Untuk menjamin kebersihan, lantai kediaman seharusnya dimop setiap hari. Tapi, apa kan daya, hari-hari memang tak sempat nak-nak jika si mak seorang yang bekerja. Dapat mop seminggu sekali pun dah pus hati. Tapi, seronok bertambah apabila lepas mop, jubin kelihatan berkilat.
Puan Noor Asyikin berkongsi cara paling mudah untuk mop lantai sampai berkilat dengan hanya menggunakan bahan-bahan dari dapur.
Ads
Nak ke Ekin bagi tip untuk pencuci yang dapat hilangkan kesan minyak dan meninggalkan haruman yang lama? Let do it.
Ads
Cara Cuci Lantai Berkilat
Bahan-bahan:
1 cup pencuci lantai
1 cup cuka makan
Air panas
Ads
Cara-cara:
1.Masukkan semua dalam satu baldi dan mop.
2.Lap kan pula lantai menggunakan kain kering ketika lantai masih basah. Ia untuk mengelak lantai kelihatan bercapuk
3.Hasilnya lantai akan terasa begitu bersih dan berkilat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bilik tidur sepatutnya menjadi tempat paling mendamaikan di dalam kediaman. Ditambah pula dengan konsep dekorasi yang mencerminkan personaliti anda juga identiti keseluruhan ruang ini. Untuk memberikan magis lebih natural, gandingkan elemen kayu dengan kesesuaian tema penataan.
Seperti semua kita tahu, bilik tidur merupakan ruang untuk menikmati waktu istirahat setelah seharian penat bekerja atau melakukan aktiviti rutin. Bilik tidur yang sempurna bukan sahaja selesa tetapi memiliki karakter tersendiri. Dalam soal ini, anda sebagai penghuni lebih tahu untuk mencorakkannya agar tidur malam lebih lena dan berkualiti.
Meskipun trend hari ini pelbagai material digunakan untuk mencipta bingkai katil, namun penggunaan perabot kayu tetap ada di dalam ruang ini. Tidak keseluruhan, mungkin satu dua sahaja. Ada juga yang hanya meletakkan item perhiasan daripada material kayu bagi mewujudkan suasana lebih semula jadi dan menenangkan. #
GAYA ORIENTAL
Cetuskan sebuah bilik tidur dengan tema bersifat etnik. Salah satunya gaya Oriental yang sangat rapat dengan dengan masyarakat Indo China. Pada keseluruhan ruang, gunakan sepenuhnya elemen kayu berona gelap diadun dengan kemasan lembut dalam rona terang atau lembut.
Pemilihan katil bertiang dihias tirai linen membangkitkan keindahan. Lantai rona merah oak meredupkan suasana, manakala kehadiran bangku yang diletakkan pada hujung katil, meja sisi juga kabinet penstoran dalam rona yang sama melengkapi aura semula jadi dalam ruang beradu. Untuk menambahkan dramatik, gunakan lampu chandelier rekaan klasik.
ILHAM KAYU PALET
Bilik tidur dalam warna semula jadi pada penggunaan tekstil dan cat dinding akan mewujudkan keharmonian keseluruhan ruang. Untuk mencipta penegasan dan titik tumpu yang unik pada bilik tidur gaya moden, anda boleh gunakan kayu palet dan lekatkan pada dinding. Ia boleh juga dijadikan sebagai kepala katil dengan melekatkan kayu palet tersebut sehingga mencecah siling. Untuk nampak sedikit kontra, anda boleh gandingkan perabot berona gelap dan cerah.
ALL WHITE
Semuanya putih. Siapa mengatakan putih itu membosankan? Putih merupakan rona yang membuatkan suasana di dalam bilik tidur terasa lebih tenang, lembut dan suci. Selain dinding dicat putih, anda boleh abadikan ia dengan pemilihan perabot seperti katil dan meja sisi juga berwarna putih. Digandingkan dengan kemasan lembut iaitu cadar dan sarung bantal bercorak agar tidak kelihatan terlalu kaku. Pemilihan lantai laminasi berona putih keabuan menambahkan lagi karakter pada ruang berehat ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Cermin merupakan antara item penting yang wajib ada dalam bilik air kediaman. Hal ini kerana tanpa cermin tentu akan menyukarkan anda untuk berdandan dan merapikan diri. Namun, salah satu masalah yang sering dihadapi adalah cermin sering kotor dengan kerak dan kelihatan berkabur. Kotoran ini terdiri daripada debu, percikan sisa-sisa kosmetik dan bakteria yang terkumpul.
Kotoran ini juga muncul kerana ada kotoran yang melekat terlalu lama atau cermin sering terkena air dan sabun. Tapi anda semua jangan risau, kerana anda mampu mengatasinya hanya dengan menggunakan ubat gigi.
Ubat gigi merupakan bahan yang sangat efektif dalam membersihkan kerak.
LANGKAH-LANGKAHNYA;
Pilih ubat gigi yang mengandungi butiran lembut.
Sapukan permukaan cermin yang berkerak dengan ubat gigi dan tunggu sehingga kering.
Setelah itu bilas dengan air dan gosok dengan berus.
Anda disarankan untuk menggunakan berus yang lembut agar tidak mencalarkan permukaan kaca.
Setelah itu bilas dengan air bersih dan keringkan dengan kertas tisu.
Untuk cermin tandas kelihatan sentiasa bersih, anda juga harus sering menjaga kerbersihan tandas dan melakukan aktiviti pembersihan sekurang-kurangnya seminggu dua kali.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ibu bapa mana yang tidak inginkan kesempurnaan untuk anak-anak mereka. IMPIANA tertarik dengan gaya dan pemilihan tona yang dikenakan dalam kamar si manja ini, ia kelihatan lebih tenang dan mendamaikan. Suasana di dalam kamar ini tidak terlalu berat dengan watak-watak kartun yang menjadi kegilaan anak-anak kecil. Hanya bermain dengan cat berwarna pastel membuatka bilik tidur ini sudah kelihatan sempurna.
Walaupun si manja ini baru sahaja berusia 15 bulan ibu bapanya sudah mendekorasi biliknya dengan penuhi menjiwa. Jom kita ambil inspirasi pasangan ini.
Ayden’s Area
Playroom + bedroom
Ayden baru 15 bulan tp mama papa excited nk deco bilik die
Wall art inspired by Pinterest.
Code cat;
Base; Jotun Majestic Washed Linen Matt 10679
Awan & Geometry; Jotun Majestic True Beauty Matt Orkla 5125 Jotun Majestic True Beauty Matt Eternal Blue 4108
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.