Usahawan terkenal, Bonda Rozita, kembali mencuri tumpuan apabila tular hantaran seorang individu yang mendakwa tidak menerima bayaran selepas menyelesaikan kerja ubah suai kediamannya di London.

Tindakan ini menimbulkan persoalan ramai, dan Rozita tidak membiarkan isu ini berlalu begitu sahaja.

Dalam kenyataan balasnya, Rozita atau lebih dikenali sebagai Rozita Ibrahim menegaskan bahawa tindakan telah diambil terhadap kontraktor tersebut.

Menurut Rozita, peguamnya di London dan Malaysia telah diarah untuk mengendalikan isu ini, namun beliau memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut tentang butiran permasalahan tersebut.

“Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang spekulasi ini. Tindakan sudah diambil, dan peguam saya akan menguruskan perkara ini,” jelasnya dengan tegas dalam sebuah video yang dimuat naik di media sosial.

Ads

Meskipun dituduh tidak membayar hutang, Rozita dengan tegas menyatakan bahawa beliau tidak pernah culas dalam sebarang bayaran yang berkaitan dengan perniagaan yang diusahakan.

Ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri ini turut menegaskan bahawa projek besar seperti Rumah Hutan Bonda dan kilang bahan mentah produk kosmetiknya yang bernilai puluhan juta ringgit telah diselesaikan dengan baik, tanpa sebarang masalah bayaran.

“Projek mega seperti Rumah Hutan Bonda dan kilang-kilang bahan mentah saya, yang bernilai puluhan juta, saya tak pernah lari bayaran,” ujar Rozita.

Ads

Dakwaan awal itu muncul apabila individu tersebut menyatakan telah menyiapkan kerja ubah suai di kediaman Rozita yang melibatkan tandas, karpet mewah untuk tujuh bilik, dan tangga.

Namun, menurutnya, bayaran yang dijanjikan tidak diterima, dan beliau turut dituduh telah disekat di media sosial apabila bertanya mengenai pembayaran tersebut.

Isu ini semakin tular di aplikasi Threads, di mana netizen meminta agar Bonda Rozita tampil menjelaskan perkara sebenar dan menyelesaikan isu bayaran tersebut.

Ads

Sehingga kini, semua pihak menantikan perkembangan selanjutnya, dengan harapan segala kekeliruan dapat diselesaikan dengan segera.

Sumber: Gempak & Instagram Bonda Rozita Ibrahim

Baca:Mahligai Bonda Rozita, Eksklusif & Privasi! Tersergam Indah di Puncak Rimba

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI