Jika sebelum ini LAMAN ada kongsikan teknik yang betul untuk tanam ros, kali ini kami paparkan pula cara membaja, meracun dan siraman untuk peminat pokok ros yang pokoknya selalu menghadapi masalah tidak subur. Mungkin ini salah satu puncanya.
PEMBAJAAN
1. Sebelum membaja lakukan kerja-kerja menggembur tanah. Selain memberi rongga atau oksigen yang baik pada medium ia juga membantu memberi kadar penyerapan nutrient yang baik kepada akar.
2. Penggunaan baja organik atau separa organik biasanya digunakan dalam kuantiti yang banyak (segenggam) pada setiap pokok. Lakukan pembajaan selepas proses menggembur tanah/ medium, lakukan secara rutin seminggu sekali.
- Caranya : buat lurah atau alur disekeliling pangkal pokok . Taburkan baja disekeliling lurah tersebut.
- Sebaik sahaja kerja-kerja membaja selesai, anda perlu membuat penyiraman. Pastikan pokok dan medium disiram dengan air yang cukup (sehingga lenjun).
Tips. Jangan salah tafsir dan ambil langkah mudah di mana baja air hanya spray pada bahagian atas pokok sahaja. Kesannya, dalam masa yang singkat pokok kebiasaannya akan nampak galak tunas baru dan subur, dan kesannya satu tahap pokok tersebut akan kehabisan tenaga menunjukkan tanda-tanda kelihatan sakit.
Perlu ingat akar pokok juga perlukan zat nutrient untuk proses tumbesaran selain menggalakkan pertumbuhan akar putih yang sihat seterusnya menghasilkan pokok yang subur pada JANGKA MASA YANG LAMA.. Ini kerana akar pokok merupakan jantung pada pokok anda. Anda haruslah seimbangkan penggunaan baja semburan (vitamin booster pokok) dan juga baja (serbuk) untuk tumbesaran dari akar). Anda perlu pastikan baja yang digunakan adalah sesuai dan memenuhi keperluan NPK unt pokok ros.
SIRAMAN
Beberapa perkara utama yang perlu dipertimbangkan dalam melakukan penyiraman pokok ros iaitu :
1. Buat siraman 2 kali sehari (cuaca normal/panas) iaitu pagi (7.30-8.30 pagi) dan petang antara jam 2.00-3.00 ptg kecuali musim hujan. Pokok akan nampak lebih subur jika menggunakan medium yang polos/ ringan manakala kesan sampingan seperti kanker akan dapat dikesan daripada penggunaan medium yang berat atau banyak menakung air.
2. Gunakan mata siraman yang halus dan pastikan menyiram sehingga lenjun dan air membasahi keseluruhan pokok dan medium.
- Pada musim hujan, anda boleh mengurangkan kadar penyiraman tetapi perlu buat pemantauan samada air hujan sepenuhnya membasahi kesemua medium. Sekiranya didapati tanah/medium masih kering atau kurang basah, buat siraman seperti biasa.
Tips : sekiranya pokok kekurangan air, daun akan nampak menguning dan kering. Cuba kutilkan daun tersebut. Sekiranya agak liat (susah tanggal semasa dikutil) ia adalah tanda pokok kekurangan air.
MERACUN
- Lakukan kerja-kerja meracun seminggu sekali . Sebelum meracum basahkan pokok terlebih dahulu.
2. Lakukan secara konsisten sebagai kawalan (prevent) dari serangan perosak
- Kelebihan meracun secara konsisten menghasilkan kudup-kudip serta tunas baru yang sihat, pokok yang sihat, kembangan bunga yang besar dan tidak comot.
3. Kudup serta daun sihat
4. Kegagalan meracun secara konsisten akan meyebabkan beberapa kesan seperti :
- Kudup kelihatan terbakar (menghitam)
- Bunga kembang comot
- Saiz bunga akan mengecil
- Daun akan mula berkedut dan tidak sihat
- Daun juga akan menunjukkan tanda-tanda jangkitan lain seperti berbintik kuning dan hitam, kerinting, berlubang-lubang dan sebagainya
5. Elakkan juga penggunaan racun yang berlebihan. Ini menyebabkan pucuk muda serta kudup terlecur
Tips : Elakkan budaya meracun apabila timbul kesan si pemangsa. Mengawal/ mencegah lebih baik dari merawat.
SEMBURAN NUTRIEN TAMBAHAN POKOK (VITAMIN BOOSTER)
- Lakukan semburan vitamin booster pada setiap minggu pada keseluruhan pokok .
- Proses ini dilakukan semasa pokok dalam keadaan kering supaya nutrient tersebut diserap terus kepada batang pokok, daun, pucuk dan juga kudup.
- Pertumbuhan basal break yang sangat banyak
pokok meriah berbunga
TIPS : Apa kelebihan memberikan nutrient tambahan vitamin booster kepada pokok???
- Membantu (support) tumbesaran pokok hasil baja yang ditabur di bahagian tanah untuk terus menghasilkan kudup-kudup yang banyak
- Menggalakkan pertumbuhan basal break dari pangkal pokok (buds union). Pokok akan lebih merimbun.
- Menghasilkan saiz bunga yang besar dan menghampiri saiz baka asal di luar negara
- Menghasilkan warna yang sangat terang, persis seakan sama baka asal dari luar negara
- Selain memberi kesan positif terhadap tumbesaran pokok lebih subur, meggalakkan bunga dan dan daun.
Facebook: Addarosa Puncak Alam
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI