Pertembungan gaya retro dari era 60-an ke 70-an dengan konsep yang lebih terkini akan mewujudkan reka bentuk yang lebih ranggi dan menonjol. Dengan gabungan dua era berbeza, ruang anda bakal memberikan impak yang berlainan pada tertamu.
1. Entryway dengan latar belakang dinding berwarna lebih segar bersama perabot yang bersesuaian pastinya memberikan satu kesinambungan yang segar sebalik ruang tersebut. Tidak kira ruang laluan itu terhad atau luas. Pemilihan warna untuk latar belakang ruang ini perlu di titik beratkan. Pemilihan warna dinding mahupun anda mengenakan cat atau kertas hiasan dinding pemilihan yang tepat mengikut cita rasa pemilik perlulah ada dan mempunyai kesinambungan dengan perabot di sekeliling kawasan tersebut.
2. Entryway yang memaparkan cermin bercorak lengkung, meja konsol separuh bulan dan kerusi ini mampu menarik perhatian pandang pertama. Rekaan cermin tidak semestinya berbentuk lengkung, anda boleh memilih pelbagai bentuk mengikut kesukaan dan minat tersendiri. Jika ruang laluan tersebut agak sempit dan terhad gayakan dengan cermin yang bersaiz kecil atau sederhana. Jika ruang laluan anda luas sebaiknya mengayakan cermin yang mampu menjadikan ruang tumpu tersebut tampak luas. Bagi yang inginkan ruang ini lebih bergaya, tambahkan lampu terendak dan hiasan kecil yang lain di atas meja konsol, agar suntikan ini lebih menyerlah.
3. Rumah tamu dengan perabot dan dinding berwarna pastel, diberi sentuhan warna yang memecahkan kebuntuan.Hmmm…. ramai yang memiliki kediaman dengan cat sedia ada warna putih dan krim, apa kata kali ini berikan nafas baru dalam ruang dengan menyimbah warna lebih terang dan berani bagi memberi kelainan dan menaikan aura lebih menyengat. Usah bermain dengan lebih dari tiga warna dalam satu ruang. Ini kerana, jika anda padankan warna dinding dan perabot yang kurang serasi, pastinya mengundang kekeliruan di dalam tema dan gaya yang ingin diketengahkan.
4. Perabot kemasan metalik dengan hiasan dan cermin berwarna emas menghiasi laluan masuk, sudah pastinya memberi ekspresi WOW! Tampil mewah dalam bersahaja, ruang ini memberi penekanan yang membuatkan tetamu lebih terpegun dan tidak sabar untuk melangkah masuk ke dalam kediaman untuk melihat sentuhan peribadi yang dikenakan oleh pemilik kediaman. Ruang laluan atau entryway ini adlah selari dengan pelan lantai ruang tamu. Kedudukan kedua ruang ini perlulah dititik beratkan untuk memberi kesinambungan di atara satu sama lain.
5. Gabungan lama dan baru melalui elemen rustik kabinet pinggan mangkuk dan kerusi dan elemen moden cermin bulat dan kertas dinding yang bersinar di laluan masuk ini, menyuntik cita rasa kontemporari dalam garapan moden. Bak kata pepatah lama, ‘jika tiada yang dulu, mana datangnya yang baru’, usah buang dengan perabot lama yang ada anda boleh ubah suai dengan perabot lama menjadi seakan perabot baru dengan pelbagai cara. Mengecat semula, menambah baik kondisi perabot lama itu agar tambil baru. Ini mampu mencuri perhatian ramai malahan pemiliknya juga akan terpegun dengan perabot lama yang diberi nafas baru.
6.Penggunaan kertas dinding bercorak menyerlahkan lagi perabot dan aksesori yang digunakan pada laluan ini. Tidak perlu mengenakan kertas dinding yang bercorak seluruh ruang, cukup hanya dengan satu dinding sahaja. Dinding tersebut adalah dinding tumpu yang pastinya menjadi titik tumpu utama jika pintu rumah terbuka. Pemilihan aksesori yang membangkitkan ruang tersebut adalah seperti jambangan bunga segar, lampu terendak, gantungan bingkai gambar yang menyempurnakan ruang tersebut pastinya pilihan yang tepat untuk ruang laluan utama ini.
PINTU
Pandangan pertama terhadap pintu menafsirkan cita rasa penghuni di dalamnya. Maka, pastikan reka bentuknya menampakkan anda seorang yang peramah dan sudi menerima kehadiran tetamu. Wujudkan suasana menarik dan inviting di muka pintu supaya anda ada dorongan untuk bersegera pulang ke rumah. Jika mampu, bila laluan memudahkan mereka ke muka pintu daripada membiarkan tetamu berjalan berhimpit-himpit di sisi kereta.
Susun pasu berisi pokok bunga berbilang warna dan haruman di sepanjang jalan ke muka pintu, supaya anda berasa dihargai setiap kali pulang ke rumah. Tulis alamat rumah dalam tulisan paling menarik, kemudian paparkan di tepi pintu pagar.
RUANG TAMU
Ruang tamu, ibu kepada semua ruang. Pastikan ruang tamu bersifat mesra kerana bukan anda sekeluarga berada di situ tetapi juga tetamu. Dahulukan kemasan dinding dan lantai sebelum anda membeli perabot. Pastikan perabot yang dibeli berpadanan dengan keluasan dan tema ruang. Bagi rumah berkeluasan terhad, anda tidak perlu membeli kerusi tamu dalam bilangan lengkap. Jangan sesekali menempatkan perabot kecil bersebelahan perabot besar bagi mengelakkan ketidakseimbangan penataan. Perabot utama di ruang tamu adalah tempat duduk, tidak kira sama ada kerusi, sofa atau hamparan kusyen lantai selain meja kopi, meja sisi, kabinet hiasan dan kabinet televisyen. Tinggalkan sedikit ruang bagi membolehkan ruang tamu anda bernafas dan keindahan reka bentuk perabot dapat dihayati. Ingatkan diri anda untuk memperagakan perhiasan tambahan di dalam jumlah berpasang-pasangan seperti pasu atau kaki lilin demi kestabilan penataan.
RUANG MAKAN
Tona jingga dan merah lebih sesuai di ruang makan kerana kemampuan mempengaruhi emosi, membangkitkan selera makan dan mempercepatkan kadar metabolisma. Biru dikatakan boleh mematikan selera makan kerana itu, amat sedikit ruang makan berkemasan cat atau dipasang kertas dinding berwarna biru. Jika ingin menyuntik suasana mewah di ruang makan, tukarkan sahaja meja makan kepada kayu bertona gelap seperti rosewood atau mahogany. Kemudian sarungkan kerusi dengan fabrik berwarna biru nilam.
Bagi ruang makan yang keluasannya terhad, tampung kekurangan itu menerusi penggunaan meja makan yang boleh dibesarkan dan dilipat bila tidak diperlukan.
RUANG DAPUR
Ruang dapur lebih sesuai dipasang lampu kalimantang dan bukannya halogen. Pasangkan juga penutup lut cahaya lampu kalimantang supaya senang anda hendak mencucinya nanti. Pastikan mendapat banyak pencahayaan semulajadi di situ, jika tidak, terangi dengan pencahayaan tambahan. Kerusi makan bersarung menyuntik seri di ruang dapur anda. Selain boleh menjamin kerusi tahan lama, sarungnya juga boleh ditukar ganti.
Jika anda terlihat gambar ruang dapur yang menarik minat, cuba fikirkan bagaimana ruang dapur berkenaan dapat disempurnakan di ruang dapur kediaman anda. Buku resipi pun boleh menjadi bahan hiasan sampingan yang berguna di ruang dapur. Susunkan buku itu dengan cara menegak atau baringkan di atas meja kerja. Bawakan suasana luaran ke dalam rumah. Gantunglah sepasu dua tanaman di dala ruang dapur. Tukar suasana ruang dapur dengan menukar warna pintu kabinet atau pemegang pintu.
BILIK TIDUR
Jika cat putih pilihan, anda sebenarnya masih boleh mengolah bilik tidur kepada tema tertentu menerusi perhiasan dalam tona lain. Tona merah, oren, biru dan hijau serasi dipadukan di bilik tidur bertema putih. Sebaik-baiknya padankan dua warna seperti merah dan oren atau biru dengan hijau dalam satu masa. Menggantung lukisan abstrak di kepala katil sememangnya menarik tetapi jangan menggantung di semua dinding. Gayakan langsir sesuai dihias di tingkap bilik tidur. Langsir sebenarnya mempunyai dua kegunaan, pertama menegaskan fungsi jendela dan kedua untuk menghalang kemasukan cahaya matahari.
Pameran yang hebat dan yang terbaik seni bina paling canggih dan reka bentuk dalaman merentasi Rantau Asia Pasifik.
Halaman telah lama memainkan fungsi penting dalam reka bentuk kediaman, mengawal cahaya, naungan dan penggunaan ruang. Berabad-abad tradisi sebagai inspirasi kontemporari, kini arkitek mula menyedari laman mampu menghidupkan semula suasana dalam sesebuah kediaman. Kajian yang cukup mengagumkan 25 kediaman di seluruh rantau Asia Pasifik mempunyai rumah dari Australia, Taiwan, Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura, India, Vietnam dan Sri Lanka. Rumah pilihan yang dirangkumkan oleh fungsi halaman, buku ini terdiri daripada lima bab – ciri privacy; ruang sosial; garis pandangan; udara, cahaya dan teduh; dan sempadan yang kabur – yang digambarkan kaya dengan fotografi serta ilustrasi seni bina yang memperlihatkan kedudukan halaman dalam pelan lantai lebih jelas. Mempamerkan peluang gaya hidup yang unik yang diberikan oleh reka bentuk halaman kontemporari ini, adalah sumber inspirasi untuk sesiapa sahaja yang berminat dalam kehiduapan yang lebih terbuka dan semula jadi. Penulis Courtyard Living,Charmaine Chan adalah Editor Reka Bentuk Morning Post di South China. Beliau memulakannya kerjaya kewartawanan di Sydney, mengejar kerjaya di Tokyo dan berpindah ke Hong Kong pada tahun 1997 menyertai Morning Post. Beliau hanya memberi tumpuan pada seni bina dan reka bentuk di Asia sahaja.
Pastinya buku Courtyard Living ini menjanjikan kepuasan untuk pencinta reka bentuk dalaman dan luaran yang cukup luar biasa untuk menikmati kelebihan sentuhan pakar seni bina yang pasti telah menzahirkan nikmat dunia yang cukup magis.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.