
Sebelum ini IMPIANA ada berkongsi cara penanaman pohon anggur di dalam iklim Malaysia. Ada yang kata, pembiakkan dari biji benih lebih mudah. Sebenarnya, untuk dapatkan baka yang baik dan hasil cepat, kaedah pembiakkan dari keratan batang paling disarankan
Nak tahu cara pembiakkan anggur melalui keratan batang, boleh tonton video yang disediakan
How To Grow Grape Vine From Cuttings???CRE: Korean Gardener 초록식물TVLink full: https://www.youtube.com/watch?v=MnyqfdNg1Kk
Posted by DIY Crafts and Projects on Wednesday, 3 June 2020
4 Bahan Semulajadi Sebagai Rawatan Alternatif untuk Merawat Gout

Gout merupakan sejenis penyakit yang juga sebahagian daripada penyakit yang dikenali sebagai athritis. Gout menyebabkan pedih membakar, sakit menyengat kerengsaan dan bengkak pada bahagian-bahagian sendi seperti tumit, lutut dan sendi-sendi jari.Jika dibiarkan gout akan menyerang berulang-ulang kali sehingga boleh menyebabkan kerosakan pada sendi, tendon dan tisu.Mengikut statistik, lelaki lebih ramai mengidap gout dari wanita.
Gout berpunca dari asid urik yang terlalu banyak di dalam darah.
Jika sekali sekala kandungan asid urik dalam darah tinggi, ia tidak merbahaya kerana badan kita berkeupayaan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan melalui kencing. Akan Tetapi jika keadaan di mana asid urik terlalu tinggi itu selalu berlaku ia akan mengakibatkan asik urik itu berkumpul pada bahagian sendi dan menjadi kristal yang keras.Individu yang mengalami masalah obesiti, mengambil minuman beralkohol, makan terlalu banyak daging dan makanan laut akan menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk mengidap gout. Sesetengah ubat , seperti ubat darah tinggi dan kencing manis yang dipanggil “water pill” juga boleh meningkatkan risiko penyakit gout.
Pelbagai kaedah dan petua digunakan sejak dahulu untuk mengubati penyakit gout. Lama sebelum kemajuan perubatan mengambil tempat dalam masyarakat kita. Cuma kini, atas faktor kesibukan dan kurangnya pengetahuan,ramai pesakit gout memilih rawatan moden berbanding dengan petua tradisional. Berikut adalah beberapa petua yang digunakan untuk penyakit gout dan berkesan untuk individu yang mengamalkannya.
1. Buah kemunting.
Buah kemunting yang masak boleh dimakan begitu sahaja sebagai penawar gout. tiada jumlah atau sukatan tertentu.
2. Daun misai kucing
Daun misai kucing yang dikeringkan dan dijadikan teh boleh membuang toksin melalui pembuangan air kecil. Teh misai kucing boleh dijadikan minuman harian untuk diminum seisi keluarga kerana rasanya yang sedap. Teh ini juga boleh didapati dalam bentuk uncang dikedai-kedai atau farmasi dan selalunya dikenali dengan nama java tea. Teh ini untuk mencegah gout.seeloknya diminum selepas mengambil makanan laut dan makanan lain yang mengandungi kandungan asid urik yang tinggi
3. Ubi kentang.
Petua ini diberikan oleh salah seorang pelanggan nurseri herba saya dan diamalkan oleh beliau sendiri serta terbukti berkesan untuk dirinya. beberapa biji ubi kentang dibersihkan tanpa dibuang kulit.potong dengan pisau (paras) bahagian atas, bawah, kiri dan kanan hingga bahagian dalamnya berbentuk empat segi. Bahagian tengahnya dibuang. Jangan dimakan sendiri kerana bisa untuk gout. rebus bahagian yang dipotong tadi dengan air lebih kurang 1 liter (bergantung pada banyak ubi yang digunakan) tiada sukatan tertentu. setelah mendidih minum dan jadikan minuman harian hingga penyakit berkurangan insyaAllah.
4. Buah keladi candik/keladi merbah
Buah keladi candik yang masak berwarna oren terang dan menjadi kegemaran burung merbah menjadi penawar mujarab untuk gout. buanya dimakan beberapa biji(jangan terlalu banyak) sehari sehingga penyakit berkurangan
sumber: Melor.com
Cara Semulajadi Halau Tikus, Guna Kulit Durian Pun Boleh!

Siapa je yang tidak geli dengan tikus? Haiwan perosak yang kotor dan membiak dengan cepat ini dikatakan boleh mendatangkan pelbagai penyakit merbahaya. Kehadiran tikus dalam sesebuah kediaman dianggap sebagai bala kerana haiwan ini amat sukar untuk dibasmi, memandangkan jangka hayat tikus adalah lebih panjang berbanding mana-mana haiwan perosak yang lain. Jadi tak hairanlah jika anda lihat tikus dirumah makin hari makin banyak dan makin ligat buat onar.
Dan disebabkan itu jugalah kita perlu cari jalan yang lebih efektif untuk menghapuskan terus haiwan menggelikan ini dari kediaman kita. Ada beberapa cara tradisional yang boleh anda lakukan untuk menghalau tikus seperti menggunakan racun tikus dan perangkap tikus. Tetapi tahukah anda, kita juga boleh menggunakan bahan semulajadi untuk membasmi dan mengusir tikus-tikus ini?
Berikut ada beberapa bahan yang boleh anda cuba :
Daun Pandan Daun ini bukan sahaja berkesan menghalau serangga malah anda juga boleh gunakan daun pandan untuk menghalau tikus. Bau wangi daun pandan mengandungi bahan kimia beracun buat haiwan perosak ini. Untuk bau yang lebih kuat menyengat, tumbuk daun pandan separa hancur atau letakkan sahaja pada sarang tikus di kediaman anda.
Serai Wangi
Serai mengandungi zat penyembuhan antiseptik yang mampu menghapus kuman dan bakteria selain dapat menghapuskan bau busuk. Bagi anda yang ingin menghalau tikus, semburkan sahaja serai wangi ke tempat yang disyaki menjadi markas mereka dengan kerap. Lama-lama tikus pun tak tahan dengan dan akan terus keluar dari rumah anda.
Kulit Durian
Selain bau durian yang kuat dan menusuk hidung, kulit berduri Raja Buah ini juga akan membuatkan tikus ‘taubat’ nak masuk ke rumah. Anda hanya perlu letakkan potongan kulit durian di tempat yang selalu terlihat tikus. Letak kulit nya saja ya, isi buah anda boleh makan sepuasnya.
Buah Mengkudu
Sifat nuah noni atau buah mengkudu yang antimikrobia, antibakteria dan anti-inflamasi menjadikannya sesuai untuk bertindak sebagai racun haiwan. Satu kajian telah dibuat dan didapati serangga seperti ulat yang telah termakan daun yang diaplikasikan dengan zat inseptik mengkudu menjadi pucat dan tidak lalu makan. Mengkudu sangat berkesan melemahkan serangga dan haiwan-haiwan perosak seperti tikus.
Minyak Daun Pudina
Bau pudina yang seakan ‘berangin’ dan kuat tidak digemari tikus. Jadi salah satu cara lagi untuk anda cuba adalah dengan menyapukan minyak daun pudina pada kawasan tikus berkeliar.
Kapur Barus
Pecahkan kapur barus kemudian letakkan pada tempat persembunyian tikus. Bila dah habis, tambahkan lagi sehingga akhirnya tikus mati dan terhapus. Tetapi anda perlu lebih cermat dengan penggunaan kapur barus kerana ia bukan sahaja bahaya untuk tikus malah, bahan ini juga bahaya untuk manusia jika terdedah dalam jangka masa yang lama.
Jadi inilah antara bahan semulajadi yang berkesan menghalau dan membasmi tikus dirumah. Selamat mencuba!
Baca juga : Cara halau lipan, atasi masalah tahi cicak
Hasilkan “3D Wall Decor” Mewah Dari Kotak Makanan Bijirin

Selain penggunaan cat berwarna kontra, bingkai gambar dan sebagainya sebagai hisana feature wall. Anda juga boleh menggunakan decorative panel yang mempunyai karakter bertatapan dengan konsep yang ingin ditonjolkan. Namun, harga decorative panel ni agak mahal higga boleh mencecah ribuan ringgit. Terkini, bagi yang suka konsep moden, 3D wall decor turut menjadi pilihan.
Sebenarnya ada cara lain untuk anda peroleh 3D wall decor ni dengan harga yang sangat murah. Hanya sedikit tenaga dan usaha diperlukan untuk menghasilkan nya. Seperti yang dilakukan oleh wanita ini, 3D wall decor yang menghiasi dinding kediamannya hanya diperbuat daripada kotak-kotak makan ringan seperti bijirin, biskut dan lain-lain. Tidak memerlukan peralatan yang banyak. Wanita ini berjaya menghasilkan 3D Wall decor yang cantik.
Bahan-bahan:
Kotak bungkusan makanan
Penyembur warna metalik atau mirror effect
Mounting board
Pita pelekat
Pita pelekat kertas
Gam panas
Gunting
Cara-cara:
1. Kumpulkan kotak-kotak makanan dan bersihkan dari sebarang makanan dan kotoran
2. Buka kotak tersebut
3. Lakar bentuk 3 segi dengan ukuran 5x5x6.5 inci di atas kotak makan yang telah dibuka tadi dan potong
4. Sediakan 4 keping bentuk 3 segi yang telah siap dipotong untuk membentuk satu piramid
5. Lekat setiap sisi yang pendek dari bahagian luar dengan menggunakan pita pelekat
6. Gunakan gam panas untuk lekatkan bahagian dalam piramid
7. Sediakan piramid mengikut keperluan
8. Apabila cukup jumlah piramid yang diperlukan, tutup bahagian sambungan piramid dengan menggunakan pita pelekat kertas
9. Sembur dengan pewarna metalik awatu mirror efect untuk mendapatkan kesan lebih mahal
1o. Apabila cat pada piramid telah kering sepenuhnya, lekatkan pada mounting board dengan menggunakan gam panas
Ini antara bentuk susunan yang boleh anda lakukan
Selain menggunakan warna metalik, cat mate juga sesuai digunakan