Bunga Clitoria ternatea telah dinamakan sebagai ‘Clitoria’ kerana ia menyerupai struktur organ pembiakan wanita. Herba ini telah didapati berkesan dalam merawat gangguan seksual wanita seperti kemandulan, gangguan haid dan lain-lain. Bunganya juga dikenali sebagai bunga afrodisiak yang boleh dijadikan sebagai perangsang seksual. Di samping itu ia juga mampu mengatasi masalah batuk, selesema dan asma. Akar Clitoria ternatea mempunyai nilai perubatan yang besar dan boleh dijadikan dalam bentuk serbuk sebelum dimakan. Malah ia boleh direbus dan menjadi ubat kumur dalam melegakan sakit tekak.

Bunga Telang Pewarna Asli Hebat Bantu Pulih Batuk Dan Sakit Tekak

Selain bunganya yang banyak memberi manfaat dan berfungsi sebagai pewarna makanan dan minuman semula jadi, bunga telang ini juga sering ditanam sebagai tanaman memanjat sebagai hiasan di trelis, pergola, pagar dan sebagainya kerana bentuk bunganya yang menarik. Ia sesuai hidup dalam kawasan lembap dan bertanah neutral. Buahnya pula bersaiz 5-7 cm panjang, berbentuk seperti kacang dan berpermukaan rata dengan setiapnya mengandungi 6 hingga 10 biji benih. Ia boleh dimakan apabila masak.

 

IKLAN

Sebagai spesies kekacang, keistimewaan tumbuhan ini ialah akarnya membentuk satu jalinan simbiotik dengan bakteria tanah dikenali sebagai rhizobia yang mengubah atmosfera N2 ke dalam bentuk yang boleh digunakan oleh tumbuhan, untuk meningkatkan kualiti tanah melalui penguraian tisu yang kaya dengan unsur Nitrogen.

 

Di Asia Tenggara bunganya digunakan untuk mewarnakan makanan. Dalam masakan Melayu, ekstrak akueus digunakan untuk mewarnakan nasi pulut untuk kuih Ketan (juga dikenali sebagai pulut tai tai dalam masakan Peranakan / Nyonya ) dan dalam nyonya chang . Di Kelantan ia digunakan untuk mewarnakan nasi putih untuk Nasi Kerabu . Manakala di Thailand , minuman biru bersirap dihasilkan serta dipanggil nam dok anchan, kadang-kadang digunakan dengan setitik jus limau manis untuk meningkatkan keasidan dan menjadikan jus berwarna merah jambu-ungu. Dalam masakan Burma dan Thai bunga juga dicelup dalam adunan tepung dan digoreng.

IKLAN

Bunga Telang Pewarna Asli Hebat Bantu Pulih Batuk Dan Sakit Tekak

Clotoria ternatea juga tumbuh dengan baik apabila mendapat dedahan cahaya matahari yang cukup iaitu ia sesuai hidup di kawasan yang menerima sinaran matahari penuh dan separa penuh. Pokok ini juga mempunyai kadar pertumbuhan yang cepat andai ditanam pada tanah yang subur. Kebiasaannya bunga telang ditanam menggunakan biji benih yang boleh didapati daripada buah yang telah merekah. Bunganya berkembang dalam tempoh 7 hingga 11 minggu selepas disemai serta mengeluarkan bunga sepanjang tahun. Ia juga direkodkan sebagai tanaman yang mudah hidup dan biak asalkan keperluan asasnya seperti cahaya dan tanah subur dibekalkan dengan baik.

IKLAN

 

Keistimewaan bunga ini yang mempunyai dwi fungsi iaitu sebagai sumber dalam pemakanan dan mempunyai nilai estetika tinggi sebagai ornamental plants menjadikan ia tumbuhan serba guna yang patut dipertimbangkan sebagai salah satu tumbuhan yang patut ditanam di laman-laman kediaman.

Bunga Telang Pewarna Asli Hebat Bantu Pulih Batuk Dan Sakit Tekak

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI