Semalam LAMAN Impiana ada kongsi resepi hormon penggalak buah untuk pokok lemon. Ramai pulak yang tanya apa itu MOL dan cara buat MOL.

Apa itu MOL? ia adalah Mikro Organisme lokal (MOL). Ia dihasilkan melalui proses perapan bahan-bahan tertentu. Ada yang guna buah sahaja, Batang pisang dan pelbagai lagi. Melalui proses perapan bahan-bahan yang telah dipilih, ia akan menghasilkan bakteria yang bermanfaat untuk tanaman. Baik kegunaan nya secara langsung mahupun tidak.

Sebelum menghasilkan MOL, terlebih dahulu kita perlu tahu kegunaan MOL ini. Setiap bahan perapan yang digunakan untuk membuat MOL menghasilkan bakteria yang berbeza dan memberi keperluan yang tidak sama untuk setiap penggunaan nya pada tanaman.

Cara Hasilkan Mikroorganisma Lokal yang Paling POWER Untuk Menggalakkan Penghasilan Buah  Cara Hasilkan Mikroorganisma Lokal yang Paling POWER Untuk Menggalakkan Penghasilan Buah

Antara Jenis MOL dan kegunaanya:

MOL Nasi
Mengandungi bakteria Sacharomycees dan lactobacillus
Mengandungi mikroorganisma pengurai dan penyubur tanaman.

MOL Sabut Kelapa + Jerami
Kaya dengan unsur K (Kalium). Bermanfaat sebagai racun serangga

MOL Aneka Buah
Sebagai perangsang bunga dan buah dan meningkatkan kualiti buah seperti daya tahan dan menambah rasa manis buah

IKLAN

MOL Aneka Sayur
Mengandungi mikroorganisme pengurai dan penyubur tanaman.
Mengandungi Sitokinin, karbohidrat, Pseudomonas, Aspergilus dan Lactobacillus

MOL Rebung Bambu
Mengandungi sumber Organik, Giberellin, Azotobacter dan Azospirillium yang tinggi untuk merangsang pertumbuhan tanaman secara cepat

MOL Boggol Pisang
Mengandungi Giberellin dan Sitokinin. Mengandungi Bakeri Azospirillium, Azotobacter, Bacillus, Aeromonas, Aspergillus, mikrob pelarut fosfat dan mikrob selulotik

Sebenarnya, banyak lagi bahan yang boleh dijadikan MOL. Tapi ini antara yang terkenal dikalangan pekebun sama ada untuk tujuan penghasilan optimum mahupun mempercepatkan pertumbuhan tanaman.

Tapi kali ini, LAMAN Impiana lebih memfokuskan cara nak buat MOL buah. Terdapat pelbagai kaedah dan cara.

IKLAN

Cara Hasilkan Mikroorganisma Lokal yang Paling POWER Untuk Menggalakkan Penghasilan Buah

MOL buah paling mudah

Bahan-bahan:
1 bahagian campuran buah
1 bahagian gula merah

Cara-cara:
1. Potong dadu buah-buahan yang hendak digunakan. Sebaiknya, guna buah-buahan yang dah rosak. Kalau ada yang menggunakan labu, atau buah-buahan yang masih pejal anda dinasihatkan untuk sagat halus dahulu buah-buha keras ini untuk mempercepatkan proses penapaian.
2.Campurkan buah-buahan bersama gula merah tadi sehingga rata dan peram untuk tempoh 7-14 hari.
3. Kemudian tapiskan dan ambil airnya sahaja.
4. Bila nak digunakan, ambil 5-10 ml pati MOL buah tadi dan campurkan bersama 1 liter air tanpa klorin. Ia sesuai dijadikan sebagai semburan foliar.

MOL buah mantap

IKLAN

Bahan-bahan:
5 liter air kelapa
2 liter air cucian beras
0.5 liter perahan air tebu
1.5 liter sari buah betik/nanas/tembikai
1 liter air yang telah dilarutkan bersama 500gm gula merah

Cara-cara:
1. campurkan kesemua bahan dan dikacau rata.
2. Peram bancuhan untuk tempoh 5-7 hari dan kemudian ditapis.
3. Ambil 10 ml pati dan campurkan bersama 1 liter tanpa klorin apabila perlu digunakan.
4. Simpan air MOL di kawasan yang tidak terdedah pada terik matahari di dalam suhu bilik.Tidak perlu simpan di dalam peti sejuk.

MOL pekebun tegar

Bahan-bahan:
1Kg campuran buah-buahan
1 liter air kelapa
1 liter cucian beras
1 liter urin kambing atau lembu
1 KG tinja kambing
sedikit EM 4
5 senduk Gula merah
500 gm kunyit hidup

Cara-cara:
1. Racik halus campuran buah-buahan dan kunyit hidup
2. Campurkan kesemua bahan dan dikacau rata
3. Tutup bekas perapan sehingga ketat. dan diperam selama 2 minggu. Setiap 2 hari anda perlu buka bekas perapan untuk membebaskan gas yang terhasil ketika proses dan kacaukan.
4. Selesai perap 2 minggu, tapiskan air perapan dan simpan air nya di kawasan bersuhu bilik dan tidak terdedah keapda terik matahari.
5. Jika hendak emnggunakannya, campurkan 10ML pati bersama 1 liter air.

Sumber:inspirasiberkebun.blogspot.my

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI