Berkebuan lebih sekadar dari hobi. Ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan perbelanjaan dapur anda. Selain itu juga, hasil yang di tuai dapat dimanfaatkan tanpa was-was berbanding sayuran yang dibeli dari pasar. Biasa lah, sayur yang datang dari kebun-kebun yang dibina bagi tujuan industri ini dipenuhi pelbahagai bahan kimia yang digunakan bagi tujuan membaja dan meracun. Adakalanya, anda yang berkebun secara hobi pun tidak lari dari menggunkan bahan-bahan kimia tersebut bagi mendapatkan hasil tuaian dengan cepat.

Hakikat sebenarnya, kita punya pilihan. Baja-baja organik yang dihasilkan sendiri pun tidak kurang hebatnya. Malah lebih baik hasilnya untuk kebun. Seperti yang dikongsi oleh puan Intan Suhana. Hanya bermodalkan roti dan air, baja yang dihasilkan berjaya mengeluarkan hasil yang banyak dan berkualiti.

Gara-gara kebun keliling rumah menunjukkan perkembangan yang sihat dan positif, mak happy sangat. Maka mak rasa nak kongsi satu petua ringkas menyuburkan tanaman yang dah ramai orang cuba dan berjaya.

Kak intan panggil resepi ini baja roti. Kalau ikutkan nama sebenarnya MOL (Mikroorganisma Lokal). Kos nya murah amat. Hanya perlukan air dan roti yang sungguh enak dimakan begitu saja haha.

Cara nak buat pun mudah aje. Tak perlu guna tenaga beria. Dah jadi nanti, cuma siram dan lihat keajaibannya. Semua pokok tanaman kita akan berkembang biak, pucuk baru makin meriah, daun bukan main hijau, kemudian kalau yang tak pernah berbuah tu nampak dah mula keluarkan buah.

BAHAN-BAHAN:
1. Sekeping roti yang masih baik
2. Air sebanyak 1.5 liter

TIP:
* Air hujan atau air basuhan beras je tau.
* Kalau nak guna air paip, sila dedahkan dahulu air kepada cahaya matahari seharian supaya dapat hilangkan/ kurangkan kandungan klorin.
* Ramai yang tanya pasal air ni. Disebabkan sekarang kebanyakan kita dah ramai yang pakai penapis air di rumah, takde masalah pun nak guna air paip andai kita sedia maklum bahawa penapis air kita tu boleh menyingkirkan kandungan klorin.
* So silalah gunakan air coway, air cuckoo dan yang sewaktu dengannya

Cara-caranya:
1. Koyak-koyakkan roti dan masukkan dalam botol, kemudian masukkan air. Pastikan air yang digunakan bukan lah air yang berklorin ye. Sebaiknya guna air hujan atau air basuhan beras.Baja Magik Untuk Kebun Sayur, Murah Dan Mudah Dari Roti

Ads

Baja Magik Untuk Kebun Sayur, Murah Dan Mudah Dari Roti

2. Penuhkan botol dengan airBaja Magik Untuk Kebun Sayur, Murah Dan Mudah Dari Roti

Ads

3. Kemudian peram, letak ditempat gelap. Kak intan letak kat dalam kabinet dapur bawah sinki.Baja Magik Untuk Kebun Sayur, Murah Dan Mudah Dari Roti

Minimum peram 4 hari pun dah ok. Tapi paling efektif minimum peram selama 7 hari. Pastikan selepas setiap 3 hari pastikan penutup botol dibuka bagi mengeluarkan gas yang terhasil akibat proses peraman atau penapaian ni.

Ads

4. Selesai di perap, tapis kan baja dan siram sekeliling pokok menggunakan bekas penyiramBaja Magik Untuk Kebun Sayur, Murah Dan Mudah Dari Roti

Pokok bunga lily ni memang tak rajin berbunga. Lepas kena siram dengan baja roti ni berlumba-lumba batang bunga dia keluarBaja Magik Untuk Kebun Sayur, Murah Dan Mudah Dari Roti

Baja Magik Untuk Kebun Sayur, Murah Dan Mudah Dari Roti

Baja Magik Untuk Kebun Sayur, Murah Dan Mudah Dari Roti Paling best pokok belimbing buluh ni. Berbuah buat pertama kalinya selepas berapa kurun di tanam. Baja Magik Untuk Kebun Sayur, Murah Dan Mudah Dari Roti

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI