Banyak cara untuk hasilkan baja organik. Namun ada orang kata baja organik keberkesanan terhadap tanaman terutamanya untuk penghasilan buah yang lebat dan bersaiz mega tidak sehebat penggunaan baja kimia. Hakikatnya jika campuran baja organik yang dihasilkan seimbang dan membekalkan keperluan sempurna kepada tanaman, bukan setakat dapat menghasilkan buah bersaiz gergasi malah baik untuk kesihatan. Ha… Nampak tak baja organik ternya kebatannya langkawi baja kimia.
Berikut antara campuran atau resepi baja organik yang lebih hebat dari baja kimia:
Bahan-bahan:
Gula merah (1 kg) (dicairkan dengan 200 mL air)
Bahan Kisar (A)
Kulit pisang (700g)
Kulit udang (belum dimasak) (200g)
Kulit telur (100g)
Alatan:
IKLAN
1. Bekas besar
2. Botol plastik 1.5 L (Botol mineral water besar)
Cara-cara:
1. Campurkan segala bahan di dalam bekas dan gaul rata
IKLAN
2. Setelah itu masukkan ke dalam botol 1.5 L.
3. Tutup dengan kain kasar agar tiada serangga masuk. Penggunaan kain agar berlaku proses pengudaraan untuk mikrob bekerja.
4. Peram selama 20 hari.
IKLAN
5. Setelah itu, tapis cecair hasil peraman.
Penggunaan:
1. Campurkan baja cecair bersama air dengan nisbah 1:20 (baja cecair: air). Contohnya 10 mL baja dengan 200 mL air.
Memang mudah nak biakkan pokok terung ni. Tapi disebabkan jenis daunya yang berbulu, ia menjadi ancaman mudah kepada serangga perosak. Apabila daun diserang perosak, ia akan menyababkan hasil terung pun terganggu.Nak berkebun tadi rumah tak ade ruang tanah? tak jadi masalah, boleh bealajr cara berkebun dalam ruang sempit dengan Puan Juliana. Tanam dalam rumah pun menjadi. Yang lagi “best” Tak sampai 2 minggu dah boleh tuai hasil sayuran.
Tapi, Azuan Abdullah ada tip untuk pastikan terus terus berbuah lebat. Boleh klik pada pautan FB En Azuan
Masih lagi mencari pasu bunga yang premium supaya dekorasi laman dan hiasan dalaman rumah tampak lebih mewah? Ini satu khabar berita gembira buat anda!
Baru-baru ini, IMPIANA telah berkesempatan untuk singgah di sebuah pusat membeli-belah, Tropicana Gardens Mall yang terletak di Kota Damansara.
Kemudian, terjumpa pula sebuah kedai bernama The Pot Concept yang menjual pelbagai jenis, bentuk dan rekaan pasu bunga yang menarik di sini.
Bukan sahaja ada pelbagai rekaan yang menarik, malah semua pasu bunga yang dijual di kedai berkenaan memang tidak dinafikan tampak cantik dan sungguh mewah.
Harga pasu bunga yang dijual di sini berbeza-beza mengikut jenis bentuk, saiz dan rekaan. Meski harga yang dijual agak sedikit mahal berbanding kedai lain di pasaran luar, namun kesemua pasu bunga yang dijual di sini semuanya berkualiti tinggi dan harga berpatutan.
Jadi apa salahnya berbelanja lebih bagi mendapatkan pasu bunga yang premium dan berkualiti tinggi, baru lah dekorasi laman dan hiasan dalaman rumah anda tampak lebih cantik sehingga memukau mata tetamu yang datang!
Kalau dah semuanya cantik-cantik belaka, memang rambang mata dibuatnya sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Jadi, sekiranya anda masih mencari-cari pasu bunga yang ‘premium’ dan cantik, boleh lah cepat-cepat singgah di kedai The Pot Concept sekarang!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Kelapa MATAG antara tanaman yang dikategorikan sebagai viral lah juga sebab ramai yang sibuk nak cari benih kelapa matag ni. Kenapa nama dia kelapa matag? Nama matag berasal dari pada “MA” (Malayan) dan “TAG” (Tangnan). Ia merupakan kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tagnanan. Ketinggian pokok MATAG boleh mencapai 15 meter. Daun, bunga dan buahnya berwarna sama ada hijau atau jingga pucat, bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya.
Pokok ini menjadi buruan disebabkan oleh saiznya rendah dan hasilnya banyak. Bagi mendapatkan hasil kelapa hibrid MATAG sebenar, petani perlu memastikan benihnya tulen iaitu hasil pendebungan antara Tagnanan dengan MRD atau MYD atau istilah saintifiknya dipanggil Generasi F1.
Keperluan Asas Tanaman
Suhu: 27-28 oC
Taburan hujan: 1300-2300 mm/tahun.
Kelembapan relatif: 80-90%
Altitud: kurang dari 100 meter daripada aras laut.
Jenis tanah: Pada umumnya, tanaman kelapa memerlukan tanah yang rata, bersaliran baik, berprofil dalam, berstruktur lom berpasir dan subur.
Penyediaan Kawasan
Kawasan terbuka yang telah dibersihkan.
Menanam kekacang penutup bumi. Campuran jenis kekacang yang sesuai ialah 3 bahagian Calapogonium mucunoides, 2 bahagian Pueraria phaseoloides dan 1 bahagian Ceutrosema pubescens.
Tanaman kekacang ditanam di kawasan selebar 2m di antara tiap baris anak benih kelapa.
Penyediaan Induk
Kriteria penting dalam memilih pokok induk Tagnanan (jantan) mesti berusia lapan tahun ke atas kerana pengeluaran buahnya sudah seragam.
Pemilihan pokok induk MRD (betina) mesti mencapai usia lima tahun ke atas bagi memastikan ia berkualiti.
Pendebungaan dibuat dengan menyapukan debunga jantan Tagnanan pada bunga betina yang matang kemudian di balut/ tutup dengan plastik telus cahaya.
Pendebungaan pada setiap bunga betina diulang setiap hari selama lima hingga tujuh hari atau sehingga stigma berwarna hitam.
Penyediaan Anak Benih
Benih yang berjaya didebungakan akan dibuka plastik penutup dan dibiarkan sehingga 6-8 bulan untuk menjadi buah kelapa hibrid.
Penyediaan Anak Benih di Tapak Semaian
Buah yang telah matang di tuai dan yang berkualiti sahaja di susun dalam tapak semaian.
Semaian selama 4-5 bulan ditapak semaian sehingga daun pucuk 3-5 helai keluar.
Kemudian dibuat pemilihan (culling) sama ada ianya F1 (MATAG) atau jadi seperti MRD/MYD atau Tagnanan.
Anak benih terpilih mestilah mempunyai warna sama pada pangkal pelepah dan lidi daun (hijau, keemasan, jingga kemerahan).
Proses pengeluaran benih kelapa hibrid MATAG yang bermula daripada proses pendebungaan, semaian dan mencapai standard anak benih memakan masa sekurang-kurangnya 1 tahun 4 bulan.
Penanaman di Ladang
Anak benih kelapa hibrid MATAG yang berusia 4-12 bulan boleh dipindahkan ke ladang untuk penanaman.
Cara menanam:
1. Saiz lubang tanaman kelapa berukuran 0.45m x 0.45m x 0.45m perlu disediakan. Seterusnya 200 gm baja fostat dimasukkan ke dalam lubang dan gaulkan bersama-sama tanah.
2. Selepas dua minggu, anak-anak pokok kelapa ditanam ke dalam lubang tersebut.
3. Padatkan tanah dengan memijak-mijak di sekeliling pangkal anak kelapa. Elakkan daripada memijak akar pokok.
Jarak Tanaman:
Sistem penanaman tiga segi sama (8.1 m x 8.1 m (178 pokok/ ha) atau sistem empat segi (152 pokok/ha).
Pengurusan Air
Siram anak pokok sebelum di tanam di ladang.
Pengurusan Perosak
Kumbang Jalur Merah (Rhynchophorus schach) Simptom: Larva memakan pucuk sehingga boleh menyebabkan pokok mati.
Kawalan kimia: Monocrotphos / methamidosphos sebanyak 5-10 ml/pokok. Bagi pokok kecil 3-4 butiran carbofuran pada lubang di pucuk pokok
2. Rama-rama Artona (Artona catoxantha) Simptom: Larva memakan daun kelapa daripada bawah dan meninggalkan kesan makan yang berlajur-jalur di atas daun. Daun yang teruk diserang akan kelihatan seperti terbakar.
Kawalan kimia: Racun monocrotophos (azordin) atau metamidophos (tamaron) pada kadar 5-10 m/pokok.
3. Ulat Beluncas (Setora nitens) Simptom: Larva memakan daun daripada tepi ataupun tengah sehingga tembus
Kawalan kimia : monocrotophos atau metamidophos pada 5-10 ml/pokok
Pembajaan
Baja 12:12:17:2 digunakan dengan kadar 100-150 gram sekali sebanyak 4 kali setahun.
Kutipan Hasil
Mula berbuah seawal berumur 3 tahun.
Buah melebihi 25,000 biji sehektar setahun.
Buah yang matang boleh dikenali dengan perubahan warna kulit daripada warna hijau kepada warna keperangan dan terdengar bunyi kocakan air apabila buah digoncang.
Pada setiap ruang bahagian rumah ada fungsi dan keistimewaannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi ruangan peribadi di bilik tidur yang merupakan tempat privasi bagi suami...