Kehadiran tikus di dalam kediaman terutamanya di bahagian dapur sebenarnya bukan lah sesuatu perkara yang kecil. Ia bukan sahaja menjadi punca berlakunya banyak kerosakan, malah ia mengundang ancaman penyakit bawaan tikus. Cegah tikus.

Ramai memilih untuk menggunakan racun bagi memusnahkan dan cegah tikus di dalam kediaman. Namun ia mengundang bahaya terutamanya jika anda mempunyai anak yang masih kecil dan juga haiwan peliharaan. Tambahan, jika tikus yang memakan racun tadi mati dalam rumah, ia sukar dikesan dan menyebabkan bau bangkai yang teruk.

Apa kata anda cari alternatif yang lebih ramah atau selamat untuk isi rumah. Tapi, sebelum itu perkara utama yang perlu diselesaikan. Terlebih dahulu pastikan rumah sentiasa bersih dan pastikan sumber-sumber makanan yang mudah menarik perhatian tikus untuk hadir di dalam kediaman dimusnahkan.

Baca juga: 4 Tanda Kediaman Anda Menjadi Habitat Tikus

RESEPI SEMBURAN ORGANIK PENCEGAH TIKUS

Bahan-bahan:

IKLAN

2 sudu makan minyak jarak atau castor oil
6 sudu makan cecair pencuci pinggan
1 sudu sos cili
1 labu bawang putih

Cara-cara:

1. Cincang halus bawang putih atau boleh ditumbuk
2. campurkan semua bahan cecair bersama bawang putih di dalam satu bekas dan kacau rata
3. Tapiskan larutan dan masukkan ke dalam botol semburan
4. Semburkan campuran pada lubang atau laluan tikus dan mana-mana kawasan yang berpotensi menjadi perhatian tikus seperti kabinet dapur

IKLAN

Lakukan semburan organik pencegah tikus 1 kali seminggu atau lebih kerap ketika musim hujan


Kalau malas nak buat, boleh je beli penyembur organik CAMAY ni. Bukan je boleh cegah tikus, lalat dan cicak pun menjadi. Klik link ni nak beli://invol.co/cl89zysNak Cegah Tikus Datang Rumah, Cuba Sembur Minyak Jarak


 

IKLAN

AROMA PENGUSIR TIKUS

Selain semburan organik dari minyak jarak, anda juga boleh tanam tanaman yang mempunyai aroma yang tidak digemari oleh tikus. Ataranya tanaman yang mempunyai aroma tidak digemari tikus adalah seperti daun peppermint dan sage.

Selain itu juga, anda boleh menggunakan minyak pati peppermint atau sage sebagai ganti. Apa yang anda perlu lakukan adalah titiskan minyak pati pappermint atau sage pada bebola kapas dan letakkan di laluan tikus

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI