Bila sebut putih, ramai di kalangan kita hanya tahu putih ini hanya mempunyai 2 biasan. Putih asli atau putih krim. Ehhh salah tu ! Masih banyak biasan putih yang boleh kita nikmati terutama anda yang mendiami kediaman sempit dan juga yang mahukan gaya harmoni penuh dengan rona feminin. Sederhana namun menggoda pandangan mata. Kuasa rona putih!
ILUSI WARNA PUTIH MEMBERI SERI RUANG
PUTIH BOLEH WAT RUMAH CANTIK KE?
Sebenarnya putih pun ada banyak biasan yang boleh anda cuba. Warna ni taklah terlalu terang atau jelas tetapi jika anda sukakan suasana harmoni, damai dan rileks, ilham macam ni patut kita cuba.
Ads
MANA LEH KITA DAPAT CAT MACAM NI DAN APAKAH PILIHAN BIASANNYA?
Ads
Cuba lihat dalam katalog cat. Selalunya ia disebut sebagai shades of white. Benar pilihan warna ini tidak popular sebab masih ramai yang belum berani memilihnya sebagai warna kediaman. Walhal warna nilah yang patut anda pakai terutama mereka yang duduk rumah kecil dan yang tak berani cuba warna terang tu.
PILIHAN YANG SESUAI UNTUK KITA?
Ads
Terdapat biasan yang boleh anda cuba. Dari newtral seperti warna kulit telur ke kehijauan, merahan, kekuningan malah kebiruan serta kelabu.Ia memberi aura yang positif untuk kediaman anda tanpa ada rasa terkongkong atau keterlualuan. Anda yang mahukan ketenangan dan rasa damai, digalakkan memilih warna seumpama ini. Apatah lagi mereka yang takut bermain dengan warna, boleh mencuba menggunakan warna seumpama ini.
TIP
Pastikan anda memilih biasan yang hampir sama dengan koleksi perabot atau kemasan lembut. Ini meyerlahan lagi suasana dan aur warna yang anda pilih.
Shades of white ini sangat halus warnanya. Anda jangan manik ketika mengecat dinding dan warna putih sahaja yang timbul. Nantikan apabila ia mengering.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ramai yang salah langkah apabila mencuci langsir. Sebab tu, langsir anda mudah rosak atau kelihatan buruk selepas dicuci. Sebenarnya, untuk mencuci langsir bergantung kepada jenis material kain tersebut sama ada ia boleh dibasuh dengan mesin basuh ataupun tidak. Sebagai contoh, material kain langsir yang lebih ringan adalah sesuai untuk pembasuhan di dalam mesin basuh manakala jenis material berat, tidak digalakkan. Berikut ialah teknik – tekniknya;
1. Jika mesin basuh anda dilengkapi dengan kitaran basuhan untuk fabrik lembut, pilih untuk menggunakan sistem itu. Jika sebaliknya, pilih penggunaan kitaran cool wash ataupun slow spin.
2. Tuangkan pencuci fabrik harian anda di dalam mesin basuh lebih kurang dua penutup.
3. Sekiranya kain langsir terlekat kotoran degil, sebelum membasuh dengan menggunakan mesin basuh rendamkan terlebih dahulu kain langsir lebih kurang 15 – 30 minit di dalam sebatian baking soda dan cuka putih. Kemudian bilaskan kain langsir dan masukkan ke dalam mesin basuh.
4. Jika anda bimbang kain langsir merenyuk, jangan ambil risiko membasuhnya dengan menggunakan mesin basuh. Lakukan dengan basuhan tangan sahaja.
5. Untuk mengekalkan langsir yang cantik dan bebas bau yang kurang menyenangkan, gunakan vakum ataupun berus lembut untuk menyingkirkan habuk dan kotoran. Serta semburkan dengan haruman fabrik.
10 TIP CUCI LANGSIR IMPIANA
1. Sheer curtain anda menjadi kelabu? Jangan bimbang, rendam sahaja langsir anda dan biarkan semalaman. Kemudian basuh dan bilas seperti biasa. Jika keadaannya masih agak kekuningan disebabkan oleh kesan kimia cahaya matahari, tukarkan fungsinya kepada hiasan katil seperti kelambu atau pembahagi ruang. Paling penting dengan cucian sempurna ia bukan sahaja berbau wangi dan segar, malah bersih serta masih boleh dikitar semula.
2. Kucing anda semburkan ‘haruman’ pada langsir anda? Jangan panik! Anda boleh rendamkan bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda itu sahaja atau memilih untuk merendamkan keseluruhan langsir. Sebelum merendamkannya ke dalam cecair cucian, sapukan bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda dengan ubat gigi. Biarkan dalam sejam dua. Kemudian terus merendam ke dalam cecair pencuci agar bau kencing kucing hilang, malah tidak boleh dihidu oleh kucing anda.
3. Bagi langsir yang menggunakan kain tebal, anda boleh menggunakan bulu yam atau fabrik pembasmi habuk. Anda boleh lap debu atau habuk yang melekat pada langsir. Lakukan seminggu sekali terutamanya jika anda menetap di kawasan bandar. Manakala bucu langsir pula boleh disedut dengan menggunakan penyedut hampagas. Ada kalanya debu-debu seumpama inilah yang menjadikan fabrik nampak kotor dan kelabu terutamanya bagi anda yang memilih fabrik daripada jenis renda kasar.
4. Bagi yang menggunakan renda, anda juga boleh merendam seketika dengan air panas bersama serbuk pencuci agar rongga jalinan terbuka dan membebaskan kotoran pada celah-celah jalinan benang.
5. Awas! Jika anda menggunakan fabrik sheer halus yang eksklusif, pastikan anda menggunakan mesin basuh daripada cucian lembut supaya ia tidak merosakkan kain.
6. Pastikan anda hanya mencuci langsir sahaja di dalam satu bekas cucian terutamanya jika anda membasuh langsir yang berwarna gelap. Ini bagi mengelakkan warnanya tidak berbelak atau luntur .
7. Anak anda suka menepek gula-gula getah pada langsir? Tentu anda sakit hati bukan? Tenang ya! Anda boleh terus menggosok gula-gula getah tersebut dengan air batu sehingga keras. Kemudian anda boleh menariknya dengan mudah.
8. Jika langsir anda mempunyai tiga panel, anda boleh menukar bahagian panel yang anda mahu dan gantikannya dengan fabrik baharu yang bersesuaian terutamanya di bahagian bawah yang selalunya lebih kotor daripada bahagian atas.
9.Elakkan membasuh swag dengan mesin basuh terutamanya jika anda menggunakan swag daripada jenis satin polos. Ini boleh menjadikan juraian kain langsir anda berkedut dan amat payah untuk anda menggosokkannya nanti.
10.Bagi yang memilih langsir klasik, tali ikatan dengan tassel jangan dibasuh dengan menggunakan mesin basuh. Seandainya kotor, memadai dengan merendamkan tassel tersebut semalaman. Gunakan berus gigi terpakai untuk menyental lembut segala kekotoran jika perlu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bagaiamana puasa anda hari ini? Mungkin semalam sudah ada yang mencuba tip menghindari lalat yang pertama. Apa kata kita cuba tip kedua? Kata orang molek kita cuba satu persatu tip yang menarik dan serasi dengan anda. Apa yang penting usaha yang berterusan dan memastikan persekitaran kediaman kita kekal bersih. Kebelakangan kini semakin ramai tuan rumah yang lebih gemar menggunakan bahan organik sebagai bahan untuk menghindari serangga seumpama ini.
Jadi bahan berikutnya masih lagi dalam keluarga rempah. Kulit kayu manis antara rempah yang sangat kuat aromanya untuk menghalau lalat. Malah ia juga acap kali dijadikan hiasan di meja makan terutama kulit kayu manis bersaiz besar. Ada yang menyatakan kulit kayu manis ini perlu ditumbuk. dan serbuknya dimasukkan ke dalam uncang. Tetapi kini di pasan terdapat serbuk kulit kayu manis dan anda boleh menambahn bawang putih jika mahu sebagai menambah bau yang mampu menghalau lalat.
Tambahkan bawang putih bagi mendapatkan haruman yang lebih menyengat untuk menghalau lalat. Jadi anda boleh tempatkan pada mangkuk dan digubah seperti hidangan . Jadi tidaklah ia hanya kaku seperti bahan masakan yang tidak terusik.
Idea kreatif semarakkan ruang bersama nyalaan lilin dan kulit kayu manis.
IDEA KREATIF
Jadikan ia sebagai uncang dan digantung di ruang makan mahu pun dapur anda. Ia juga sesuai dijadikan pemberian atau pek yang boleh dikomersilkan bagi hiasan meja makan mahu pun ruang dapur anda. Bukan sahaja di meja makan bahkan ditombol pintu dan sebagainya. Selain daripada itu, ikatkan sahaja pada lilin sebagai hiasan meja sempena lebaran nanti. Barulah ada gaya di samping fungsinya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Impiana pasti ramai yang bersetuju bahawa peti sejuk antara peralatan elektrik yang wajib ada dalam sesebuah rumah. Kalau tak ada peti sejuk jawab nya hari-hari lah nak shopping barang yang di masak.
Tapi, peti sejuk pun bukan boleh pakai sumbat je tanpa dibersihkan. Kalau perkara ini terjadi, peti sejuk anda akan menjadi tempat pembiakkan bakteria. Sebaiknya, peti sejuk harus dibersihkan seminggu sekali. Paling tidak pun 1 kali sebulan.
Untuk memastikan peti sejuk anda sentiasa kemas dan bersih, ini perkara yang anda perlu lakukan:
1. Simpanan dalam bekas
Gunakan sama ada bekas tertutup atau bakul untuk simpan barang di dalam peti sejuk. Susun mengikut kategori atau jenis barang. Bila dah susun ikut bekas, ia bukan sahaja nampak tersusun malah memudahkan anda untuk mengambil barang
2. Botol perah
Simpan sos, mayonis, kicap dan sebagainya di dalam botol perah atau botol sos. Nak cantik, guna botol design yang sama dan jangan lupa labelkan
3. Kurang kan bahan buangan
Semua rumah akan hadapi masalah ini. Sedar-sedar je makanan yang disimpan dalam peti sejuk dah luput. Alahai ruginya. Sebab tu impiana cakap peti sejuk perlu diselenggarakan setiap minggu. Salah satu punca nya adalah untuk mengatasi masalah ini. Oleh itu, sediakan satu bekas khas yang menempatkan makanan yang hampir luput tarikh Atau mempunyai tempoh guna yang pendek. Jadi, anda boleh pastikan makanan tersebut perlu dihabiskan segera
4. DIY pencuci
Dah alang-alang mengemas peti sejuk tu, apa kata kita cuci sekali. Tapi nak cuci peti sejuk, tak boleh guna pencuci yang mempunyai bahan kimia. Ia akan mencemarkan makanan anda. Jadi sebaik nya kita DIY sendiri sabun pencuci peti ais tu.
Nak tahu cara hasilkan pencuci peti sejuk dari bahan dapur [klik sini]
5. Label
Bila dah ada label dalam peti sejuk tu, baru anda tahu kat mana barang-barang tersebut perlu disusun atau diletakkan.
6. Peti sejuk berkilat
Kebiasaanya, peti sejuk dibina manggunakan keluli tahan karat pada bahagian luar nya. Untuk pastikan permukaan luar peti sejuk anda sentiasa berkilat, boleh guna campuran Baby oil yang dilapkan pada seluruh permukaan besi. Ia bukan sekadar nampak berkilat, malah mampu mencegah berlakunya karat pada permukaan kelili peti sejuk anda.
Nak tehu lebih perinci cara simpan barang dalam peti sejuk yang betul [klik sini]
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!