Ramai yang salah langkah apabila mencuci langsir. Sebab tu, langsir anda mudah rosak atau kelihatan buruk selepas dicuci. Sebenarnya, untuk mencuci langsir bergantung kepada jenis material kain tersebut sama ada ia boleh dibasuh dengan mesin basuh ataupun tidak. Sebagai contoh, material kain langsir yang lebih ringan adalah sesuai untuk pembasuhan di dalam mesin basuh manakala jenis material berat, tidak digalakkan. Berikut ialah teknik – tekniknya;
1. Jika mesin basuh anda dilengkapi dengan kitaran basuhan untuk fabrik lembut, pilih untuk menggunakan sistem itu. Jika sebaliknya, pilih penggunaan kitaran cool wash ataupun slow spin.
2. Tuangkan pencuci fabrik harian anda di dalam mesin basuh lebih kurang dua penutup.
3. Sekiranya kain langsir terlekat kotoran degil, sebelum membasuh dengan menggunakan mesin basuh rendamkan terlebih dahulu kain langsir lebih kurang 15 – 30 minit di dalam sebatian baking soda dan cuka putih. Kemudian bilaskan kain langsir dan masukkan ke dalam mesin basuh.
4. Jika anda bimbang kain langsir merenyuk, jangan ambil risiko membasuhnya dengan menggunakan mesin basuh. Lakukan dengan basuhan tangan sahaja.
5. Untuk mengekalkan langsir yang cantik dan bebas bau yang kurang menyenangkan, gunakan vakum ataupun berus lembut untuk menyingkirkan habuk dan kotoran. Serta semburkan dengan haruman fabrik.
10 TIP CUCI LANGSIR IMPIANA
Ads
1. Sheer curtain anda menjadi kelabu? Jangan bimbang, rendam sahaja langsir anda dan biarkan semalaman. Kemudian basuh dan bilas seperti biasa. Jika keadaannya masih agak kekuningan disebabkan oleh kesan kimia cahaya matahari, tukarkan fungsinya kepada hiasan katil seperti kelambu atau pembahagi ruang. Paling penting dengan cucian sempurna ia bukan sahaja berbau wangi dan segar, malah bersih serta masih boleh dikitar semula.
2. Kucing anda semburkan ‘haruman’ pada langsir anda? Jangan panik! Anda boleh rendamkan bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda itu sahaja atau memilih untuk merendamkan keseluruhan langsir. Sebelum merendamkannya ke dalam cecair cucian, sapukan bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda dengan ubat gigi. Biarkan dalam sejam dua. Kemudian terus merendam ke dalam cecair pencuci agar bau kencing kucing hilang, malah tidak boleh dihidu oleh kucing anda.
Ads
3. Bagi langsir yang menggunakan kain tebal, anda boleh menggunakan bulu yam atau fabrik pembasmi habuk. Anda boleh lap debu atau habuk yang melekat pada langsir. Lakukan seminggu sekali terutamanya jika anda menetap di kawasan bandar. Manakala bucu langsir pula boleh disedut dengan menggunakan penyedut hampagas. Ada kalanya debu-debu seumpama inilah yang menjadikan fabrik nampak kotor dan kelabu terutamanya bagi anda yang memilih fabrik daripada jenis renda kasar.
4. Bagi yang menggunakan renda, anda juga boleh merendam seketika dengan air panas bersama serbuk pencuci agar rongga jalinan terbuka dan membebaskan kotoran pada celah-celah jalinan benang.
5. Awas! Jika anda menggunakan fabrik sheer halus yang eksklusif, pastikan anda menggunakan mesin basuh daripada cucian lembut supaya ia tidak merosakkan kain.
Ads
6. Pastikan anda hanya mencuci langsir sahaja di dalam satu bekas cucian terutamanya jika anda membasuh langsir yang berwarna gelap. Ini bagi mengelakkan warnanya tidak berbelak atau luntur .
7. Anak anda suka menepek gula-gula getah pada langsir? Tentu anda sakit hati bukan? Tenang ya! Anda boleh terus menggosok gula-gula getah tersebut dengan air batu sehingga keras. Kemudian anda boleh menariknya dengan mudah.
8. Jika langsir anda mempunyai tiga panel, anda boleh menukar bahagian panel yang anda mahu dan gantikannya dengan fabrik baharu yang bersesuaian terutamanya di bahagian bawah yang selalunya lebih kotor daripada bahagian atas.
9.Elakkan membasuh swag dengan mesin basuh terutamanya jika anda menggunakan swag daripada jenis satin polos. Ini boleh menjadikan juraian kain langsir anda berkedut dan amat payah untuk anda menggosokkannya nanti.
10. Bagi yang memilih langsir klasik, tali ikatan dengan tassel jangan dibasuh dengan menggunakan mesin basuh. Seandainya kotor, memadai dengan merendamkan tassel tersebut semalaman. Gunakan berus gigi terpakai untuk menyental lembut segala kekotoran jika perlu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi yang gemarkan aktiviti berkebun, pastinya anda faham kepuasan yang diperoleh apabila tanaman kita menjadi dan membuahkan hasil. Bukan sahaja menyejukkan mata yang memandang, malah tumbuhan yang ditanam juga mempunyai manfaat dan kelebihan lain, bergantung pada jenis tanaman.
Tanaman ulam khususnya, dapat memudahkan kerja memasak didapur. Hanya perlu petik apabila diperlukan. Berkhasiat, cepat dan yang paling penting, jimat!
Tetapi ramai juga yang takut untuk mula bercucuk tanam kerana risau kerja-kerja menanam itu susah dan berat. Sedangkan ada cara yang mudah yang tidak menggunakan banyak alatan ataupun tenaga.
Perkongsian kali ini IMPIANA fokuskan pada langkah-langkah menanam ulam selom yang mungkin menjadi kegemaran ramai. Lepasni boleh cuba tanam dan makan hasil berkebun sendiri.Memang puas hati! Mari kita ikuti sharingPuan Aida Zainuddin ini.
5 Cara Mudah Tanam Ulam Selom
1. Batang dipotong ikut ruas selom. Ruas tu nanti akan keluar akar. Rendam dalam air.
2. Lebih kurang 5-7 hari direndam dalam akar akan keluar melalui batang selom (tukar air rendaman selalu)
3. Tanam batang yang berakar ni dengan cara melintang
4. Tutup dengan tanah dan siramkan pastikan tanah sentiasa lembap.
5. Dah boleh tuai
Best tanam selom. Sekejap je dah boleh dituai.
Selamat bercucuk tanam!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Seperti selalu yang IMPIANA pesan, nak rumah cantik tak semestinya perlu modal yang banyak. Jika bijak memilih dan mengatur, barang kedai RM 2.10 pun boleh kelihatan cantik.
Seperti yang dilakukan oleh puan Nurfaizah Apandi. Kediaman yang berkeluasan 1000 kaki persegi memperuntukkan masa 3-4 bulan untuk dihias dengan mengetengahkan gabungan konsep scandinavian dan minimalis.
Selalu cari idea di dalam Pinterest. Carian saya kebiasaanya idea dekor kediaman berkonsepkan minimalis dan scandinavian. Dari gabungan tersebut, saya tetapkan tema warna pastel earthy seperti putih, beige, soft brown dan light gray.
Kebanyakkan item di beli dari Ikea, Shoppe dan Lazada untuk barang dekor, langsir dari nagoya, bundle, Daizo dan Eco.
Untuk renovation keseluruhan grill, ceiling, kabinet and table top 16.5k. Untuk perabot sahaja termasuk bilik yg lengkap perabot around 2.5k. Untuk barang2 elektrik and deco simple2 dalam 5.5k. Jadi total semua dalam 24.5k.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Nak memulakan proses makeover kadangkala kedengaran amat rumit sekali. Anda mungkin keliru dan tidak pasti dari mana nak dimulakan.
Seperti hal-hal yang lain, proses ubahsuai juga perlukan perancangan yang rapi. Kenalpasti ruang sedia ada dan apa perubanhan yang ingin dilakukan. Selain itu, faktor bajet juga perlu diambil kira agar proses berjalan lancar.
Jika bajet mengizinkan, boleh lah upah saja kontraktor. Tetapi buat anda yang mahu berjimat dan sukakan cabaran, boleh buat sendiri ubahsuai yang diingini.
Kali ini, melalui perkongsian di akaun facebooknya saudara Ahmad Aqari ada menerangkan satu persatu langkah yang dilakukan bagi proses makeover tandas.
HANYA GUNA CAT, INI CARA MAKEOVER BILIK AIR LAMA JADI BARU DENGAN BAJET RENDAH
Proses kali ini makan masa sedikit disebabkan ada rakan² yg request untuk kita record video semasa proses cat dilakukan. Video sudah pun di-upload di Youtube. Sila tekan link dibawah
LANGKAH-LANGKAHNYA :
Sebelum memulakan proses cat, make sure BERSIHKAN tandas sampai betul² KERING tiles yang nak dicat tu.
STEP 1 (Undercoat), sapukan Primer/Hycote 51WT (Primer+Hardener), cat ni fungsinya supaya top coat akan melekat dgn kuat dan tahan lebih lama dan susah untuk tertanggal. Seeloknya undercoat ni layangkan dalam 1 lapisan shj dan rata. Tunggu ianya betul² kering sebelum memulakan Step 2. Nasihat daripada Nippon, biarkan selama 8jam minima untuk keringkan.
**Once dah bancuh cat (Primer+Hardener), jgn buang masa, dalam tempoh 1jam kena habiskan, kalau tak, cat akan mengeras dan kita akan rugi. Sebab hardener tu sifatnya mengeras/membeku**
STEP 2 (Top Coat), sapukan Protective Coatings/EA4 Finish (campurkan dgn Hardener), pelbagai warna boleh didapati mengikut citarasa masing². Seeloknya layangkan dalam 2 lapisan supaya ianya tebal dan lebih tahan. Nasihat daripada Nippon, biarkan selama 16jam untung keringkan.
**(Sama juga mcm step di atas, habiskan cat dalam tempoh 1jam)**
Selepas complete 2 Step tersebut, tunggu sehingga betul² kering sebelum ianya boleh digunakan.
FRIENDLY REMINDER, make sure pakai face mask masa nak mengecat lantai ni, sebab bau chemical dia agak menusuk hidung (kalah bau cat minyak) plus kita mengecat dalam ruang yang sempit, risau ianya boleh bagi kesan yang tak diingini untuk kesihatan pada masa mendatang.
Kepada mereka² yang tangan ada seni, nak lukis corak² dkt tiles tandas tu pun boleh, pokok pangkalnya ikut kreativiti masing².
Selamat mencuba.
Feel free to share. Semoga bermanfaat buat mereka yang memerlukan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
"Vented, Condenser & Heat Pump"- Kenali 3 Jenis 'Dryer' & Punca 'Overheat' Sebabkan Kebakaran. Mesin Pengering Pakaian (dryer) bagaikan satu keperluan dan gaya hidup buat pemilik kediaman masa kini. Ia dapat menjimatkan masa, lebih-lebih lagi bagi kediaman yang berkeluasan terhad seperti kondominium dan apartmen.