Pernah atau tidak anda melihat sebuah binaan rumah yang telah dihasilkan serta dibina sepenuhnya daripada kayu buluh? Tidak dinafikan, memang jarang-jarang untuk dapat kita lihat binaan rumah yang sedemikian.
Tambahan pula, dengan perubahan era zaman yang semakin moden dan maju kehadapan, memang sudah pasti binaan rumah seperti ini kelihatan asing dan sesuatu yang sangat luar biasa pada masa kini.
Namun meski begitu, tiada apa yang mustahil atau penghalang bagi membangunkan binaan rumah sedemikian pada masa kini. Baru-baru ini, terdapat satu akaun di laman media sosial Facebook yang dikenali sebagai Rumah Impian telah memuat naik beberapa keping foto di laman maya berkenaan.
Menerusi hantaran tersebut telah memaparkan sebuah binaan rumah yang telah siap dibina sepenuhnya daripada kayu buluh lantas sekaligus membuatkan binaan rumah ini mendapat perhatian ramai.
IKLAN
Lihat sahaja lah hasilnya, binaan rumah berkenaan sememangnya tampak sangat unik dan luar biasa berbanding dengan binaan rumah yang lain. Jadi tidak hairan lah mengapa rumah ini telah meraih perhatian wargamaya.
Semoga binaan rumah ini dapat dijadikan sebagai satu sumber idea dan inspirasi kepada orang khususnya buat mereka yang sememangnya gemar dengan alam semula jadi.
IKLAN
Sumber: Facebook Rumah Impian
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Bila sebut sahaja konsep tropikal pasti terlintas dengan warna hijau kan? Benar warna hijau adalah pilihan utama dalam konsep tropikal ini. Jagan lupa dengan pilihan atau kemasan kayu. Ia juga adalah satu penyeri dalam konsep ini.
kombinasi dua perkara ini amat penting bagi mencetus satu konsep tropikal yang memberi impak semulajadi dalam ruang kediaman anda.
kredit: Pinterest
Memiliki kediaman berkonsepkan ala Resort Tropika pastinya menjadi idaman ramai. Bukan sahaja menjamin suasana yang menyegarkan malah gaya yang ini pastinya menyuntik aura yang mempesona. Namun bagi memilih konsep ini ada beberapa pengetahuan asas yang harus anda tahu. Jom Semak..
Memasukkan unsur-unsur binaan kayu sebagai landskap kejur di kediaman seperti pergola, gazebo, dek kayu, struktur kediaman dan sebagainya.
Pemilihan pokok-pokok palma, renek berdaun, kawasan berumput dan banyak menonjolkan elemen hijau.
Kombinasi material di antara kayu, natural stones dan cermin dapat menonjolkan lagi gaya resort dengan sentuhan moden.
Walaupun pelaburan untuk mendapatkan material kayu begitu mahal berbanding material lain seperti konkrit, ia adalah satu pelaburan jangka masa panjang yang begitu berbaloi. Selain tidak lapuk ditelan zaman, elemen kayu juga mempunyai nilai tinggi di pasaran. Contohnya jika anda menggunakan kayu cengal, ia turut menambah nilai hartanah anda.
Pemilihan soft landscape juga penting sebagai pelengkap konsep resort dengan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Label pada bekas barang keperluan dapur, memudahkan kita mengenalpasti kandungan di dalam wadah. Ianya juga banyak membantu buat suami atau anak-anak yang tak berapa kenala bahan-bahan dapr tersebut. Kita pun, kadangkala boleh tak kenal lebih lagi pada tepung. Semua putih sahaja kan.
Selain menggunakan label khas, Amy Akim ada cadangan lebih mudah dan jimat. Tampal semula label bungkusan asal pada balang.
A : Mommy kenapa mommy tampal2 bekas tu..?
1. Senang nak suruh korang cari jenis barang.
2. Senang nak suruh ayah top up beli kalau stok habis.
Pakai sticker cantik-cantik kang korang tak cam packaging dia kan?
Tips ini idea mak sis..
Balang tu hasil dulu-dulu selalu beli Tart Nenas
Setakat kos pita pelekat lutsinar je, yg baik tak salah kan kita follow
Tips kampung je
Ini cuma sebahagian.
Milo, Tamar Cocoa, Nescafe, Teh semua mommy tampal jugak.
Orang laki selalu cakap tak tau.
Tamar Cocoa pun disangka Milo
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setelah 10tahun mendiami rumah teres 20×65 ni, terasa ingin mengubah suai dalam ruang tamu dan makan agar nampak lebih ceria dan berwajah baru. Pemilik ini adalah seorang guru yang cukup gemar dalam mendekorasi kediaman.Transformasi ruang di dalam rumah ini telah dilakukan untuk memastikan suasana dalam rumah lebih selesa dan bermaya.
Pemilihan cat warna royal orange sebagai permisah ruang tamu dan ruang makan dapat memberikan satu mood yang baru pada ruang tersebut. Perubahan pada dinding dengan menampilkan accent wall pada ruang foyer dan ruang makan dapat memberikan impak 3D dan membuatkan ruang tersebut berubah dan memberikan kelainan dari sebelumnya.
Pemasangan lantai kayu laminate berwarna cerah membuatkan ruang dalam rumah ini nampak lebih luas dan selesa semasa memijak di dalam ruang rumah ini. Manakala pemilihan langsir dan kusyen berwarna jingga dapat disuai padankan dengan tona warna yang ingin ditampilkan pada kali ini. Dengan mengekalkan perabot-perabot lama dan ditambah dengan perabot baru dapat memberikan suasana baru yang lebih ringkas dan minimalis.
Padanan khat 3D pada dinding rumah dapat menaikkan lagi seri dinding, selain itu, pemilihan bahan untuk dekorasi daripada barangan lama dan antik dapat memberikan sedikit kelainan dan penambah seri kediaman rumah milik peribadi Cikgu Syukur ini. Bagi beliau, kediaman ini adalah ibarat terapi dalam gaya hidupnya seharian. Seorang yang berperwatakan ceria ini pasti inginkan kediaman yang cukup sempurna dan ceria sepanjang masa.
SEBELUM
SELEPAS
SEBELUM
SELEPAS
SEBELUM
SELEPAS
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.