Samada anda baru ingin memasang tikar getah sebagai lapisan perlindungan pada lantai atau anda mahu menggantikan tikar yang lama, memotong tikar getah mengikut saiz yang dikehendaki tidaklah serumit yang anda sangka. Jika sebelum ini impiana kongsikan tip untuk elak tikar getah yang dihampar berkedut [klik sini untuk artikel lengkap] Ia tidak memerlukan alatan canggih atau berkuasa tinggi, malah proses pemotongan ini hanya memerlukan beberapa alatan yang boleh anda dapati dirumah sekarang seperti pisau, gunting, pembaris besi serta pita pengukur.
Secara ringkasnya, anda perlu ukur dan pastikan saiz sebenar ruang yang terbabit. Setelah anda yakin dengan ukuran yang diperoleh, bentangkan tikar getah sehingga memenuhi runag. Dan untuk mengasingkan bahagian lebihan tikar, gunakan pisau tajam dengan bantuan pembaris besi sebagai panduan agar tidak senget benget. Dibawah ini adalah penerangan terperinci tentang langkah-langkah memotong tikar getah dengan mudah. Selamat Mencuba!
LANGKAH 1
Pertama sekali, lengkapkan diri anda dengan peralatan keselamatan yang sewajarnya. Oleh kerana anda akan menggunakan pisau yang tajam, sepasang sarung tangan kerja untuk perlindungan adalah satu kemestian. Bagi mengelakkan kecederaan, elakkan mengendali pisau jika tidak memakai sarung tangan.
LANGKAH 2
Kemudian, pilih permukaan sesuai untuk proses memotong. Kemungkinan risiko untuk pisau yang tajam memotong menembusi tikar getah dan mencalarkan lantai adalah besar jadi pastikan anda meletakkan lapisan kadbod atau papan lapis sebagai alas.
Ads
LANGKAH 3
Ukur keluasan ruang dan pastikan anda tidak lupa ; lebih mudah jika anda catitkan pada kertas. Anda boleh dapatkan saiz setiap gulung tikar getah pada penjual sebelum membeli jumlah yang sesuai dengan saiz ruang anda.
LANGKAH 4
Tandakan dimensi pada tikar bagi memudahkan anda untuk memotong ukuran tepat dengan bantuan garisan yang telah dilukis. Panduan visual seperti ini juga membolehkan anda mempercepatkan kerja dan memastikan proses pemotongan tidak tersasar.
LANGKAH 5
Hamparkan tikar pada kawasan lapang dan rata. Pastikan tikar lurus dan rata serta tiada kedut sebelum memulakan proses pemotongan.
Ads
LANGKAH 6
Letakkan pembaris besi pada sebelah garisan yang telah dibuat tadi. Pastikan anda masih boleh nampak garisan tersebut. Keluarkan pisau dan potong mengikut garisan. Pembaris besi akan bertindak sebagai panduan agar pisau tidak terkeluar dari ‘landasan’.
LANGKAH 7
Bergantung pada ketebalan tikar getah, mungkin anda perlu memotong pada garisan yang sama berulang kali. Berhati-hati ketika membuat potongan kedua atau keiga agar tidak tersalah dan terkeluar dari garisan.
Ads
Tip: celupkan hujung mata pisau dalam air sabun untuk memudahkannya meluncur diatas tikar getah.
LANGKAH 8
Seterusnya, setelah berjaya memotong tikar tersebut anda hanya perlu kemaskan penjurunya. Tikar getah juga mudah dibentuk, jadi tiada masalah jika ada bahagian yang melengkung atau sebagainya. Pastikan juga tangan anda mudah dikawal dan stabil ketika memotong. Dan apabila ukuran yang diambil tepat, dan dipotong dengan sempurna, tikar getah akan kelihatan kemas dan rapi tanpa gelembung udara yang menjengkelkan.
LANGKAH 9
Akhir sekali, jangan lupa untuk membersihkan semula kawasan kerja. Sapu dan buang semua lebihan tikar getah yang dipotong kerana apabila dibiarkan merata-rata, ia boleh mendatangkan bahaya pada anak kecil atau haiwan peliharaan anda. Periksa kawasan terlibat dengan teliti apabila sudah selesai melakukan kerja.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dilancarkan dengan tema “Drink In The Deep Ocean”, koleksi buatan tangan ini diukir dan dipahat dari kayu jati lestari oleh pengukir utama Mary Justice Design (MJD) dan dilengkapi dengan kemasan tembaga yang boleh ditanggalkan. Masing-masing adalah objet d’art dengan pelbagai fungsi menjadikannya hadiah mewah untuk seseorang yang istimewa atau sebagai makanan peribadi. Sentuhan khas adalah plak tembaga yang boleh disesuaikan dengan mesej peribadi.
Reka bentuk dihasilkan dengan pengalaman Mary Justice di Coral Triangle. Karang yang berbentuk kipas adalah dari reka bentuk dan dilekatkan dalam patung kerang berfungsi sebagai pemegang botol.
Satu set Deep Ocean Coaster adalah pandangan terperinci tekstur dari karang kipas dan direka.
Koleksi Flora Coaster yang mempunyai reka bentuk dengan perincian rama-rama cukup menggagumkan. Ukiran tangan ini pastinya membuatkan hiasan meja makan anda tampak lebih indah berbanding biasa. Jadikan hidangan anda lebih bermakna dengan koleksi buatan tangan yang cukup unik ini.
Untuk meneroka koleksi Mary Justice Designs penuh seni rupa sebagai hiasan pelbagai fungsi dan aksesori rumah yang baru dilancarkan, kunjungi www.maryjusticedesigns.com atau beli di Instagram pereka.
Klik di sini untuk galeri gambar beresolusi tinggi.
IG / FB / Pinterest: @maryjusticedesigns
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Jika di bahagian dapur, IMPIANA pernah menyiarkan artikel bahan-bahan masakan yang boleh membuatkan singki anda tersumbat, kali ini kita pergi pula ke bilik air kerana selain daripada singki, lubang mangkuk tandas juga selalu tersumbat dan keluarkan bau yang memang tidak enak. Ini kerana terdapat beberapa bahan yang kita tidak sengaja terbuang dalam lubang tandas.
Tempat najis kucing
Bahan yang diletakkan dalam bekas najis kucing selalunya diperbuat daripada gel silika, mineral dan juga debu tanah. Ia tidak larut dalam air dan boleh menjadi faktor tandas tersumbat secara perlahan kerana seringkali tuan kepada kucing belaan membuang najis kucing sekali dengan pasir tersebut. INGAT, cedok najis sahaja, yang lain buang di tong sampah atau guna alternatif lain untuk pelupusan.
Tisu
Ya, tisu walaupun dipercayai mudah larut, tetapi apabila sudah terkumpul banyak dalam saluran mangkuk tandas, ia akan jadi gumpalan pepejal yang boleh membuatkan mangkuk tandas anda tersumbat. Selain itu, tisu sebegini akan membuatkan anda berbelanja untuk penyelenggaraan tiga bulan sekali, dan sekali ia tersumbat, memang anda akan berbelanja besar.
Lampin bayi
Bahan yang digunakan dalam lampin bayi mempunyai gel yang tidak boleh larut. Apabila terkena cecair, ia akan mengembang dan anda tahu apabila lampin tersebut masuk ke dalam lubang tandas?
Q-Tip / Pengorek Telinga
Pengorek telinga diperbuat daripada plastik untuk bahagian pemegang, sementara bahagian hujungnya pula diselaputi putik kapas. Jika anda buangnya ke dalam mangkuk tandas, kapas pasti akan larut, tetapi bagaimana pula dengan pemegang plastik? Sudahlah tersumbat, ia juga boleh membuatkan benda lain tersangkut dan mengakibatkan tandas anda tersumbat sekali dengan najis.
Minyak dan cecair pelincir
Cecair seperti minyak kenderaan dan minyak memasak jika dilupuskan dalam saliran paip, lama kelamaan akan menjadi kenyal dan menjadi bahan pepejal dan boleh menjadi faktor utama tandas tersumbat. Jadi elakkan membuang sisa minyak ke dalam saluran paip rumah anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Salah satu tema yang sering menjadi pilihan bagi pemilik kediaman di mana kenyamanan dan ketenangan menjadi aspek utama adalah konsep ala Bali. Negeri asal yang terletak di Indonesia ini amat dekat dengan flora dan fauna serta kaya dengan budaya. Bagi anda yang mungkin mahu menerapkan unsur Bali pada kediaman, pastikan rumah tersebut dilengkapi dengan 4 elemen utama ini :
#1 Alam Semulajadi
Gabungkan keindahan alam semulajadi dengan keselesaan hiasan dan susun atur dalam kediaman anda bagi mendapatkan feel yang lebih autentik selain menjamin kebersihan udara di ruang berkenaan. Banyak kelebihannya selain tampak cantik dan menaikkan seri rumah yang berani menerapkan unsur kehijauan pada bahagian dalam.
#2 Budaya
Kekayaan adat dan budaya sememangnya telah cukup sinonim dengan Bali. Jadi apa salahnya jika anda memelihara dan memulihara keistimewaan ini dengan menerapkan beberapa unsur kebudayaan masyarakat Bali sebagai tribute selain melahirkan rasa penghargaan dan kecintaan terhadap pelbagai cabang seni yang terdapat di Bali.
#3 Buatan Tangan
Barangan handmade atau buatan tangan biasanya mempunyai nilai yang lebih tinggi kerana kualiti yang terjamin serta kehalusan seni nya. Kediaman anda akan nampak lebih ‘hidup’ dengan adanya aksesori atau perabot yang dibuat dengan penuh perincian.
#4 Neutral
Pilih warna-warna neutral atau bertona tanah untuk menyempurnakan konsep Bali di kediaman anda. Pemilihan warna dapat memainkan peranan penting dalam menzahirkan mood kediaman yang anda inginkan. Selain memberi ketenangan, earth tones juga melambangkan optimism, semangat dan kegembiraan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!