Malang tidak berbau, terlalu inginkan kemudahan dan malas hendak banggun atau sebagainya. Extension plug soket ini lah menjadi pilihan ramai. Terutama kalau nak charge handphone tepi katil. Bahaya dengan penggunaan extension acap kali disuarakan, tetapi ramai sahaja yang pandang enteng dengan masalah ini. Selagi boleh pakai kita pakai.
Benar kadang kala ia berguna pada kita, tetapi ia tidak sesuai untuk penggunaan dalam jangka masa yang panjang dengan sambungan plug yang menanggung aliran tenaga yang kuat dan mungkin tidak tertampung oleh extension plug tersebut.
Ads
Ramai yg tak faham lagi tentang Extention Plug Socket.
BAHAYA – short circuit or lintar pintas boleh menyebabkan kebakaran
Jika anda pasang banyak seperti dalam gambar tetapi hanya digunakan secara serentak semuanya untuk mengecas handphone or di gunakan untuk alatan setiap 1 nya tidak melebihi 1 Amp (ringan) & tidak kekal ON sepanjang hari, ia tak ada masalahpun kerana soket plug ibu boleh menahan sehingga 13 Amp beban maxima.
Akan tetapi ia menjadi bahaya apabila pengguna menggunakan secara serentak semua socket extension tersebut dengan alatan-alatan yg high amp. Seperti cerek air (8 amp), periuk nasi (8 amp), seterika (5 amp), peti sejuk (3 amp), portable airconditioning 1.5 Hp (5.5 amp) & lain2.
Sepatutnya MCB C20 akan Tripp kerana Overload. Tetapi ramai dikalangan rakyat malaysia menggukan DB Automatik jenis murah & berkualiti rendah. Jadinya MCB murah tersebut tidak tripp walaupun amp telah overloading.
Kabel akan semakin panas, soket plug akan cair, penebat kabel mula pecah & berlaku litar pintas.
Cut Out (fius luar di meter) di bypass dengan wayar tembaga tebal & tidak putus. Kabel mula terbakar lalu membakar kayu rangka bumbung rumah & dalam masa kurang 10 minit bahagian bumbung akan marak api lalu berlakulah kebakaran akibat litar pintas.
Sekiranya anda belum pernah mengunakan mesin pengering baju dan sedang mencari barangan elektronik berkenaan, ada beberapa maklumat yang anda perlu tahu sebelum membelinya.
Mesin pengering baju atau disebut sebagai ‘Dryer’ dalam bahasa Inggeris sebenarnya memiliki tiga jenis kategori yang berbeza iaitu Vented, Condenser dan Heat Pump.
Jadi, mari kita kenali fungsi dan teknologi yang digunakan untuk setiap jenis kategori mesin pengering baju yang ada.
Jenis Vented
Untuk pengetahuan anda, mesin pengering baju jenis Vented harganyajauh lebih murah berbanding Condenser dan Heat Pump. Jika kita lihat di kedai barangan elektrik, harganya dijual sekitar dalam anggaran RM800 ke atas.
Namun, untuk jenis ni anda harus letak mesin pengering baju di kawasan luar kerana ia memerlukan aliran wap air dekat luar. Sekiranya mahu letak dalam rumah, anda kena sediakan satu saluran untuk tujuan keluarkan air tu.
Jenis Condenser
Manakala untuk jenis ‘Condenser’ pula harganya agak sedikit mahal, sekitar RM1200 ke atas. Bagi jenis anda tidak ni perlu letak luar rumah kerana ia memiliki satu fungsi yang membolehkan wap akan ditukar menjadi air lalu disimpan dalam bekas yang ada pada mesin.
Cuma, setiap kali selepas keringkan baju, anda kena buang air tu secara manual. Dari segi penggunaan elektrik pula agak sedikit tinggi jadi akan ada penambahan sebanyak RM15 hingga RM20 jika anda mengunakannya setiap hari.
Jenis Heat Pump
Konsep dan fungsi jenis ‘Heat Pump’ masih sama dengan Condenser’ cuma berbeza dari segi kualiti dan ciri-ciri fungsi istimewa yang lain. Harga yang dijual sekitar RM2000 ke atas dan menjadikan mesin pengering baju jenis ‘Heat Pump’ antara yang termahal.
Ini kerana penggunaan kuasa elektrik bagi mesin pengering baju jenis ini sangat minima, sekitar 800watt sekali penggunaan.
Bukan itu sahaja, tempoh masa yang diperlukan untuk jenis ini sangat singkat dan pantas. Jadi dapat menjimatkan masa anda yang pastinya!
Jadi jenis pilihan mana yang paling berbaloi dan sesuai untuk dibeli? Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera.
Meski anda perlu berbelanja lebih untuk mendapat mesin pengering baju jenis ‘Heat Pump’ yang dilengkapi dengan pelbagai kelebihan fungsi dan ciri-ciri istimewa lain maka ia boleh disifatkan sebagai satu pelaburan yang bijak. Bak kata orang, biar alah membeli, menang memakai. Tak gitu?
Sumber: Facebook Impiana Home
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Kini, rata-rata kediaman di Malaysia pasti mempunyai sebuah air fryer. Ternyata dengan mempunyai peralatan memasak canggih ini, aktiviti memasak akan menjadi jauh lebih mudah dan singkat. Kepelbagaian fungsi yang memenuhi setiap keperluan didapur menjadikan alat ini sebagai suatu kemestian.
Namun, selepas digunakan sudah semestinya kita perlu mencuci bersih peralatan tersebut sebelum disimpan. Mungkin ada yang beranggapan perkara ini remeh tetapi nak cuci air fryer ni rumit juga ya. Jadi, apa kata anda ikut step-by-step mudah yang dikongsikan Amanda Tan melalui grup Resepi Air Fryer [Malaysia] ini supaya air fryer sentiasa suci bersih tanpa terjadi apa apa kerosakan pada komponen elektrik.
Hari ini kita kongsikan cara membersihkan Air Fryer kita. Semenjak aktif dalam group ini, saya pun menerima banyak PM untuk menanyakan saya cara saya membersihkan Air Fryer. Hah! kebetualn saya nak membersihkan Air Fryer hari ini lalu terfikir untuk membuat video ini. Harap perkongsian saya memberi serba sedikit manfaat kepada semua!
Tahukah anda, masalah getah pintu peti sejuk yang rosak boleh menjadi punca kadar bil elektrik di rumah anda meningkat dan naik melambung tinggi. Mesti anda ingin mengetahui bagaimana punca sedemikian boleh berlaku ekoran daripada masalah tersebut.
Untuk pengetahuan anda, apabila getah pada pintu peti sejuk di rumah anda sudah mula rosak dan tidak lagi berfungsi dengan baik, peti sejuk anda berkemungkinan akan terpaksa menjana kuasa tenaga elektrik yang lebih tinggi bagi mengekalkan tahap suhu ruang dalam peti sejuk anda.
Akibatnya, ia akan memberikan kesan yang buruk dan boleh mendatangkan masalah lain dalam jangka masa panjang seperti kerosakan di bahagian ‘kompressor’ dan kipas motor peti sejuk anda.
Masalah kerosakan yang berlaku akan membuatkan anda berdepan dengan kos membaik pulih yang tinggi atau lebih teruk anda berkemungkinan terpaksa membeli peti sejuk yang baharu.
Bak kata pepatah, lebih baik mencegah daripada merawat. Maka adalah lebih baik sekiranya anda mengambil langkah persediaan sebelum masalah buruk dan tidak diingini berlaku terhadap peti sejuk anda.
Ingin tahu bagaimana caranya? Pertama sekali anda disarankan untuk menukar getah pada pintu sejuk sekiranya ia sudah rosak dan tidak lagi berfungsi dengan baik.
Anda juga tidak perlu bimbang dan khuatir sekiranya anda mahu menukar getah pada pintu sejuk kerana anda boleh melakukannya sendiri semudah ABC tanpa bantuan pertolongan pakar.
Langkah ini bukan sahaja dapat melindungi peti sejuk daripada sebarang kerosakan yang tidak diingini, malah ia juga dapat mengelakkan kadar bil elektrik di rumah anda terus melambung tinggi tanpa anda sedari.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.