Cantik Hasil Baik Pulih Rumah Pusaka, Kekalkan Struktur Asal Namun Dimodenkan. Negeri Perak memang terkenal mempunyai warisan seni bina rumah tradisional melayu yang cukup cantik dan berseni yang juga dikenali sebagai Rumah Kutai. Memiliki keunikan yang tersendiri dari segi kehalusan ukiran yang terdapat pada pintu, bukaan tingkap, dinding dan penggunaan tanggamnya yang pelbagai.

Namun demikian, rumah tradisional perak ini kian pupus ditelan kemodenan. Ancaman utama rumah kayu dimakan anai-anai, membuatkan kebanyakan pemilik merobohkan rumah lama yang diwarisi sejak berpuluh tahun lamanya untuk digantikan dengan rumah batu yang lebih mudah dijaga dan kukuh binaannya.

Baik Pulih Rumah Pusaka

Kagum dengan usaha pemilik kediaman Sallmy Hilall yang berusaha untuk membaik pulih, memulihara sekaligus menjaga rumah pusaka yang mempunyai seni bina rumah tradisional lama terletak di Sitiawan, Perak ini. Ia bukan sahaja menyimpan kenangan bersama keluarga, malah untuk tatapan generasi pada masa akan datang.

“Harta bukan hanya rumah tetapi kenangan kita di rumah itu.Saya generasi kedua hanya mempertahankan seni ini untuk tatapan anak-anak cucu cicit di masa akan datang,”

“Rumah asal ( kayu) bahagian belakang terpaksa dirobohkan sebab faktor dimakan anai-anai dandimamah usia..Cuma yang masih utuh rumah kayu bahagian hadapan.”

Cantik Hasil Baik Pulih Rumah Pusaka, Kekalkan Struktur Asal Namun Dimodenkan

“Menurut cerita arwah bapa, binaan rumah kayu bahagian hadapan berusia lebih dari 100 tahun.(1920 -2024).Asalnya rumah ini di daerah Kuala Kangsar dibuka sekeping-sekeping papan dan kayu, dipindahkan & di bina semula di Kg Serdang Sitiawan mengikut rupa bentuk asal rumah tersebut.Semuanya adalah kayu dan papan asal dari tahun 1920,”ujar Sallmy.

“Tahun 80an upah buka dan pasang semula dalam RM3K ++. Sekarang ni mungkin mencecah lebih RM50K,” katanya lagi.

Cantik Hasil Baik Pulih Rumah Pusaka, Kekalkan Struktur Asal Namun Dimodenkan

Kekalkan Struktur Rumah Asal

Istimewanya pemilik masih mengekalkan struktur binaan bahagian hadapan rumah pusaka berusia 104 tahun ini. Mempunyai 1 bilik, ruang makan dan ruang tamu. Malah rumah pusaka ini turut bersambung dengan binaan rumah baru kemasan batu.

Rekaan seni bina berbumbung limas, mempunyai ukiran kayu serta tangga batu, manakala pilihan rona hitam putih cukup menyerlahkan lagi seri rumah lama ini.

Selepas dibaik pulih, ia seperti rumah tradisional lama namun mempunyai sentuhan moden. Memang cantik!

Cantik Hasil Baik Pulih Rumah Pusaka, Kekalkan Struktur Asal Namun Dimodenkan Cantik Hasil Baik Pulih Rumah Pusaka, Kekalkan Struktur Asal Namun Dimodenkan

Cantik Hasil Baik Pulih Rumah Pusaka, Kekalkan Struktur Asal Namun Dimodenkan Cantik Hasil Baik Pulih Rumah Pusaka, Kekalkan Struktur Asal Namun Dimodenkan

Cantik Hasil Baik Pulih Rumah Pusaka, Kekalkan Struktur Asal Namun Dimodenkan Cantik Hasil Baik Pulih Rumah Pusaka, Kekalkan Struktur Asal Namun Dimodenkan

IMPIANA: Tahniah buat pemilik kediaman yang berusaha membaik pulih dan mengekalkan struktur rumah tradisional lama. Meskipun tak mudah untuk menjaganya, semoga ia menjadi tatapan dan inspirasi buat generasi masa akan datang.

Mesti Baca: Ubah Suai Rumah Pusaka Uzur Usia 50 Tahun Jadi Konsep Vintage Retro!
Baca Lagi Di Sini:Rumah Kampung Pusaka 12 Bilik Binaan Baru Dalam Kebun, Hasil Kongsi Duit Adik Beradik
Artikel Menarik:Banglo Mewah Biduanita Negara Diroboh. Siap Ada 5 Ruang Tamu & Perpustakaan

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI