Aircond atau penyaman udara tiba-tiba tak sejuk. Selain berpunca daripada kehabisan gas, ia jua disebabkan oleh kotoran atau habuk yang dah tepu pada bahagian penyaring (filter) atau kipas outdoor unit.
Kebiasaannya, ramai yang ambil keputusan untuk memanggil orang untuk selenggarakan. Lepas tu kena bayar mahal-mahal. Ramai jugak yang mengeluh situasi ni terutamanya apabila di tengah bulan. Jadi tak pasang lah aircond sampai tunggu gaji baru panggil orang service.
Sebenarnya anda boleh je service sendiri unit aircond tu. Mula-mula cuba cuci dulu unit aircond. Ia tak memerlukan peralatan yang rumit. Hanya masa dan tenaga sahaja diperlukan. Lepas dah cuci itu pun masih tak berapa sejuk, itu maksudnya dah habis gas. Barulah tambah gasnya.
Macam mana nak cuci aircond?
1) Filter
Buka penutup depan indoor unit dan keluar filter yang macam jaring dalam tu. Filter ni kena sentiasa dibersihkan sekurang-kurangnya 1 bulan sekali.
Basuh dengan sabun serbuk kemudian sental dengan berus plastik (jangan guna berus sabut). Lepas itu, bilas dengan air paip. Jemur sehingga kering.
Ads
2) Indoor Condenser Coil
Sementara tunggu filter tu kering, vacuum pada condenser coil dan lubang yang ada pada cover indoor unit tu kasi buang habuk dia. Kalau ada habuk yang degil sangat melekat tak nak keluar pada condenser coil tu cara dia senang sahaja. Ambil spray masukkan air paip sembur sikit bagi lembap. Sebelum tu off kan suis aircond dan cabut plug,cover tempat-tempat elektronik board dengan plastik.
Kemudian ambil berus gigi yang sudah tidak digunakan atau berus kiwi kasut ataupun berus cat, sapu perlahan-lahan pada condenser. Tapi hati-hati jangan sampai mencederakan `sirip aluminium’ pula (yang macam bentuk sikat tu). Cuci sampai puas hati.
Ads
3) Blower Fan
Blower fan ini kalau habuk tebal melekat dekat badan dia, angin akan menjadi perlahan sebab itu akan rasa udara sejuk yang keluar tu macam tak sampai. Cara nak cuci blower fan ini tak perlu susah hanya guna kaedah vacuum dan gosok dengan berus gigi atau berus cat. Jangan spray dengan air takut nanti habuk melekat susah nak vacuum.
4) Outdoor Compressor Coil
Yang ini pun kena cuci jugak. Cuba jenguk di bahagian sirip kompressor itu, kalau habuk dah tebal sampai tak nampak coil dalam maknanya memang dah kena sental. Cara dia sama seperti cuci indoor condenser coil.
Tembak je dengan air tapi kalau tak boleh juga terpaksa buka cover outdoor tu kemudian sental dengan berus plastik dan cuci dengan serbuk sabun.
Ads
Selepas itu dibilas dengan air semula. Cuci sampai nampak coil dan kalau boleh penglihatan kita tembus menerusi setiap sirip coil. Jangan takut nak siram air sebab compressor ini memang dah direka untuk tahan hujan mahupun panas.
Dah siap semuanya boleh pasang semula air filter yang sudah kering tadi dengan cover sekali. Siap sempurna semua bahagian telah di pasang dengan yakin, cuba on dan rasa udara yang keluar aircond indoor unit ada perbezaan atau tidak dari sebelum diselenggara.
Kalau sama, perlu buat chemical servis iaitu masukkan gas. Tapi part ni perlukan peralatan dan kemahiran khas. Lebih baik anda panggil orang yang mahir untuk isi gas sahaja.
Senang kan tak perlu susah-susah nak panggil orang buat kerja ni. Sendiri servis lebih puas hati.
Sumber: http://zulkidal.blogspot.my
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
DIY ruang laundry dan dapur basah luas 250 kaki persegi, Kos 25 termasuk upah tukang rumah. Ruang ini biasanya untuk kegunaan membasuh dan menjemur kain, memasak serta menyimpan bahan-bahan mentah.
Berikut perkongsian Mohd Shahrulnizam Zuraimi yang berkongsi tip ruang laundry merangkap dapur basah di rumahnya.
Nota: Barang beli sendiri dan upah tukang untuk buat bahagian ini.
“Atap pakai separuh, atap gajah guna kekuda kayu dan separuh tempered glass. Kekuda kayu untuk atap gajah untuk tingkap dan pintu luar.
“Pasang dua unit lampu. Jumlah kos RM25,000 termasuk upah tukang rumah. Barang beli sendiri. Cat banyak beli online. Tip hendak jimat beli barang-barang kasar, bandingkan harga dengan dua kedai hardware. Ambik harga yang terbaik. Tempoh untuk siapkan ruang ini satu bulan.”
Ruang laundry dan dapur basah yang terbuka sebelum ini.
Aksesori perabot daripada simen, nampak estetik dan mampu ‘sejukkan’ kediaman. Seni penataan berasaskan konkrit atau simen mempunyai tafsiran dan keindahan tersendiri yang mampu mewujudkan persekitaran segar dekorasi.
Secara asasnya digunakan untuk menggantikan kayu untuk mendirikan kediaman. Bagaimanapun kini fungsi dan rekaannya dipelbagaikan dari binaan, rekaan perabot sehinggalah aksesori perhiasan kediaman.
Konkrityang diadun daripada simen bersama air dan kemudian digaul menjadi seperti doh kini digunakan bahan elternatif bagi proses pembuatan perabot serta perkakasan kreatif. Kelebihan yang terdapat pada konkrit terletak pada ketahanan. Ia juga mampu mengekalkan imej moden klasik yang boleh digayakan bagi penataan formal dan tidak formal dalam sesebuah dekorasi.
Jika dulu kita dapat lihat bahawa simen konkrit ini banyak digunakan untuk menghasilkan bangku mahupun taman mini di luar kediaman. Ada juga yang membentuk menjadi tumbuhan seperti cendawan, titi kecil serta kolam ikan.
Penggunaannya kini lebih meluas apabila ada pereka seni dekorasi yang menghasilkan pasu kecil untuk pokok kaktus, lampu perhiasan, kabinet, sinki dan macam-macam lagi. Anda tidak perlu berbelanja besar, luangkan sedikit masa dan gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan aksesori daripada bahan binaan ini. Hasilnya bukan sahaja berbeza, unik tetapi juga dapat menyerlahkan konsep dekorasi rustik dan industrial yang ingin anda tonjolakan di dalam kediaman.
TIP IMPIANA
Usah gentar untuk mengekalkan warna asa konkrit pada kediaman anda kerana ia akan menyerlahkan keunikkan serta mempunyai tarikan tersendiri. Gabungan elemen konkrit dan tumbuhan hijau apada sesebuah kediaman mampu memberi impak natural dan segar.
Produk yang berasaskan konkrit init sememangnya mempunyai isipadu sangat berat dan kedudukan kekal. Maka anda perlu merancang dahulu sebelum mengenakan elemen ini pada dekorasi kediaman.
SONY DSC
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Langsir. Siapa je yang tak pasang langsir di rumah kan. Langsir ini mampu berfungsi pelbagai perkara dalam rumah seperti halang cahaya matahari yang berlebihan masuk, habuk debu, melindungi privasi dan banyak lagi. Tapi, nak pasang langsir mesti kene ada rail dia kan? Rail dia pun penting tau. Rail ini lah memudahkan kita menutup dan membuka langsir. Dan, ada banyak jenis rail langsir ada di dunia ini. Mari saya tunjukkan.
Jadi anda sudahpun lihat rupa-rupa yang berbeza rail langsir.
Pemasangan langsir rumah sudah menjadi perkara biasa. Tanpa penggunaan rail langsir, pemasangan langsir mungkin separa atau tidak betul. Rail langsir boleh diletakkan di dapur, ruang tamu, atau bilik tidur. Langsir sering dipasang untuk memastikan perabot rumah anda tidak pudar akibat pendedahan cahaya matahari yang berlebihan, serta untuk mengelakkan habuk dan untuk menyediakan pengasingan.
Rail tirai sering dibahagikan kepada dua jenis: rel tirai untuk dinding dan rail tirai untuk siling. Akibatnya, sebelum membeli produk sedemikian, pastikan anda memahami jenis rail langsir yang anda perlukan supaya anda tidak membayar lebih. Rail langsir yang ditawarkan di pasaran termasuk rail aluminium, rail bertali, rod kayu keras, rail lengkung, dan lain-lain.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.