Apa khabar orang-orang Perak sekalian? Sihat ke? Ini ada satu khabar berita gembira bagi anda yang tinggal atau menetap di sekitar negeri Perak Darul Ridzuan.
Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setianya, gedung kelengkapan rumah, IKEA Malaysia kini menawarkan promosi istimewa diskaun pemotongan harga caj penghantaran ke seluruh negeri Perak melalui trak daripada serendah harga RM163 sahaja.
Bagaimanapun, harga terendah yang ditawarkan ini untuk kawasan yang terpilih sahaja antaranya di bandar Ipoh, Taiping, Batu Gajah, Seri Iskandar, Tanjung Malim dan banyak lagi.
Jika anda lihat pada gambar rajah di bawah juga telah tertera senarai harga caj penghantaran di beberapa kawasan lain seperti Kuala Kangsar, Sungai Siput dan Tapah bermula serendah harga RM218 sahaja.
Ads
Sebelum ini, IKEA telah menetapkan kadar bayaran sebanyak RM258 kepada setiap pelanggan yang mahu membuat penghantaran ke negeri Perak melalui trak.
Jadi, tawaran promosi ini merupakan satu peluang keemasan untuk anda mendapatkan penjimatan yang lebih ketika berbelanja di gedung kelengkapan rumah IKEA.
Ads
Namun, tawaran istimewa ini hanya boleh dinikmati menerusi pembelian secara dalam talian dan para pelanggan di gedung IKEA cawangan Batu Kawan, Pulau Pinang sahaja.
Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat, anda boleh layari laman sesawang www.ikea.com.my.
Foto/Sumber: Ikea Official Website/ Twitter @Twt_TanjongMalim
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Kini, rata-rata kediaman di Malaysia pasti mempunyai sebuah air fryer. Ternyata dengan mempunyai peralatan memasak canggih ini, aktiviti memasak akan menjadi jauh lebih mudah dan singkat. Kepelbagaian fungsi yang memenuhi setiap keperluan didapur menjadikan alat ini sebagai suatu kemestian.
Namun, selepas digunakan sudah semestinya kita perlu mencuci bersih peralatan tersebut sebelum disimpan. Mungkin ada yang beranggapan perkara ini remeh tetapi nak cuci air fryer ni rumit juga ya. Jadi, apa kata anda ikut step-by-step mudah yang dikongsikan Amanda Tan melalui grup Resepi Air Fryer [Malaysia] ini supaya air fryer sentiasa suci bersih tanpa terjadi apa apa kerosakan pada komponen elektrik.
Hari ini kita kongsikan cara membersihkan Air Fryer kita. Semenjak aktif dalam group ini, saya pun menerima banyak PM untuk menanyakan saya cara saya membersihkan Air Fryer. Hah! kebetualn saya nak membersihkan Air Fryer hari ini lalu terfikir untuk membuat video ini. Harap perkongsian saya memberi serba sedikit manfaat kepada semua!
Tidak dinafikan kos sara hidup kian semakin meningkat sehingga memberi tekanan kepada setiap lapisan masyarakat di seluruh dunia pada hari ini. Bukan sahaja dihadapi golongan orang biasa malah lebih parah ia turut dirasai buat golongan elit.
Terbaru, dikhabarkan seorang pensyarah bahasa Inggeris di United Kingdom (UK) yang dikenali sebagai Aimne Le telah membuat pengakuan bahawa dirinya pernah tinggal di dalam khemah sepanjang tahun ketiga dia menyiapkan PhD.
Difahamkan, pensyarah ini memilih untuk tinggal di dalam khemah kerana dia berdepan dengan masalah kewangan akibat kenaikan harga sewa rumah yang naik secara mendadak pada tahun ketiga beliau menyiapkan PhD. Lantas menyedari hal tersebut, dirinya tidak mampu untuk menyewa sebuah flat dan menanggung semua kos kajian penyelidḭkannya itu.
“Sejuk, khemah itu sangat kecil. Hanya muat untuk seorang sahaja,” cerita pensyarah itu.
“Semua itu jadi kenẫngan pahit, lebih-lebih lagi pada suatu ketika, saya bangun, dan luar khemah saya dipenuhi dengan bulatan salji. Kalau saya sedang tiada sebarang tugasan, saya belajar cara untuk potong kayu untuk menyalakan api,” terangnya lagi.
Disebabkan khemah yang begitu kecil, dia memilih untuk menyimpan semua buku pascasiswazahnya di pejabat kerana tidak mahu buku itu rosak. Bukan itu sahaja, dia juga mandi di universiti.
Lebih menyedihkan lagi, apabila dia tidak ingin ibu dan bapanya risau. Oleh itu, dia bertindak untuk tidak memaklumkan kepada keluarganya berkenaan hal itu. Wanita itu juga telah memberitahu ibu dan bapanya bahawa dia tinggal di ladang ekologi.
Walaupun pihak universiti ada menegaskan mengenai kebajikan pelajar dan sebagainya, dia tetap memilih untuk tidak memberitahu universiti tempat dia belajar mengenai kesukaran hidupnya pada masa itu. Menurut dia, masalah itu akan membuatkan reputasi dia akan rosak kerana di ‘cop’ sebagai orang tiada tempat tinggal.
Dia juga sempat menghabiskan masa selama enam bulan tidur di atas lantai rumah rakannya semasa menjalankan penyelidikan PhD dan pada masa yang sama dia sempat mengajar subjek Sejarah dengan bayaran £15 (RM84.67) sejam di Universiti Russell Group.
Dia juga dikatakan pernah mempunyai kecacatan, dan pada tahun ketiga dia menjalani PhD, pembiayaan dia dibekukan semasa dia terpaksa berehat sebulan selepas pembedahan dilakukan. Menurut laporan, dia merupakan pelajar antarabangsa dan disebabkan itu dia terpaksa membayar yuran yang lebih mahal iaitu sebanyak £8,000 (RM45,286.85).
Malah, dia juga perlu membayar £3,000 (RM16,984.45) untuk sewa rumah. Disebabkan itulah dia telah meminjam khemah daripada kawannya berikutan tidak mampu membayar kesemua bayaran itu dengan duit gajḭnya sebagai tenaga pengajar.
Pensyarah itu telah memperoleh PhD pada tahun 2018 dan pernah mengajar murid di sekolah dan bekerja di taman botani untuk memenuhi keperluan hidup sebelum memperoleh dua tahun kontrak untuk mengajar penulisan kreatif di Universiti Exeter.
“Masa itu sangat sukar, sebab nak teruskan mengajar, dan pada masa yang sama nak buat penyelidikan. Malah, tiada tempat tinggal yang lebih baik untuk saya tinggal. Sehingga pada akhirnya saya pernah mengalami Post-traumstic stress disorder (PTSD) yang sangat teruk.” kata pensyarah itu.
Jadi jelas lah di sini, masyarakat dunia akan terus berdepan dengan kos sara hidup lebih tinggi pada masa akan datang apabila harga makanan dan bahan mentah, serta caj perkhidmatan terus meningkat. Kadar gaji pula masih di takuk lama.
Sumber: ohinfokini.co
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Ini memang satu khabar berita gembira buat anda pencinta barangan elektronik jenama terkemuka antarabangsa, Samsung kerana kini anda berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman untuk menggunakan barangan elektrik jenama berkenaan di kedai jualan terbaharu mereka yang terletak di pusat membeli-belah Publika, Kuala Lumpur.
Samsung Malaysia Elektronik bersama Toong Heng Elektronik telah mengumumkan pelancaran kedai jualan terbaharu itu secara rasminya, pada 26 Ogos lalu.
Dengan hasil kerjasama dan langkah kedua-dua jenama ini, para pelanggan bukan sahaja berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan peralatan elektrik jenama tersebut malah pelbagai tawaran istimewa dan potongan harga bakal diberikan kepada pelanggan setia mereka.
“Kerjasama kami dengan Tong Heng Electronics sudah menjangkau lebih 14 tahun sejak syarikat itu mula menyertai rangkaian Pengedar Sah kami pada tahun 2008.
“Jadi, ia sangat penting bagi kami untuk terus kekal optimis memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan kami dengan rangkaian produk inovatif serta pengalaman membeli-belah gaya terkini,” kata Jimmy Tan, Ketua Elektronik Pengguna Samsung Malaysia Elektronik.
Pengarah Urusan Toong Heng Electronics, Wilson Yap, yang turut hadir pada pelancaran itu majlis itu turut berkongsi, “Kami berbangga dengan kerjasama lama kami dengan Samsung, yang merupakan sebuah enama Elektronik Pengguna No.1 selama lebih 14 tahun.
“Seperti sedia maklum, inovasi Samsung sememangnya tidak sama seperti jenama yang lain dan apa yang penting bagi kami hasil kerjasama ini adalah semangat bersama kami untuk menyediakan kedai jualan yang akan mengagumkan semua orang dengan pengalaman pembelian pelanggan kami yang menakjubkan!,” akhirinya.
Dengan ruang kedai berkeluasan kira-kira 1200 kaki persegi, pelanggan akan dapat menikmati pelbagai jenis produk Samsung termasuk rangkaian BESPOKE seperti BESPOKE Jet™M , peti sejuk BESPOKE, BESPOKE CubeTM Air Purifier dan juga BESPOKE AirDresser.
Rangkaian yang direka bertujuan untuk memperkayakan kehidupan pelanggan dengan gaya hidup dan reka bentuk terkini serta ciri teknologi yang sempurna. Selain daripada itu, pengguna juga boleh merasai pengalaman menonton TV Pintar yang mengagumkan daripada rangkaian The Freestyle, The Frame dan Neo QLED 8K.
Sempena pembukaan kedai terbaharu, pelanggan akan menikmati diskaun untuk barangan terpilih dan berpeluang membawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM3,000 bermula dari 26 Ogos hingga 4 September 2022.
Bukan itu sahaja, pelanggan juga berhak mendapat jaminan waranti eksklusif selama dua tahun selepas pembelian! Jadi kepada anda semua jangan lupa untuk segera kunjungi kedai Samsung Malaysia Elektronik di pusat membeli-belah Publika, Kuala Lumpur hari ini!
Untuk maklumat lanjut dan berita terkini mengenai Samsung Malaysia, sila layari laman sesawang rasmi di http://news.samsung.com.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!