Labu Sayong merupakan warisan budaya orang melayu yang begitu bernilai kepada sejarah terutamanya di negeri Perak.
Sering dijadikan elemen dekorasi, rupanya ada manfaat orang dulu-dulu menyimpan air LABU SAYONG. Rupanya dengan menyimpan air di dalam labu sayong dan diletakkan di sudut dalam rumah mampu menyejukkan ruang.
Foto Via Pexels
Baca perkongsian pengalaman dari Puan Aqilah Norini.
Sebelum ni saya menyimpan air di dalam labu sayong. Tapi, sekian lama air dia kering macam tu sahaja. Tapi saya perasan masa tu, ruang rumah jadi sejuk sedikit. Saya mencari perkaitannya.
Rupanya, ada satu kajian telah dibuat oleh UPM tentang labu sayong dan kaitannya dengan penyejukan. Saya rasa macam ada menyumbang kepada suhu bilik juga.
Ads
Saya letak satu labu sayong dalam bilik, dipenuhi air untuk menyejukkan ruang kamar tidur.
Ads
Nampaknya kena beli lagi labu sayong untuk diletakkan di ruang lain. Betapa khazanah warisan sebegini, sangat ‘di luar kotak’ manfaatnya.
Tanah lot lidi harganya murah. Penjualan tanah lot lidi kebiasaannya berlaku atas dasar kepercayaan. Konon ada surat perjanjian cop peguam. Bagaimanapun perlu diingat selagi nama tiada dalam geran maka tanah itu bukan milik kita. Sebaliknya waris kepada nama yang ada dalam geran itulah yang berhak.
Sudah banyak kes berlaku, pembeli sudah buat rumah, pada akhirnya penama dalam geran (pemilik asal) meninggal maka waris yang berhak membuat tuntutan faraid. Maka semua mereka yang beli tanah itu dihalau. Jika bawa kes tersebut ke mahkamah pun tetap kalah.
Sedih juga bila baca kisah seorang pembeli lot lidi. Sudah lebih 35 tahun tinggal di rumah yang dibina di atas lot lidi yang dibeli, akhirnya terpaksa akur apabila diperintahkan keluar dari rumah yang telah didiami sejak sekian lama itu.
Apakah lot lidi? Tidak dapat dinafikan masih ramai yang belum tahu sepenuhnya tentang lot lidi. Pembelian lot tanah yang melanggar undang-undang tanah dan tiada geran akan dikeluarkan. Penjual ambil kesempatan menjanjikan akan keluarkan geran selepas beberapa tahun terima bayaran padahal pejabat tanah takkan keluarkan geran baru sebab sudah melanggar undang-undang tanah. Tidak lepas syarat untuk keluarkan geran baru.
BEZA ANTARA BELI TANAH LOT LIDI DAN TANAH PERTANIAN PEMILIKAN BERSAMA
Bila saya kata TANAH LOT BANGUNAN GERAN KONGSI (LOT LIDI) tidak boleh di pindah milik kepada pembeli, ramai yang keliru dan marah saya balik. Ada yang kata, dulu ayah saya beli boleh je buat pindah milik. Nama dia boleh je masuk dalam geran. Tak de masalah pun.
Sebenarnya, yang ayah anda beli itu bukan tanah lot bangunan geran kongsi tetapi TANAH PERTANIAN GERAN KONGSI PEMILIKAN BERSAMA. Jangan keliru antara kedua-duanya.
Yang saya kata tak boleh dipindah milik tu adalah kalau korang beli TANAH LOT YANG DIDAKWA BERSTATUS BANGUNAN, TETAPI HAKIKATNYA MASIH TANAH PERTANIAN.
Dalam geran pun nama seorang pemilik berdaftar sahaja. Sedangkan pembeli 10 orang. Macam mana nak pindah milik kepada kesemua 10 orang tu. Memanglah tak boleh. Melainkan penjual buat pecah sempadan dan tukar syarat kepada status bangunan terlebih dahulu. Dapat geran individu yang berasingan barulah boleh dipindah milik pada nama korang.
Tapi kalau anda beli mana-mana bahagian daripada TANAH PERTANIAN PEMILIKAN BERSAMA, yang itu boleh dipindah milik kepada nama anda, tiada masalah. Hal ini kerana bahagiannya jelas dinyatakan dalam geran.
Berikut penerangan yang lebih jelas:
Ini pula pandangan daripada Azizul Azli Ahmad yang merupakan pelabur hartanah kecil.
JIKA TERBELI LOT LIDI?
Ramai yang bertanya, saya juga tiada pengalaman beli lot lidi.
Ini sekadar pandangan saya dan pengalaman berurusan jual beli tanah selama ini.
Cadangan saya:
1. Kaveatkan tanah tersebut agar pemilik juga tak boleh jual pada sesiapa lagi selepas ‘kita terkena.’
2. Semak nombor rujukan file jika tuan tanah sudah mohon atau tidak untuk tujuan tukar status tanah. Penjual akan jual ayat,
“Kita dah mohon, Pejabat Tanah lambat sungguh” dia akan burukkan Pejabat Tanah biasanya.
Sepatutnya sebelum jual lagi sudah mohon tukar status tanah. Tempoh masa kelulusan bergantung kepada peringkat mana kelulusan itu, kalau perlu sampai exco kerajaan negeri lambatlah jawabnya.
Jika tanah desa selalunya di peringkat pentadbir tanah daerah sahaja, itu memang cepat.
3. Bagi permohonan tukar kategori tanah juga perlu melalui jurukur berlesen. Jurukur akan mohon ke pejabat tanah dan akan dimasukkan dalam mesyuarat kebenaran merancang oleh PBT.
4. Jangan bina apa apa bangunan atau rumah lagi di atas tanah itu. Ia bukan milik anda. Ratakan pun jangan, biar gajah membiak dan mengawan disitu saja.
5. Tuan tanah kena bayar ukur sempadan, bayar premium dan cukai. Setiap juruukur bertauliah kenakan bayaran berdasarkan keluasan tanah. “Mahallah bang?” Mana ada benda murah dik, untung jual lot kau nak.
6. Harga jual sepatutunya dah masuk semua bukan ada bayaran tambahan lagi dimasa depan.
7. Biasanya untuk satu ukuran tanah tiada ukuran spesifik keluasan. Bagi tanah bandar mesti keluasan 5000+ kps ikut standard pejabat tanah masing masing untuk satu lot. Kebanyakkan lot lidi dibuat ikut suka hati tuan tanah sebab nak untung. Maka janganlah beli!
8. Perlu diketahui bahawa Pejabat Tanah tidak pernah iktiraf lot lidi ini kerana tidak ikut spesifikasi seperti simpanan jalan dan kawasan lapang. Dia main ikut suka tuan tanah nak bagi lot.
9. Nama pembeli juga sebenarnya tak boleh masuk dalam geran sebab untuk syarat pertanian, keluasan yang boleh dipindah milik mesti melebihi 1 ekar. Jika tak sampai keluasan 1 ekar, maka kena pindah keseluruhan bahagian tanah.
Sebelum nak beli tanah fahami tatacara urusan jual beli tanah ini dulu. Bukan janji murah terus beli.
“Murah tanah lot nie, kita jual satu lot RM56,000 sahaja. Tapi kena beli cash la.”
“Tak boleh buat loan cik”.
“Kita jual murah sebab nak bina Pusat Tahfiz ni.”
“Harga adik beradik ni, sebab tu murah. Mana nak dapat bawah RM100,000 tanah”
Pejabat Tanah sentiasa terbuka dan bantu jelaskan jika kita datang buat semakan dan bertanya. Jangan mudah percayakan apa sahaja janji penjual. Mereka nak dapat duit kita sahaja.
Renovasi ruang belakang rumah, bukan jadi dapur basah tapi tempat lepak sambil bersantai. Ruang di belakang rumah selalunya ramai yang melakukan proses renovasi untuk ‘extend’ dapur supaya nampak lebih luas. Biasanya ‘lebihan’ ruang di belakang rumah dijadikan dapur basah.
Berbeza dengan pemilik kediaman ini, ruang belakang rumah tidak dijadikan dapur basah sebaliknya dijadikan ruang untuk bersantai-santai. Petang-petang boleh lepak-lepak sambil ‘ambil angin.’
Pada asalnya pemilik kediaman bercadang untuk membuat tembok. Namun kemudiannya menukar perancangan dengan DIY menggunakan shera plank, artificial grass dan deck. Semua barang-barang dibeli melalui online. Hasilnya sangat memuaskan hati pemilik kediaman.
Tip pilih katil untuk si kecil, jangan beli sebab nampak cantik je. Mungkin kita biasa sahaja dengar tentang kanak-kanak cedera di dalam katil tidur/cot disebabkan terjatuh, tersangkut, terhantuk dan sebagainya. Sudah tentu kita tidak dapat membayangkan jika ia terjadi kepada anak kita sendiri.
Memang benar malang tidak berbau, kalau nak jadi, memang terjadi tiada siapa yang dapat menghalang. Oleh itu, alternatifnya adalah untuk mencegah di peringkat awal iaitu dalam situasi ini adalah pemilihan katil tidur yang selesa, sesuai, selamat dan praktikal untuk anak-anak kita.
Disebabkan itu, IMPIANA ingin membantu anda membuat pilihan yang tepat ketika membeli katil demi keselesaan dan keselamatan anak-anak anda ketika sedang lena dibuai mimpi.
BAWA ANAK ANDA UNTUK MENCUBA KATIL DAN TILAM
Semasa anda melakukan survey katil, pastikan anda membawa bersama anak anda untuk mencuba katil dan tilam yang dijual. Walaupun di zaman moden ini sudah banyak dijual secara online, adalah lebih baik untuk anda pergi ke pusat jualan dan biarkan anak mencubanya.
CARI KATIL YANG MEMPUNYAI CIRI KESELAMATAN YANG TINGGI
Tidak dinafikan, untuk membeli katil sebegini, anda kena berbelanja lebih, tetapi disini kita membicarakan tentang keselamatan anak kita yang dalam fasa membesar dan tidak dapat kita bayangkan apa yang akan berlaku sebaik sahaja mereka masuk ke kamar tidur. Elakkan katil yang tinggi. Ini untuk memudahkan anak anda bangun dan tidur dengan mudah serta mengurangkan kadar kecederaan incase anak anda terjatuh dari katil.
PILIH KATIL KANAK-KANAK YANG DIPERBUAT DARIPADA SOLID WOOD
Katil sebegini nampak kukuh dan kuat serta berupaya menampung berat anak anda ketika mereka bermain. Jika anda ingin membeli katil kerangka besi, periksa dengan teliti pemasangan skru dan peralatan lain. Ini adalah untuk memastikan katil tidak bergoyang serta runtuh semasa anak anda ingin memanjat naik ke atas katilnya.
BELI KATIL DENGAN KERANGKA YANG SELAMAT
Konteksnya adalah untuk membeli design katil yang bahagian hujungnya tidak tajam. Ini termasuklah material yang diperbuat daripada kayu atau besi. Ini untuk mengelakkan anak anda daripada terhantuk sehingga boleh mengakibatkan kecederaan.
ELAKKAN AKSESORI DALAM KATIL YANG BERBAHAYA
Tahukah anda terdapat kes ada bayi yang mati dalam katil sendiri? Ya, ada. Ini kerana aksesori tambahan seperti kusyen serta mainan lembut yang berbahaya. Elakkan terlalu penuhkan katil bayi dengan aksesori serta mainan yang boleh mengakibatkan bayi lemas secara tidak sengaja ketika bermain.
ELAK GUNA CAT YANG ADA VOC
Bilik tidur anak anda mestilah bebas daripada cat yang mempunyai kadar Volatile Organic Compounds (VOC) yang rendah atau lebih baik tiada langsung. Ini kerana cat sebegini mempunyai cecair kimia yang tidak baik untuk sistem pernafasan kita. Kalau tidak elok untuk golongan dewasa, bagaimana nasib anak kita yang masih lagi baru dilahirkan di dunia?
AMALKAN LANGKAH KESELAMATAN
Sentiasa pastikan keselamatan persekitaran bilik anak anda terjamin dan bebas daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan anak anda tergugat kesihatannya. Ingat, anak anda adalah amanah dari yang Maha Esa.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.