Kunyit, bunga mata hari, kekwa, emas, lebah, mustard semua ini adalah perlambangan terbaik buat warna kuning. Bila menyentuh soal rona seumpama ini, kita bagaikan teruja dan ramai juga yang ketakutan. Risau rumahnya kelihatan seperti sarkas atau tadika dengan palitan rona kuning menyengat.  Namun apakah besar sangkaan itu atau ia sekadar kata-kata orang yang takut bermain dengan warna.?

Cara Bermain Dengan Rona Kunyit, Dekor Nampak Lebih Segar

TIDAK PERLU BANYAK, CUKUP PADA SEBUAH DUA PERABOT DISERIKAN DENGAN RONA KUNIG SEUMPAMA INI BAGI MENYERLAHKAN KEINDAHAN TATA HIAS.

Pereka memilih rona ini bagi menceriakan suasana. Ia juga mampu menghidupkan ruang kediaman yang agak samar kerana kurang pencahayaan semula jadi. Kita jangan dimomokan dengan anggapan lapuk bahawa kuning hanya menjadikan ruang kediaman nampak hodoh dan menyakitkan mata. Ia sebenarnya merupakan antara alternatif warna yang mampu memberikan seri pada ruang, menampakkan keceriaan dan moden.

Cara Bermain Dengan Rona Kunyit, Dekor Nampak Lebih Segar

KUNING TELUR MEMBERI SUASANA NYAMAN PADA RUANG TERUTAMA ANDA MEMILIH PERABOT PUTIH DAN WARNA KAYU DALAM SEBUAH RUANG.

Malah pakar warna juga menyatakan kuning sememangnya sesuai untuk ruang makan, yang mampu membangkit selera tuan rumah. Malah untuk kamar kanak-kanak ia memberi tenaga positif dan ceria. Begitu juga jika anda bermain dengan perabot kayu yang mendominasi ruang, sudah pasti ruang akan nampak agak gelap dan pemilihan warna kunig adalah alternatif terbaik baik memberi keseimbangan ruang.

Cara Bermain Dengan Rona Kunyit, Dekor Nampak Lebih Segar

IKLAN

WARNA KUNING PUCAT MENJADI WARNA UTAMA RUANG MAKAN BAGI MEMBANGKIT SERI DAN SELERA.

Bila bercakap soal kuning, janganlah beranggapan kuning hanya ada satu jenis warna sahaja.Ia didatangkan dalam pelbagai tone dan anda bebs melaras tone apa yang anda rasa selesa pada mata dan keadaan ruang. Malah ramai yang sesuai memilih rona kuning cair sebagai alternatif menjadikan ruang nampak luas.

Cara Bermain Dengan Rona Kunyit, Dekor Nampak Lebih Segar

IDEA BELANG-BELANG YANG MENARIK DAN NAMPAK CERIA. RINGKAS NAMUN CUKUP KREATIF. KUNING JUGA TIDAK MEWAKILI ANAK PEREMPUAN ATAU LELAKI.

Cara Bermain Dengan Rona Kunyit, Dekor Nampak Lebih Segar

IKLAN

PILIHAN WARNA KAYU BERTAMBAH ‘AYU’ DIIMBANGKAN DENGAN RONA KUNING PISANG YANG MELAMBANGKAN EKSOTIKNYA DUNIA TROPIKA.

Cara Bermain Dengan Rona Kunyit, Dekor Nampak Lebih Segar

JANGAN TAKUT MENYESUAI PADAN RONA KEDAM DAN KUNING. IA MENGHIDUPKAN RUANG YANG KEDAM DENGAN PERCIKAN KUNING DAN MENCERIAKAN SUASANA. CUBA PERHATIKAN TONE KELABU DAN KUNINAG YANG HARMONI.Cara Bermain Dengan Rona Kunyit, Dekor Nampak Lebih Segar

SATU LAGI IDEA MENARIK GANDINGAN WARNA KEDAM DAN TERANG YANG KREATIF LAGI BERANI.

Cara Bermain Dengan Rona Kunyit, Dekor Nampak Lebih Segar

IKLAN

KAMAR MANDI DAN TANDAS? BUKAN ALASAN DAN TAMBAH MENARIK. PILIHAN KUNING BUKAN SAHAJA MENERANGI TANDAS KECIL INI MALAH MENYERLAHKAN ESTETIKA YANG ELEGAN.

 

 

 

 

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI