Setiap kolam sama ada ia hanya sebagai hiasan atau pun menjadi kolam ikan mempunyai masalah yang sama iaitu kualiti air. Kualiti air adalah antara faktor utama terhadap keseluruhan ekosistem yang terbentuk di dalam kolam. Kalau airnya keruh dan mempunyai kotoran, bukan sekadar tak sedap mata memandang malah mengancam habitat hidup akuatik yang mendiami nya.
Oleh itu, Untuk pastikan air kolam sentiasa dalam keadaan bersih sistem tapisan perlu diambil berat. Terdapat pelbagai rekaan sistem tapisan kolam di pasaran. Sama ada yang mahal dan murah. Setiap satunya fungsi adalah sama cuma kekerapan penyelenggaraan dan kualiti air yang dihasilkan menjadi perbezaan.
Tapi kali ini, LAMAN Impiana nak ajak anda untuk cuba membina sendiri sistem tapisan di dalam pasu. Berbanding menggunakan kotak atau tong khas yang berwarna hitam , adalah lebih baik gunakan pasu supaya ia kelihatan lebih menarik dan tak adalah nampak sangat macam penapis kolam.
Bahan-bahan:
Pasu plastik berukuran 47cm
25mm flexible hose
Penapis plastik (ikut saiz lantai pasu)
Span atau scrubbies secukupnya
1 biji 40mm U-bend kit paip
1 biji 40mm shower drain
1 biji 25mm double-end penyambung paip
3 biji 22mm penyambung paip “L”
1 biji 40mm tank overflow outlet
2 biji 22mm penyambung paip “T”
1 biji 22mm paip inlet tangki
4 batang 18-30mm metal screw-adjust
1 batang paip PVC 22mm x 2 meter
1 peket Bacteria culture untuk kolam
Gam untuk mencantumkan setiap sambunggan
Cara-cara:
1. Dengan menggunakan drill, tebuk lubang pada bahagian lantai pasu untuk pasangkan shower drain
2. Tebuk 2 lubang di kanan dan kiri dinding pasu yang akan berfungsi sebagai inlet dan outlet dan pasang kaki paip untuk kedua-dua kegunaan ini tadi.Untuk outlet, gunakan 40mm tank overflow untuk mendapatkan kelancaran air yang baik.
Ads
3. Cantumkan P-Trap pada shower drain dan diikuti dengan U-bend kit seperti dalam gambar. Bahagian ini akan berfungsi sebagai overflow.
4. Bagi mengatasi paip sambungan dari U-bend kit patah atau rosak apabila menerima tekanan air, letakkan klip sebagai sokongan yang disambungkan pada dinding pasu.
5. Bahagian dalam pasu, susun peyambung “T” dan “L” untuk mendapatkan ukuran paip yang diperlukan seperti di dalam gambar dan cantumkan
Ads
6. Tebuk sedikit lubang pada penapis sebagai laluan paip.
7. Masukkan paip “T” yang telah disambung pada lubang penapis yang telah disediakan dan letakkan paip panjang.
8. Ukur ketinggian paip panjang tadi yang diperlukan untuk menyambungkan bahagian “T” tadi dengan outlet yang telah di letakkan pada dinding pasu.
Ads
9. Sambungkan paip yang di potongkan tadi dengan outlet menggunkan penyambung sesiku atau “L”
10. Susun Span atau scrubbies memenuhi ruang pasu dan pasu anda sedia untuk disambungkan atau dipasang pada elemen air.
Ini adalah keadaan overflow. jika air berlebihan di dalam tangki ia akan keluar. Untuk tugas-tugas penyelenggaraan, paip overflow ini perlu di turunkan.
Sumber: http://www.prior-it.co.uk/
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Guna pencuci pinggan untuk bersihkan lantai tiles, biar betul? Mungkin ramai tak tahu sebenarnya inilah cara paling berkesan untuk memastikan lantai berkilat.
Kebiasaannya walau kita sudah bersungguh-sungguh mengemop lantai tapi hasllnya tetap nampak tak bersih dan melekit.
Ada yang sanggup beli pencuci lantai mahal untuk pastikan dapat lantai yang licin berkilat. Tapi sebenarnya kita tak perlu pun mengeluarkan wang tambahan untuk beli produk pencuci lain.
Percaya tak kita boleh guna pencuci pinggan yang memang dah ada di rumah untuk mop lantai tiles di rumah dan kesannya memang bersih berkilat. Cara ini dikongsi oleh Heze Zamri yang menurut beliau, tip ini turut digunakan oleh kontraktor pembersihan.
Tip lantai tiles licin berkilat, guna pencuci pinggan
“Sekadar sharing petua untuk lantai tiles rumah licin dan kilat.
“Caranya, guna Sunlight saja, letak sikit saja kemudian bancuh dengan air paip dan boleh terus mop lantai.
“Sebelum ini mop guna sabun lantai, hampir 10 kali mop debu pasir masih kelihatan kesan dari renovation rumah tapi lepas guna Sunlight sekali mop saja terus bersinar,” kongsi beliau.
Kata Haze petua ini dikongsi oleh saudara ibunda yang juga kontraktor pembersihan. Memandangkan dia tak dapat bantu bersihkan kediaman jadi beliau berkongsi cara tersebut.
Norma baru! Walaupun dah boleh bertugas di pejabat, kita sendiri perlulah berjaga-jaga. Jika perlu bertugas di rumah atau Work From Home pastinya kita inginkan ruang yang selesa untuk bertugas. Betul tak? Jom DIY Home Office Cara Hani Mynis!
ila dah kerja di rumah kenalah ada home office atau ruang kerja yang selesa untuk melakukan tugas dan meletakkan barang-barang.
Selain dari perlu kerusi dan meja, penstoran barang berkaitan kerja juga penting supaya nampak kemas terutama jika ruang kerja dalam bilik.
Jika memang berhajat menyediakan home office yang tersusun boleh guna idea dari Hani Mynis ini. Menggunakan almari pakaian untuk penstoran barang berkaitan kerja termasuk printer, ruang kerja dalam bilik ini memang tersusun. Semuanya dalam almari pakaian ini, senang cari.
Ini almari pakaian yang digunakan, 3 pintu harga waktu beli RM155. Box di atas tu beli di Ikea, guna untuk simpan barang sentimental. Seorang satu box.
Bila dah buka pintu almari. Tudiaaa…penuh barang. Strictly untuk penstoran dan printing je.
Bahagian atas almari. Ruang dinding almari guna sebaiknya.
Dokumen semua dalam fail jadi susun saja dalam almari.
Tambah Lennart drawer dalam almari. Para Ikea pun letak je atas laci. Para Ikea ni kena potong sikit bagi muat. Hani hantar kilang perabot minta tolong potongkan.6.
Laci untuk segala jenis kertas letak di sini.
Macam mana nak guna printer, begini ya. Bila nak guna hani pasang je plug kat extension ni. Lagipun printer bukan guna hari hari, Hani parking laptop kat atas ni. Sambung USB printer. Terus print.
Inilah almari yang digunakan. Untuk yang ada bajet sikit macam Hani boleh gunakan yang ni. Kalau ada bajet lebih boleh beli almari pakaian yang lebih tahan atau berkualiti dari Ikea. Sebab ini temporary solution sebelum pindah rumah sendiri nanti so RM155 berbaloi lah. Klik SINI jika nak beli.
Macam ni lah bahagian dalam almari pakaian asal yang dibeli. Kalau perasan para ada di bahagian atas. Tapi Hani letak kat bawah paras pinggang. Guna bracket L je untuk para tu. Bracket L yg besi kecil tu je. Rod atas tak guna.
Waktu emas perkembangan otak anak-anak adalah ketika mereka berusia dibawah 5 tahun. Masa ini semua yang diajar cepat je dapat. Adakalanya, anda tak perlu susah-susah ajar pun mereka tahu akan sesuatu melalui pemerhatian. Sebab itu, di pasaran terdapat pelbagai permainan, alat dan teknologi yang dihasilkan untuk merangsang otak dan minda anak anda. Adakalanya, nampak permainan-permainan ini macam tak perlu. Sebenarnya, ia amat membantu perkembangan minda anak anda.
Hakikatnya, mak-mak dan bapa-bapa ini bukan fikir benda tu tak perlu, tetapi lebih kepada nampak permainan pendidikan ni mahal. Betul tak? Contohnya seperti lampu tidur untuk anak yang ada corak-corak tu atau dipanggil sensory light. Nampak macam lampu tidur biasa sahaja. Sebenarnya sensory lamp ini mampu merangsang perkembangan visual dan minda anak anda. Tapi seperti biasa lah, di pasaran harganya boleh tahan juga. Namun, Puan Yatie Eimra mempunyai penyelesaian mudah dan jimat buat anak nya Fyydh. Puan Yatie DIY sendiri je sensory lamp untuk anaknya dengan menggunakan botol susu terpakai je.
Bahan-bahan:
Botol susu terpakai
Bekas plastik lutsinar String light
Gam uhu/ gam panas Selotape / double side
Bekas suis dan bateri
Cara-cara: 1. Lubangkan penutup bekas makanan di bahagian tengah untuk dimasukkan string light nanti 2. Buangkan puting pada botol penutup dan letakkan gam sekeliling bibir botol 3. Lekatkan penutup bekas makanan tadi dan pastikan kedudukan botol susu tadi di tengah-tengah. Biarkan gam kering sepenuhnya 4. Sambungkan string light pada kotak suis dan masukkan ke dalam botol melalui lubang yang telah dibentukkan pada penutup bekas makanan 5. Gunakan selotape untuk lekatkan bekas suis pada bahagian atas penutup yang telah disambung dengan botol susu 6. Sebagai pilihan, gunakan batu atau guli yang diisi di dalam botol untuk memastikan botol tadi berat dan stabil 7. Potong beberapa figura untuk membentuk kesan visual silhouette seperti haiwan, bintang dan sebagainya.
8. Untuk bentukkan permukaan solid pada bahagian terendak sensory lamp ni, Gunakan lekatan tisu untuk memastikan kesan silhouette tadi lebih menyerlah. Barulah tampal figura haiwan tadi. Tampal guna selotape untuk memudahkan ia di tanggalkan dan diganti dengan bentuk lain
8. Pasangkan bekas plastik tadi pada penutup yang telah dilekatkan bersama botol susu. dah siap
Bentuk silhouette yang terdapat pada lampu ini mampu merangsang skil kognitif anak saya. Bila tengok figura silhouette yang terdapat pada lampu tersebut, Fyydh boleh cuba teka. Di galakkan mak-mak buat lebih banyak figura yang menarik nanti boleh lah tukar-tukar. Bila anak dah tertidur, tutup lah lampu tu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.