
Rumpai kalau tak di kawal memang akan mengancam tanaman. Ini kerana, rumpai lebih cepat mengekstrak sebarang makanan atau nutrisi yang diberi melalui baja berbanding pokok. Sebab tu, kalau anda perasan tanaman mudah terbantut jika pesaingnya adalah sejenis rumpai.
Namun, ada jenis rumai yang tidak boleh di musnahkan hanya dengan mencabut sahaja. Umbisi yang tertinggal di dalam tanah akan bertunas semula. Tanaman bertunas juga tidak terkecuali dari masalah ini. Ada shaja rumpai yang tumbuh pada celah-celah rongga yang sempit antara pasu dan lantai. Akarnya akan menumpang di dalam pasu dan mengekstrak nutrisi yang terdapat di dalam medium pasu. Untuk mengatasi maslah rumpai disekitar pau, anda boleh guna resepi yang dikongsikan oleh puan Sara Saad di dalam facebook
Bahan-bahan:
2 litre cuka
2 litre air
1/2 cawan garam
1 sudu makan sabun basuh pinggan
Cara-cara:
Campurkan semua bahan tadi dan kacau sehingga larut. Semburkan campuran ini terus di sekitar pasu. Tapi anda perlu berhati-hati, jangan tersembur tanaman yang diperlukan.
5 Kaedah Mudah Tanam Sayur Sesuai Untuk Rumah Di Bandar

Seringkali warga bandar mengeluh macam mana nak bercucuk tanam kalau ruang yang ada pun sempit dan muat-muat untuk keperluan keluarga saja. Sebenarnya ada banyak cara yang sesuai cuma mungkin mindset kita dah terbiasa kalau nak tanam pokok mestilah di atas tanah. Dengan panduan daripada Jabatan Pertanian ini, mereka yang tinggal di flat, apartment, rumah teres lot tengah dan sebagainya boleh amalkan menanam sayur cara ini. Mudah dan dapat memberi manfaat buat keluarga kita.
i.) Konsep Laman Edibel
Laman edibel adalah satu konsep yang menggabungkan penanaman antara tanaman edibel atau tanaman makanan dan tanaman hiasan mengikut nisbah 70:30 iaitu 70% tanaman makanan dan 30% tanaman hiasan. Gabungan ini, selain menjadikan persekitaran kelihatan menarik, ia juga boleh menjadi sumber makanan segar, berkhasiat dan selamat dimakan. Tanaman edibel yang dipilih dan ditanam seharusnya dapat menampung secukupnya untuk satu hidangan dan tanaman hiasan pula berfungsi sebagai agen biologi kawalan serangga perosak. Kebiasaannya jenis tanaman yang boleh ditanam adalah sayuran jenis daun seperti sawi, pak choi, kangkung, bayam dan jenis sayur buah seperti cili, terung, bendi, peria. Tanaman herba seperti serai, kunyit, kari, pandan dan pokok limau sesuai ditanam kerana ia adalah tanaman yang lasak dengan penyelenggaraan yang mudah.
ii.) Penanaman dalam Bekas/Pasu
Bagi kawasan rumah kediaman yang mempunyai ruang persekitaran yang agak sempit seperti rumah pangsa atau flat, penanaman sayuran dan herba sesuai di tanam di dalam pasu, bekas terpakai atau polibeg. Selain mudah dari segi penyelenggaraan tanaman seperti menggembur media, membaja, merumpai dan menyiram, penanaman dalam pasu juga menghasilkan keseragaman reka bentuk di halaman rumah yang sempit.
Terdapat pelbagai jenis pasu yang berbeza dari segi bentuk dan saiz yang ada dijual di pasaran. Pemilihan jenis tanaman yang sesuai ditanam di dalam pasu adalah bergantung kepada saiz pasu. Jenis tanaman sayur-sayuran yang sesuai ditanam di dalam pasu bersaiz sederhana kecil (±10”x10”) adalah dari jenis akar serabut, semusim, tidak menjalar dan ketinggian pokok di bawah 1 meter.
Kebiasaan sayuran jenis daun yang ditanam di dalam pasu adalah seperti sawi, pak choi, kangkung, bayam, salad, kuchai manakala kailan dan jenis sayur buah seperti cili, terung dan bendi.
Bagi tanaman herba yang sesuai ditanam di dalam pasu adalah seperti kunyit, kari, pandan, lidah buaya, rosemary, kesum, pegaga, stevia dan pokok limau. Walau bagaimanapun, penuaian yang kerap perlu dibuat memandangkan tanaman ini mudah membiak.
iii.) Tanam Dalam Bekas Recyle
Konsep guna semula bahan terbuang/terpakai sesuai dipraktikkan di kediaman dengan menjadikan botol plastik, bekas air minuman, tong drum plastik, tin, bekas kaca, kain dll. sebagai bekas tanaman. Terdapat pelbagai ciptaan boleh dihasilkan dari bahan terbuang/terpakai seperti menara botol, mini aquaponik, bekas siraman dll. Tambahan lagi, dengan sedikit sentuhan kreativiti dalam inovasi ini boleh menjadi pendapatan sampingan kepada penduduk bandar.
Bahan buangan sisa dapur seperti sayur, buah, ikan dan ayam boleh diproses menjadi baja semula jadi dan sebagai bahan untuk kawalan serangga manakala bahan buangan makanan jika ditambahkan dengan tanah bermikrob boleh pula dijadikan baja kompos dan digunakan semula pada tanaman. Selain aktiviti ini dapat menjimatkan kos input pertanian, mengurangkan sisa buangan rumah, menjamin keselamatan dan kesihatan makanan itu sendiri malah dapat menggalakkan penduduk bandar untuk bersosial dan berkreativiti.
iv.) Penanaman Vertikal
Penanaman vertikal dihasilkan di atas permukaan yang menegak dengan cara pokok tumbuh di atas permukaan tersebut yang disokong oleh struktur tertentu dengan mengandungi medium tanaman mencukupi. Konsep ini sesuai untuk diaplikasikan di kawasan terhad dengan mengambil kira faktor seperti ruang, kesuaian tanaman, jenis medium tanaman dan tarikan graviti. Selain itu, penyiraman tanaman diberi secukupnya sahaja.
Jenis tanaman sayur-sayuran yang sesuai ditanam menggunakan konsep ini adalah dari jenis akar serabut, semusim, tidak menjalar, batang lembut dan ketinggian kurang dari 1 kaki. Kebiasaannya adalah sayuran jenis daun seperti sawi, pak choi, kangkung, bayam, salad dan kuchai.
Bagi tanaman herba yang sesuai adalah dari jenis akar serabut, merayap dan renek seperti rosemary, kesum, pegaga dan stevia.
v.) Teknik Tanaman Hidroponik
Selain penanaman terus ke tanah atau penanaman menggunakan pasu, beberapa teknologi dalam pertanian boleh diaplikasikan di kawasan kediaman yang sempit seperti teknologi mini fertigasi, Nutrient Film Technique (NFT) dan piskiponik. Teknologi fertigasi adalah satu kaedah penanaman dimana baja dalam bentuk larutan disalurkan melalui sistem pengairan, manakala NFT adalah teknik hidroponik (tanaman sayur-sayuran tanpa tanah) di mana baja dalam bentuk larutan dialirkan melalui satu kitaran saluran bersambung dan piskiponik adalah kombinasi aktiviti akuakultur (ternakan ikan dalam kurungan) dan hidroponik. Dengan sedikit pengubahsuaian, semua teknologi ini boleh diaplikasikan di kawasan kediaman yang terhad, sempit dan tiada tanah untuk bertani.
Jenis tanaman sayur-sayuran yang sesuai ditanam menggunakan teknologi NFT dan piskiponik adalah dari jenis akar serabut, semusim, tidak menjalar, batang lembut dan ketinggian kurang dari 1 kaki. Kebiasaannya adalah sayuran jenis daun yang ditanam seperti sawi, pak choi, kangkung, bayam, salad dan kuchai.
Pasu ‘Oversize’ Ada Fungsinya, Laman Yang Suram Terus Nampak ‘Bernyawa’

Pasu ‘oversize’ ada fungsinya, laman yang suram terus nampak ‘bernyawa.’ Landskap dan taman bukan sekeping lukisan yang boleh dilakarkan di atas kanvas, ia adalah ruang tiga dimensi yang sentiasa berubah dan boleh mewujudkan pelbagai emosi serta imej tersendiri.
Elemen yang dirasakan tidak menarik perhatian bagi sesetengah orang, mungkin memberikan keterujaan dan membangkitkan emosi kepada yang lain. Oleh sebab ini juga, container atau pasu mampu memainkan peranan menjadi titik fokal dan menyuntik impak segera visual taman.
Adakah container perlu disertakan tanaman untuk menarik perhatian dan berfungsi sebagai titik tumpu? Jawapannya adalah tidak. Sebagaimana arca atau pokok unik yang mampu menarik pandangan, container juga mampu menjadi titik tumpu, malah mungkin lebih efektif. Ayuh kita berfikir di luar kotak untuk mempertimbangkan penggunaan dan tarikan yang boleh dicetuskan oleh elemen ‘bersendirian’ ini.
Jika anda perhatikan kebanyakan elemen yang dipaparkan tidak disertakan tanaman di dalamnya. Tanpa jambangan tanaman yang ketara dan boleh mengalih perhatian, pasu atau tempayan ini memberikan peluang kepada pemerhati, contohnya pembaca untuk memandangnya sebagai sebuah hasil seni. Tindak balas ini tidak hanya terhad kepada bentuk monumen container, objek kecil dan unik juga dapat menarik perhatian.
Rekaan pasu yang cantik dengan saiz yang mampu membuatkan ramai teruja dengan keindah laman dengan pasu yang menawan. Ia akan menjadi satu main point dalam sudut laman anda.
Jika anda bijak mencari pasu yang cantik dan besar ini, pasti akan dapat dengan harga yang murah dan lebih menarik. Kena rajin berjalan kalau nak dapat barang murah dan berkualiti.
Pasu ini adalah salah satu elemen penting dalam sesebuah laman. Tanpa hiasan ini di laman anda akan kelihatan hambar. Kadang kala pasu yang besar ini tidak semestinya digayakan dengan pokok di dalamny. Anda hanya mampu membiarkan sahaja tanpa perlu menambah dengan hiasan lain.
Artikel Berkaitan:10 Perkara Menyebabkan Pembaziran Air Di Laman Anda
Kredit foto (top image): Pexels
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Teknik Orang Dulu-Dulu Sebat, Ugut, Tetak Pokok Untuk Paksa Berbuah

Pokok apabila telah sampai usia matang, mesti tiada lain yang kita tunggu selain hasilnya. Betul tak? tapi, tak semua pokok akan berbuah bila tiba masanya. Jadi bermulah pemberian baja untuk menggalak kan hasil buah. Tapi dah bagi baja pun masih gagal mengelurkan hasil. Ada tu, buah tak berapa menjadi. Orang tua cakap ” baru nak belajar berbuah” Jadi buahnya belum cukup matang dah gugur.
Menurut nenek moyang yang terdahulu, ada petua yang diamalakan untuk pokok yang tak berbuah ni. Dengar macam bidaah atau tahyul. Tapi itu lah yang diamalkan dan berhasil. Antara amalan orang dulu untuk pokok yang tak berbuah adalah:
1. Memukul dan mengelar batang pokok
Mengikut amalan nenek moyang, tuan pokok akan memukul pokok yang tidak berbuah terutamanya pada malam gerhana bulan. Ada yang memukul pangkal dan batang pokok menggunakan kayu, belakang parang, selipar atau pisau.
Sambil itu, mulut tidak henti-henti memarahi pokok itu seperti sedang memarahi seorang anak kecil. Menurut cerita orang dulu-dulu, pokok akan berbuah tidak lama selepas dimarahi dan dipukul kerana enggan disakiti lagi
2. Mengacah seperti hendak menebang pokok
Kadangkala ada pemilik yang akan berdiri berhampiran tumbuhan yang tidak berbuah dengan memegang parang sambil mengacah-acah untuk menebangnya.
3. Cantas dan ugut pokok
Sebab terlalu geram pokok tidak berbuah. Salah sorang orang kampung telah mencatas sebahagian besar hujung pokok nya. Selesai mencantas ia mengugut untuk menebang pokok tersebut jika ia masih gagal berbuah lagi. Sebeluan kemudian, pokoknya mula berbunga dan berbuah.
Namun, segala tindakan yang berhasil hanyalah satu kebetulan. Segalanya ketentuan tuhan.