Ramai yang beranggapan kalau pintu rumah tak sama tinggi atau semakin menurun tak boleh tutup rapat ini mesti sebab cuaca, panas sejuk yang buatkan kayu pintu mengembang dan macam-macam lagi la tanggapan bila pintu tak boleh tutup rapat.
Ini puncanya yang ramai tak tahu. Bukan sebab kayu pintu mengembang atau tanah rumah mendap dan sebagainya. Ini kerana ensel pintu dah lari dari kedudukan asal. Manakan tidak, pintu ni kan tiap hari kita buka tutup, buka tutup. Memang boleh lari la kedudukan ensel tu.
Ensel pintu ni macam lutut kita juga la ye. Selalu guna tapi tak jaga lama-lama alignment tu boleh lari. Jadi macam mana nak jaga pintu agar tak melurut kebawah agar pintu boleh tutup rapat dan tahan lama? Mudah sahaja, kalau buka pintu tu buka la dengan berhemah jangan la main sentap dan kalau tutup pintu tu jangan la main hempas.
Rajin-rajin la letak minyak mesin dekat ensel pintu, tak kisah la pintu rumah mahupun pintu bilik, oleh kata segala jenis pintu la perlu dijaga agar tidak berlaku masalah menurun bila sampai waktu usurnya pintu tu.
Ads
IMPIANA kongsikan bagaimana nak adjust atau baiki pintu yang sudah mendap kebawah atau turun ke bawah dan tak boleh tutup dengan rapat. Kadang-kadang tu terpaksa ketuk,angkat dan ada yang tendang pintu nak bagi rapatkan. Siapa pernah jadi macam ni? Kongsi sikit dengan IMPIANA.
Ads
Tak perlu ye, sampai nak tukar pintu rumah baru pulak kalau hadapi masalah macam ni. Sebab mudah je kalau anda tahu cara atau teknik yang betul untuk baiki pintu yang dan tak boleh tutup dengan rapat. Pintu yang selalu jadi macam ni mestilah pintu jenis kayu. Jadi bila jadi macam ji keselamatan pun kurang, sebab pintu rumah tak boleh tutup dengan rapat.
Ads
Tonton video ini untuk anda lakukan jika hadapi masalah macam ni.
Membuat suatu DIY atau makeover bukanlah perkara yang mudah kerana ia perlukan satu otak yang penuh dengan idea yang berseni dan bahan-bahan untuk menjayakannya. Akan tetapi, dari apa saya baca dari cerita ini, Hana Mkh telah berjaya melakukan sesuatu yang luar biasa, iaitu, dia make over sebuah tangga yang buruk dan kelihatan simple, menjadi tangga yang berwara-warni serta nampak sangat cantik.
Menurut apa yang saya dapat, kebanyakkan barang-barang yang digunakannya adalah dia membeli Shopee. Antara barang yang dibelinya dari Shopee adalah, 2 kotak lantai vinyl, 9 keping L profile dan 3 kotak sticker tangga. Ada juga barang-barang yang dibeli dari IKEA, seperti cermin bersaiz L jenama Stockholm yang berukuran 80 cm, chest drawer jenama Koppang, kerusi, Gateleg table jenama Norden, Pasu dan pokok dan pasu pampas grass.
SEBELUM
SELEPAS
Dari sini juga kita boleh lihat yang warna cat yang digunakannya adalah warna cat rumah iaitu kuning cair dan dinding pula berwarna peach. Selain daripada itu, saya juga dapat lihat yang, Hana Mkh ini, apabila dia membuat make over tangga, dia bukan sahaja tumpukan pada tangga sahaja. Tetapi dia juga membuat makeover pada dinding berdekatan dengan tangga tersebut. Saya merasakan apa yang dilakukan olehnya itu amatlah tepat sekali kerana jika kita hanya make over tangga sahaja, ia tetap akan nampak bosan. Oleh sebab itu, dia mengecat sekali dinding-dinding yang berdekatan dengan tangga tersebut.
Jadi, itulah sahaja cerita yang ingin kongsikan tentang Hana Mkh ini, dalam dia membuat make over tangga rumah yang dari kelihatan bosan hingga menjadi sangat cantik dan berseni. Kita yang membaca ini, mestilah mengambil ilham dari Hana ini, dari segi berfikiran kreatifnya.
Pada waktu dahulu, lantai di rumah hanyalah lantai yang kayu biasa kerana kebanyakkan dulu rumah kampung dan jika ada rumah modern sekali pun, lantai tetap kayu jugak. Kini, sudah tidak lagi sama. Ada banyak jenis-jenis lantai yang kita boleh pilih untuk letakkan dalam rumah kita. Antara pilihan yang terbaik untuk memilih jenis lantai di rumah adalah lantai jenis bambu. Lantai jenis bambu ini semakin popular pada zaman sekarang kerana ia memberi sama penglihatan seperti lantai kayu. Jika ada orang-orang otai atau orang-orang lama yang inginkan rumahnya kelihatan nostalgia tetapi mahukan kualiti yang bagus, pemilihan jenis lantai bambu adalah pilih yang terbaik mereka. Kini, saya akan menunjukkan atau menerangkan apa kelebihan-kelebihan lantai jenis bambu.
Kelebihan lantai bambu yang pertama adalah DAYA TAHAN YANG KUAT.
Lantia jenis bambu ini, mempunyai daya tahan yang sangat kuat. Ini kerana lantai bambu ini mempunyai kualiti yang tinggi dan ia tahan lama. Jika lebih baik, lantai bambu yang dipilih tidak dikarbon kerana lantai bambu yang tidak dikarbon memiliki kekerasan yang ketahanan yang sangat luar biasa.
Kelebihan yang kedua adalah KALIS AIR ATAU TAHAN AIR.
Kalau kita boleh lihat, lantai jenis kayu yang lama atau lantai tradisional, ia akan mudah meresap air dan akan membuatkan lantai menjadi rekah. Oleh sebab itu, keselamatan rumah akan terjejas. Tetapi, ia tidak berlaku kepada lantai bambu. Lantai jenis bambu ini menjaminkan keselamatan dari air lebih dari lantai tradisional kerana lantai jenis bambu lebih tahan dengan kerosakkan air dan tidak akan mudah rekah. Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna lantai bambu akan menjamin keselamatan seratus peratus. Cuma, ia lebih selamat dari lantai kayu tradisional.
Secara kesimpulannnya, lantai jenis bambu ini amatlah pemilihan yang terbaik untuk kita letakkan dalam rumah kita. Bukan sahaja dari segi daya ketahanan dan kalis air, tetapi ia juga ada macam-macam kelebihan lain seperti banyak jenis corak yang boleh menceriakan rumah dan harganya pun lebih murah. Jadi, PILIHLAH LANTAI JENIS BAMBU!
Pernah tak anda rasa perbuatan atau perkara yang anda selalu lakukan di rumah sebenarnya merosak dan menyerabutkan lagi keadaan rumah? Seperti contoh, anda mengantung terlalu banyak cermin di dalam rumah. Bila terlalu banyak cermin di dalam rumah, ia perlu sentiasa dibersihkan supaya sentiasa nampak cantik dan bersih. Bukan kah itu akan membazirkan masa kerana anda perlu peruntukkan satu tempoh masa yang lama untuk mebersihkannya?
Selain itu, terdapat banyak lagi perkara yang dilakukan tanpa sengaja atau anda sendiri tidak perasan yang menyebabkan kediaman anda kelihatan serabut dan tidak kemas. Di sini Impiana senaraikan 13 perkara dan lepas membaca artikel ini, periksa kediaman anda. Jika ada, lakukan perubahan segera.
1. Katil sofa
Perabot ini memang diakui banyak kegunaannya dan ianya bersifat dua dalam satu, katil digabungkan dengan sofa. Tetapi perasan tak, kalau kita sudah ada bilik tidur yang maha selesa, kenapa perlu kita bazirkan membeli katil sofa yang jauh lebih mahal daripada produk sofa yang lain. Mungkin jika rumah anda terbuka untuk ‘couchsurfing’ idea ini boleh diteruskan, kalau tidak, baik tukar sahaja katil sofa anda dengan sofa baru seperti L-shape sofa. Kan lagi molek begitu.
2) Terlalu banyak plastik
Selalunya kita pasti akan menyimpan beg plastik yang diterima sewaktu membeli barangan runcit. Tanpa kita sedari, kita sudah menggunakan terlalu banyak ruang untuk menguruskan beg plastik dengan alasan “mana tau, nanti boleh pakai”. Tanggapan ini salah sebenarnya. Daripada anda biarkan kabinet anda tersumbat dengan terlalu banyak plastik, apa kata anda ambil sedikit masa untuk melipat plastik ini menjadi saiz kecil dan simpankannya di dalam bekas khas. Jimat ruang, hati senang.
3) Lupa kotak yang mana satu
Terlalu banyak kotak juga amat memeritkan keadaan. Ini ditambah pula apabila anda lupa atau tidak ingat apakah isi kandungan kotak tersebut. Pembaziran masa itu pasti kerana anda tidak tahu secara spesifik di mana letaknya barangan yang ingin anda cari kerana terlupa. Anda boleh selesaikan isu ini dengan melabel kotak mengikut kadungan di dalam nya.
4) Cangkuk baju yang tidak terkira
Tahukah anda, terlalu banyak menggantung pakaian boleh mencacatkan pemandangan. Di pasaran terdapat banyak jualan cangkuk pakaian yang jika kita tidak kawal pembeliannya akan mengakibatkan anda berterusan menggantung pakaian. Keadaan ini membuatkan pemandangan dai dalam kediaman anda kelihatan semak.
5) Kasut bersepah di pintu masuk
Walaupun anda meletakkan kasut hanya di satu tempat sahaja iaitu di hadapan pintu masuk, pasti nanti anda akan rasa semak melihat segunung kasut yang berkumpul di hadapan pintu. Kalau kasut sahaja tidak mengapa, tidak masuk lagi isu aroma busuk dari kasut. Apakata anda dapatkan almari khas buat sepatu kesayangan anda malahan setiap kali anda membuka kasut, letakkan satu uncang teh dalam kasut agar ianya boleh menyerap segala bau busuk dan kasut anda akan berbau segar pada kesokkan harinya.
6) Terlalu banyak cermin besar di dalam bilik tidur
Jika bilik tidur anda mempunyai ruangan almari baju yang besar sehingga boleh menempatkan tiga sliding door, elakkan untuk memasang cermin sebesar alam pada ketiga-tiga pintu tersebut melainkan anda terlalu rajin untuk mengelapnya dan ditambah pula dengan sinaran matahari yang menyuluh terang ke dalam bilik sehingga habuk jelas kelihatan di cermin.
7) Penyangkut baju dawai
Ya, hanger dawai jauh lebih murah daripada hanger kayu yang tebal. tetapi tahukah anda hanger dawai cepat patah dan hanya boleh menggantung baju yang nipis sahaja. Takkan baju sahaja yang perlu digantung, seluar jeans, baju panas, takkan nak kena lipat. Tidak ada salahnya untuk berbelanja lebih dalam memastikan pakaian anda kemas dengan hanger kayu yang keras dan tahan lama.
8) Karpet yang terlalu besar di kediaman
Seperti kita semua tahu, tanpa pengudaraan yang baik, karpet merupakan span kepada habuk yang berterbangan di udara. Belum lagi jika kanak-kanak tidak sengaja menumpahkan air berperisa ke atas karpet mahal anda. Nak mencucinya sahaja sudah cukup perit. Minta simpang la.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.