Bekas Blender, Botol Minyak Masak, Jangan Buang, Boleh Buat Pasu Sementara, Jimat & Mesra Alam

Bekas blender, botol minyak masak, jangan buang, boleh buat pasu sementara, jimat dan mesra alam. Siapa kata bekas barang dapur yang rosak atau botol minyak terpakai hanya layak dibuang? Dengan sedikit kreativiti, ia boleh menjadi pasu sementara yang praktikal dan mesra alam.

Bekas Blender, Botol Minyak Masak, Jangan Buang, Boleh Buat Pasu Sementara, Jimat & Mesra Alam

Inilah yang dikongsikan oleh Rahayu Ramli di grup Kebun Tepi Rumah apabila beliau menanam pokok cili dalam bekas pengisar yang sudah tidak berfungsi dan botol minyak kelapa terpakai.

“Pengakhiran blender, botol minyak kelapa dan rakan seangkatan yang sedang rehat, kita tak bagi rileks. Minta alih pulakk bila dah tinggi,” tulisnya berseloroh.

Bekas Blender, Botol Minyak Masak, Jangan Buang, Boleh Buat Pasu Sementara, Jimat & Mesra Alam
Biasa kita buang je bila dah rosak tapi ini boleh buat pasu sementara. Kreatif!

 

Bekas Blender, Botol Minyak Masak, Jangan Buang, Boleh Buat Pasu Sementara, Jimat & Mesra Alam

 

Bekas Blender, Botol Minyak Masak, Jangan Buang, Boleh Buat Pasu Sementara, Jimat & Mesra Alam
Bekas mandian bayi pun jadi buat pasu.

Bekas Blender, Botol Minyak Masak, Jangan Buang, Boleh Buat Pasu Sementara, Jimat & Mesra Alam Bekas Blender, Botol Minyak Masak, Jangan Buang, Boleh Buat Pasu Sementara, Jimat & Mesra Alam Bekas Blender, Botol Minyak Masak, Jangan Buang, Boleh Buat Pasu Sementara, Jimat & Mesra Alam

Kelebihan Menggunakan Bekas Terpakai Sebagai Pasu

*Jimat kos – Tidak perlu membeli pasu baru untuk semaian awal.

*Mesra alam – Mengurangkan pembuangan plastik dan sisa tidak terurai.

Ads

*Praktikal – Sesuai untuk tanaman sementara sebelum dialih ke tanah atau pasu besar.

Langkah-langkah Membuat Pasu Sementara Dari Bekas Terpakai

Bekas Blender, Botol Minyak Masak, Jangan Buang, Boleh Buat Pasu Sementara, Jimat & Mesra Alam

Pilih bekas yang sesuai

Gunakan bekas pengisar rosak, botol minyak kelapa, atau apa sahaja bekas plastik yang kukuh. Pastikan ia cukup besar untuk akar pokok tumbuh.

Bersihkan bekas

Cuci bersih bagi mengelakkan sisa minyak atau makanan yang boleh merosakkan tanah atau menarik serangga.

Buat lubang saliran

Tebuk beberapa lubang di bahagian bawah supaya air tidak bertakung. Ini penting untuk mengelakkan akar reput.

Ads

Isi tanah yang sesuai

Gunakan campuran tanah topsoil, cocopeat dan sedikit kompos untuk membantu pertumbuhan akar.

Tanam benih atau anak pokok

Letakkan anak pokok di tengah bekas, timbus dengan tanah dan padatkan sedikit. Siram secukupnya.

Letakkan di tempat strategik

Pastikan bekas berada di kawasan yang menerima cahaya matahari mengikut keperluan tanaman.

Tip Tambahan

*Jika guna botol plastik, potong bahagian atas secara serong untuk memudahkan penyiraman.

*Untuk elakkan tumbuhan tumbang, ikat pada kayu penyokong.

Ads

*Bekas pengisar yang tinggi sesuai untuk tanaman berakar dalam seperti cili atau tomato.

Kaedah ini bukan sahaja memanfaatkan barang lama, malah memberi kepuasan melihat tanaman membesar hasil kreativiti sendiri. Bila pokok sudah matang dan tinggi, barulah dipindahkan ke lokasi tetap. Memang idea bijak yang boleh dicuba semua pencinta tanaman!

Sumber: Rahayu Ramli, Kebun Tepi Rumah

Baca artikel lain juga: Tanam Pokok Durian D24 Dalam Pasu, Tahun Ke Dua Berbunga & Berbuah

Rahsia Pokok Limau Kasturi Dalam Pasu Berbuah Lebat: Ini Baja Paling Menjadi!

 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads