai jangka hayat dua tahun.

2. Sabun pencuci pinggan
Yang ni perlu anda ambil perhatian, sabun pencuci pinggan anda hanya mampu bertahan selama 1 tahun sahaja.Jadi jangan ingat time sale tu boleh beli banyak-banyak buat stock setahun ye.

3. Pemadam api
Agensi Perlindungan Kebakaran Kebangsaan mencadangkan agar semua alat pemadam diuji dan / atau diganti setiap 5 hingga 12 tahun (bergantung kepada jenis alat pemadam) bagi memastikan ia beroperasi dengan betul dalam keadaan kecemasan.10 Barang Keperluan Ni Ada Tempoh Luput, Bukan Pakai Samapi Lunyai

IKLAN

4. Peluntur pakaian
Bahan pencuci pakaian yang belum dibuka mempunyai tempoh baik diguna sebelum satu tahun. Selepas anda membukanya, anda perlu menggunakannya dalam tempoh enam bulan.

5. Bantal
Ini yang paling jarang orang tahu. Bantal harus diganti sekurang-kurangnya sekali setahun. jadi kalau ada bantal-bantal anda dah mula nampak lakaran peta dunia, itu dah kira wajib ditukar. Ini kerana bantal yang lebih dari setahun di khuatiri dah jadi habitat bakteria. Tetapi jika rasa bantal anda masih berkeadaan baik, gunakannya sehingga 3 tahun.10 Barang Keperluan Ni Ada Tempoh Luput, Bukan Pakai Samapi Lunyai

6. Sabun
Sabun buku sekarang ini dah semakin jarang orang pakai. Tapi ia sebenarnya mempunyai jangka hayat sehingga tiga tahun. walaupun sesetengah jenama hanya bertahan untuk 18 bulan.10 Barang Keperluan Ni Ada Tempoh Luput, Bukan Pakai Samapi Lunyai

IKLAN

7. Botol gel mandian
Kebiasaannya ramai lebih gemar beli isian semula gel mandian. Bukan tak bagus, tapi ia sebagai salah satu langkah kitar semula juga tu. Tapi jangan lah guna botol gel mandian tu sampai dah hilang warnanya. Sebenarnya, botol gel mandian seelok-eloknya digunakan 3 kali sahaja.

8. Kasut
Kepada mereka yang mempunyai koleksi kasut yang menimbun jangan ingat kasut-kasut anda yang baru di pakai 1 ke 2 kali masih sesuai di pakai selepas setahun walaupun disimpan rapi ye. Kalau nak tahu, sebenarnya kasut mempunyai jangka hayat kira-kira 12 bulan. Ini disebabkan selepas 12 bulan, bakteria mula membiak pada kasut anda.

IKLAN

9. Bra
Buat wanita , ini penting! Awasi bra anda dan periksa sekiranya dawai pada bra sudah mulai keluar, gantikan ia dengan bra yang baru. Purata jangka hayat bra hanya bertahan selama 9 bulan sahaja.10 Barang Keperluan Ni Ada Tempoh Luput, Bukan Pakai Samapi Lunyai

10. Selipar
Tak sangka selipar juga mempunyai jangka hayat. Selipar yang sering kita gunakan sebenarnya mempunyai jangka hayat selama 6 bulan sahaja.

10 Barang Keperluan Ni Ada Tempoh Luput, Bukan Pakai Samapi Lunyai

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI