Kehadiran sebuah kolam di kawasan kediaman sebenarnya merupakan pelaburan yang menguntungkan. Ia bukan sahaja mengindahkan taman, kewujudannya juga mampu memberikan kehidupan kepada anda, rakan-rakan serta makhluk lain yang mengunjungi taman anda. Saham akhirat dari sudut Islam ini diperoleh melalui kemudahan yang disediakan untuk unggas dan mergastua kecil menikmati sedikit nikmat yang anda sediakan di taman seperti kolam khususnya.

IKLAN

Kolam menjanjikan nikmat keindahan bukan sahaja seketika, ia akan kekal bertahun lamanya, menjadi habitat tanaman air berbunga indah serta hidupan akuatik yang mesra dan jinak. Oleh itu, kolam perlu dibina dengan betul dan mematuhi aspek-aspek penting supaya ia dapat menggalakkan kehadiran tetamu terdekat mahupun haiwan liar. Tepati 4 keperluan utama pembinaan kolam supaya ia berjaya menghasilkan suatu habitat yang baik dan selesa bagi tetamu anda.

IKLAN
IKLAN
  1. Bergantung kepada teduhan dan cahaya, kolam perlu diletakkan di kawasan yang mendapat redup dan cahaya seimbang. Ini bagi memastikan tumbuh-tumbuhan, ikan peliharaan dan tetamu dalam keadaan selesa ketika berada di sekitarnya.
  2. Kolam yang kecil mudah diselenggarakan, manakala kolam besar menjanjikan pemandangan indah dan selesa buat sesiapa yang mengunjunginya. Kepelbagaian elemen pada kolam ini juga mampu menggalakkan kehadiran haiwan liar dan menjadikannya habitat semula jadi mereka.
  3. Dari segi keselamatan, kolam perlu mempunyai ciri-ciri keselamatan mesra pengguna dan haiwan. Pastikan tujuan taman yang ingin dibina ditentukan sejak dari awal. Jika kolam hanya untuk dilihat, pastikan ia mempunyai ciri keselamatan yang sesuai untuk semua golongan.
  4. Struktur kolam. Tujuan pembinaan kolam ikan terutamanya adalah ingin melihat ia berenang bebas dan memberikan ketenangan kepada sesiapa yang melihatnya. Jadi, sebelum pembinaan struktur kolam perlu memahami cara hidup ikan tersebut supaya keperluan ikan seperti tempat pembiakan disediakan sebaiknya..
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI