Monyet, babi hutan, memerang, biawak adalah antara haiwan perosak atau ancaman utama tanaman dan haiwan ternakan. Sudah pelbagai cara yang dilakukan untuk mencegah kehadiran haiwan perosak ni termasuklah bina pagar untuk menghalang ia masuk ke kebun.

Ada lagi satu teknik yang digunakan dan menjadi amal pekebun iaitu dengan menggunakan cecair yang dipanggil kencing harimau. Aromanya digeruni oleh haiwan perosak terutamanya monyet dan babi hutan. Namun, agak susah dan harganya pun boleh tahan mahal di pasaran. Sebagai ganti, anda boleh hasilkan sendiri aroma kencing harimau dengan menggunakan beberapa bahan mudah dan murah seperti yang dilakukan oleh En. Wan Mohd Khairy

Bahan-bahan:
1 bahagian ubat gegat/lipas
1 bahagian belacan
Kain
Tali

Cara-cara:
1. Tumbuk dan hancurkan belacan dan ubat gegat Belacan + Ubat Gegat Cegah Monyet Dan Babi Hutan
2. Gaul sehingga sebati
3. Bungkus bahan adunan di dalam kain Belacan + Ubat Gegat Cegah Monyet Dan Babi Hutan Belacan + Ubat Gegat Cegah Monyet Dan Babi Hutan
4. Gantung di sekitar sempadan kebun. jarak anytara satu bungkusan lebih kurang 5 meterBelacan + Ubat Gegat Cegah Monyet Dan Babi Hutan

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI