Buat sendiri lantai simen cara mudah dan murah, tak payah upah tukang. Sebenarnya tak susah mana pun hendak buat lantai simen asalkan anda ada kerajinan untuk melakukannya sendiri.
Barang-barang yang diperlukan juga tidak banyak. Lebih berbaloi buat sendiri jika lantai simen yang ingin dibuat itu terhad keluasannya. Kalau upah tukang, tentu upahnya boleh tahan juga bukan. Jadi eloklah buat sendiri sahaja.
Jom kita cuba DIY buat lantai simen mengikut tip yang dikongsikan oleh Ahmad Saif
TIP MELAPIS LANTAI KONKRIT BATU MUDAH (TANPA BESI)
Saja nak berkongsi tip konkrit simen mudah, tidak sakit pinggang dan ringan. Ini adalah layer konkrit kasar.
Ratio konkrit:
✓1 beg simen
✓2½ wheelbarrow Pasir
✓1 wheelbarrow Batu
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1. Letak je atas bukit pasir.
2. Pecahkan beg simen.
3. Cedok pindah ke sebelah..cedok bahagian bawah agar mudah simen dan pasir bercampur cepat.
4. Pindah sekali lagi, cedok bawah.
Ads
5. Apabila sudah sekata, buatlah kawah.
6. Tabur batu di tebing kawah.
7. Isi air sampai hampir limpah kawah dan biarkan 10 minit untuk resapan.
8. Anda akan rasa tebing itu sangat lembut. Sangat mudah dan ringan. Tarik dan ratakan sahaja sambil tarik. Akan rata dengan sendiri.
Ads
9. Ratakanlah dengan senduk/trowel simen. Pastikan air tidak bertakung. Siap!
Bilik rumah kampung bertukar wajah, terus ‘hilang’ rupa asal. Sebelum diubahsuai, bilik rumah kampung ini jenis kayu yang nampak sudah usang. Bagaimanapun penghuni kediaman ternyata bijak mengubahsuai bilik tersebut.
Hasilnya sangat mengkagumkan. Memang ketara nampak berubah ‘wajah’ bilik asal dengan ‘wajah’ bilik yang baru. Siapa kata rumah kampung tak sesuai diaplikasikan dengan konsep moden.
Jom kita cuci mata dengan perubahan yang dilakukan pada bilik berdindingkan papan serta usang ini.
Dekorasi konsep farmhouse moden tema warna ‘earth tone,’ senang nak suaikan dengan perabot. Pemilihan tema warna ‘Earth Tone’ untuk dinding menjadikan ruang rumah nampak lebih luas dan lebih mudah untuk suaikan dengan warna perabot.
Warna ‘earth tone’ menjadi tren yang diminati oleh ramai orang kerana sifatnya yang natural dan hangat. Kehadirannya menjadi inspirasi dalam menata tempat tinggal masa kini supaya mendatangkan kesan hangat, nyaman, dan ‘welcome’.
Cantik, tenang dan bersih sahaja rumah pemilik kediaman. Perkongsian dekorasi rumah bertukar wajah selepas tragedi banjir Disember 2021. Pemilik kediaman menggunakan warna terang dan ceria. Selepas banjir, pemilik kediaman terus tukar konsep kepada modern farmhouse dengan earth tone.
Lepas dapat kunci rumah, bukan terus cuci dan masuk, ada perkara lebih penting kena buat. Antara perkara yang perlu dilakukan sebelum masuk rumah baru ialah memeriksa terlebih dahulu kecacatan dan kerosakan pada rumah tersebut.
Sungguhpun rumah baru tetapi anda perlu memeriksa dengan terperinci kerana ada kemungkinan berlakunya kecacatan dan kerosakan pada bahagian dinding rumah seperti retak, cat tanggal, plaster tanggal, tiles lompong, bocor dan lain-lain lagi.
Kebiasaannya pihak pemaju akan memberi tempoh selama 24 bulan atau 2 tahun untuk kita membuat inspection pada rumah dan kita boleh complaint apa sahaja kerosakan atau kekurangan yang ada baik di dalam atau di luar rumah.
Semua ini adalah hak-hak kita sebagai pembeli maka periksalah sebaik-baiknya keadaan di dalam rumah. Tetapi sekiranya anda buat major renovation, maka pemaju takkan bertanggungjawab atas sebarang kecacatan rumah.
PERALATAN:
Masking tape – Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda.
Marker Pen – Sebaiknya warna merah. Senang nampak tulisan, nombor dan jenis defect atas masking tape.
Kertas A4 – Tuliskan senarai kecacatan atau defect tu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari.
Kamera/Handphone berkamera – Ambil gambar kecacatan rumah
BERIKUT ANTARA PERKARA PENTING YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS DAPAT KUNCI RUMAH BARU:
AZAN
– Pastikan lepas dapat kunci rumah, lawatilah rumah anda.
– Masuk rumah dengan lafaz basmallah, bagi salam dan pergi tingkat atas sekali, berdiri mengadap kiblat dan azan kuat-kuat bagi satu rumah dengar.
PERIKSA PINTU
– Buka dan tutup pintu berkali kali. Periksa juga tombol pintu & kuncinya sekali.
PERIKSA (JUBIN) TILES LOMPONG
– Sila ketuk semua tiles rumah anda satu persatu.
– Tandakan tiles yang kosong dan minta wakil pemaju pecah dan tampalkan yang baru dengan elok.
– Cara nak kenal pasti tiles yang lompong adalah ketuk tiles dengan duit syiling atau pemutar skru. Kita boleh kenal pasti tiles yang lompong (kosong) dan padat.
– Ketuk pada setiap kepingan tile tu dan ketuk keliling perimeter tiles, sebab di tengah-tengah selalunya ada simen, yang tiada simen selalu di bahagian tepi tiles. Biasanya tiles dipasang di dapur dan juga bilik air.
ELEKTRIK
– Untuk periksa elektrik, hidupkan suis utama dan periksa satu persatu suis lampu, kipas, soket dan sebagainya.
– Pastikan periksa setiap punca elektrik dan soket.
METER AIR
– Apabila meter air sudah dipasang, sila pastikan pili air di rumah anda mengalirkan air dengan dengan sempurna.
– Buka semua pili air anda serentak. Periksa saluran air, toilet bowl, sinki dan sebagainya. Pastikan tiada yang tersumbat.
– Periksa juga kepala paip dan kepala shower. Periksa sambungannya betul, tiada yang tercabut atau pun longgar.
– Buka air kat meter, biar air masuk tangki sampai penuh. Kemudian, periksa keadaan tangki simpanan untuk pastikan tangki tidak bocor.
– Apabila air dah penuh dalam tangki, pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti. Jika tidak, ada paip yang bocor sebelum air sampai ke tangki.
TINGKAP DAN SLIDING DOOR
– Buka tutup tingkap anda semaksimum mungkin. Pastikan tingkap boleh kunci sempurna.
– Pastikan juga sliding door dapat dikunci dengan rapat.
TANGGA
– Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda, pastikan ia kukuh. Kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang.
BILIK AIR TINGKAT ATAS BOCOR
– Pastikan bilik air tingkat atas tidak bocor. Caranya, ambil binding tape dan sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar.
– Penuhkan bilik air dengan air. Biarkan seminggu. Lepas seminggu, periksa ada kesan air bocor atau tidak di bahagian siling tingkat bawah rumah anda.
– Sekiranya ada, tunjuk dengan wakil pemaju dan sila minta kontraktor pemaju pecah semula lantai toilet tu dan pastikan letak sealer toilet dengan sempurna.
– Selalunya lepas letak sealer ni kena tinggalkan sehari bagi kering. Periksa sealer tu penuh atau tidak.
DINDING RETAK
-Periksa dinding rumah anda, kalau ada retak sila maklumkan segera.
KUNCI UTAMA
-Seterusnya adalah kunci rumah anda, pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan akses mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel letrik.
-Selepas dapat kunci rumah, pemaju takkan bertanggungjawab sekiranya ada berlaku kes kecurian kabel.
Bila dah siap betulkan defect ni, barulah boleh buat renovation rumah dengan senang hati. Sekian.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!