CERMAI (Phyllanthus accidus Skeels) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga PHYLLANTHACEAE atau EUPHOBIACEAE yang terdapat di Malaysia.Pohon cermai menghasilkan buahnya sepanjang tahun. Selain buahnya di jadikan sebagai jeruk atau halwa, ia juga di proses menjadi jus yang enak.

Kajian daripada beberapa buku menunjukkan setiap 100 gram buah mengandungi 95.9 g air, Protin (0.155 g), Serat (0.18 g), Lemak (0.12 g), Ash (0.51 g), Kalsium (5.4 mg), Posforus (17.6 mg), Ferus (3.25 mg) ,Karotin (0.019 mg), Thiamine (0.029 mg), Riboflavin (0.013 mg) dan Niacin (0.0292 mg). Cermai didapati mengandungi 4.6 mg asid askorbik. 

Antara khasiat cermai kepada kesihatan adalah seperti:

1. Antioksidan
Antioksidan dapat melawan radikal bebas dan melindungi sel-sel tubuh yang sihat. Cermai mengandung banyak antioksidan seperti vitamin C, polifenol dan tanin.

2. Menjaga kadar kolesterol darah
Cermai mempertahankan kadar kolesterol darah dengan menghambat oksidasi LDL (kolesterol jahat). Cermai juga mencegah aterosklerosis (penumpukan plak di arteri) karana memiliki antioksidan yang kuat, sehingga dapat melindungi Anda dari penyakit jantung.

Ads

Buah Cermai Kawal Kolesterol Darah Secara Semula Jadi

Buah Cermai Kawal Kolesterol Darah Secara Semula Jadi

Buah Cermai Kawal Kolesterol Darah Secara Semula Jadi
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

3. Diabetes
Cermai mengandung tingkat polifenol yang tinggi yang dapat melindungi tubuh dari sifat oksidatif gula darah yang tinggi dan mencegah resistensi urine. Selain itu, buah ini juga dapat membantu dalam penyerapan insulin yang berupaya membantu penurunan gula dara

Ads

4. Vitamin
Cermai juga dikemas dengan vitamin A yang penting dalam penghasilan kolagen. Kolagen amat diperlukan oleh  kulit untuk tetap muda dan anjal. Bila dikonsumsi saat perut kosong, kandungan nutrisi dalam cermai dapat melambatkan kerosakan kolagen, secara tidak langsung ia melambatkan proses penuaan kulit.

5. Anti-kanser
Dikemas dengan sifat antioksidan, cermai dapat membantu tubuh melawan efek berbahaya dari bahan kimia yang bersifat karsinogenik (sifat kanser). Buah ini juga dapat menghambat pertumbuhan sel kenser  dan mengurangi kesan berbahaya dari radiasi dan kemoterapi.

6. Kesehatan seksual
Minum jus cermai sekali sehari dapat membantu meningkatkan kesihatan seksual lelaki. Buah ini juga dapat meningkatkan motilitas (kemampuan sperma untuk berenang), kualiti dan produksi sperma pada lelaki yang menderita Oligospermia (suatu kondisi di mana seorang lelaki mempunyai jumlah sperma yang rendah)

Ads

7. Serat
Cermai kaya serat, polifenol dan air. Oleh itu, buah ini berupaya menajdi penawawr keapda meraka yang mengalami masalah sembelit. Disamping itu kandungan anti-inflamasi di dalam buah menajdi penawar kepada mereka yang kerap mengalami  sakit perut. Pengambilan satu sudu teh jus cermai setiap hari ketika perut masih kosong berupaya mengawal kadar asid di dalam perut.

8. Melindungi hati
Cermai dapat digunakan untuk melindungi hati dari kerusakan oksidatif yang disebabkan oleh bahan kimia atau alkohol.

Buah Cermai Kawal Kolesterol Darah Secara Semula Jadi

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI