Bagaimana anda uruskan peti sejuk, TV, komputer dan lain-laian peralatan elektronik yang telah rosak? Mungkin ramai antara kita yang masih simpan peralatan eltronik yang telah rosak. Namun, ia kan mengudang masalah lain kelak. Sebaiknya ia harus dibuang segara.
Namun, ia tidak boleh dibuang begitu sahaja kerana di dalam barang sisa elektronik atau e-waste ini terkandung bahan yang boleh mengudang pencemaran dan sukar untuk dilupskan. Masalah e-waste ini semakin meningkat di serata dunia dan juga di Malaysia. Menurut kajian, Malaysia dianggar menjana 53 juta unit sisa barangan elektronik seperti telefon bimbit, televisyen, mesin basuh, peti sejuk dan alat penyaman udara pada 2020 iaitu 3.5 kali ganda berbanding tahun 1995.
Ads
Disamping itu juga, terdapat bahagian-bahagian tertentu yang boleh digunakan semula. Jadi, anda perlu pastikan e-wate dari kedaiaman anda tidak kire sekecil-kecil tetikus komputer atau telefon bimbit, sehinggalah sebesar-besar barang seperti tv dan peti sejuk harus di urus dan dibuang secara betul.
Ads
Ads
Cara betul melupuskan E-weste ini adalah dengan menghantar ke tempat kitar semula atau trus ke pusat-pusat pengumpulan E-waste yang telah dilantik oleh Household E-waste di bawah selenggaraan Jabatan Alam Sekitar Malaysia yang terdapat diseluruh negara. Boleh klik sini untuk semak pusat E-waste berhampiran dengan anda.
Kini, sudah menjadi satu kemestian dalam kediaman memiliki ruang solat yang sempurna. Mushola di dalam rumah dapat menjadi salah satu indikator sebuah rumah dapat dikatakan Islami. Ia bukan merupakan syarat mutlak, maka tidak semua masyarakat muslim menyediakan mushola di dalam rumahnya. Untuk itu penelitian ini bertujuan untuk mengetahui apa saja faktor yang mempengaruhi seorang muslim menyediakan mushola di dalam rumahnya.
IMPIANA ingin kongsikan ciri ruang solat yang mungkin boleh dijadikan inspirasi kepada anda yang mengidamkan ruang solat. Ruang solat atau surau mini ini berada di dalam butik mewah Bawal Exclusive, jika ada yang menjejakkan kaki ke butik Bawal Exclusive ini apa kata singgah untuk solat di ruang yang cukup selesa dan secara tidak langsung anda akan berasa berada di salah satu masjid di Kota Mekah.
Setiap perincian dan sentuhan yang diberikan oleh Pengarah Design Seni Bina Dalaman dari Aqi Studio Sdn Bhd, Muhamad Baihaqi Abdul Rashid, cukup mencuri perhatian ramai.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Pokok cili kampung antara jenis yang mempunyai jangka hayat yang lama dan tahan serangan penyakit. Namun, pokok cili kampung ni, kedekut buah walaupun dah dibaja. Tapi tidak bagi 2 batang pokok cili So Na Ta yang di tanam di dalam tong cat ni.
Menurut So Na Ta, hasil tuaian dari 2 pokok cili ni beliau berjaya mengumpunlkan 1 dulang cili kampung. Apa rahsianya? Tanam dalam tong cat pun boleh berbuah lebat.
Setiap 2 minggu, lakukan pembajaan dengan hanya menggunakan air basuhan beras dan cucian ikan je. Sebagai tambahan, gunakan baja organik siap proses yang dibeli dari Milagrow
Letak lapisan sabut kelapa pada bahagian dasar tong cat. Ia bertujuan memebri kelembapan keapda medium tanaman untuk tempoh yang lama
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Jumlah mereka yang menyewa kediaman pada hari ini masih lagi tinggi. Ia berikutan harga pasaran rumah yang membebankan masyarakat kita untuk membeli kediaman sendiri. Jadi, pilihan yang terbaik adalah dengan menyewa.
Walaupun menyewa, keinginan dan niat untuk mendekor kediaman sentiasa menjadi halangan. Ia disebabkan oleh peraturan yang telah ditetapkan oleh pemilik seperti tidak boleh mengecat, memaku, menebuk lubang dan sebagainya.
Namun, itu bukanlah halangan kerana penyewa punya pilihan yang lain. Oleh itu, IMPIANA mencadangkan beberapa item dekorasi yang boleh anda terapkan di dalam rumah tanpa melanggar sebarang terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pemilik.
Gunakan langsir yang bercorak
Kebanyakan rumah pada hari ini sudah dilengkapi dengan rel langsir yang mana penyewa hanya perlu mencangkukkan langsir bercorak pilihan anda. INGAT, pastikan anda memilih warna yang sesuai mengikut tema warna dinding rumah.
Troli hidangan
Solusi terbaik untuk mereka yang cemerkap, anda boleh gunakan troli ini sebagai elemen hidangan buat tetamu serta membantu anda menjaga kebersihan terutamanya daripada lauk yang berkuah tumpah ke atas lantai. Bayangkan hidangan lazat anda yang disediakan di dapur, diarak dengan megah dari dapur ke meja makan ruang tamu. Selain itu juga, troli hidangan ini boleh berfungsi sebagai rak hiasan atau meja konsol
Wallpaper mudah tanggal
Cat antara perkara yang paling tidak diendahkan oleh pemilik. Walaupun sudah beberapa kali bertukar penyewa, rumah yang disewakan tetap begitu. Walaupun ada tawaran dari penyewa untuk mengecat kediaman tapi perlu di tolak harga sewaan bulanan, ada pemilik tidak sanggup kerugian. Apa kata gunakan wallpaper yang mudah untuk ditanggalkan, hasilnya anda tidak perlu membazir tenaga mengecat rumah sewa kerana bila sampai masa untuk anda angkat kaki, anda perlu tepekkan semula dinding kediaman menggunakan warna yang sama seperti warna asal.
Lapisan bercorak
Untuk penyewa yang tidak mahu membazirkan tenaga menggantung serta membuat lubang untuk menggantung langsir pada tingkap, apa kata tampal sahaja film cermin bercorak ke atas tingkap rumah anda. Pastikan pilihan anda itu berupaya melindungi privasi tanpa menghalang kemasukan matahari pada waktu siang.
Lampu lantai
Pencahayaan tidak mencukupi. Nak letak lampu disiling tidak dibenarkan melakukan sebarang ubah suai. Apa kata, lengkapkan kediaman anda dengan tambahan lampu lantai. Lampu sebegini boleh diubah alih mengikut kesesuaian. Anda tidak perlu pening kepala nak drill dinding, gantung lampu bagai, nanti nak pindah, satu kerja nak tampal balik dinding yang ditebuk. Kalau dapat pemilik baik hati, tidak mengapa. Kalau jenis cerewet dan tidak mahu pulangkan deposit, anda sendiri yang rugi. Sentiasa bijak dalam mendekor.
Lampu Chandelier
Jika anda perasan, di tengah ruang tamu utama terdapat cangkuk khas. Ianya sama ada digunakan untuk menggantung kipas ataupun lampu. Jika kediaman anda sudah menggunakan air-conditioner, mungkin anda boleh gantikan bahagian siling yang kosong dengan meletakkan lampu chandelier sebagai hiasan utama. Jangan risau, anda tidak akan pening untuk mengalihkannya di kemudian hari apabila berpindah ke rumah baharu nanti.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.