Walaupun kelihatan cantik, bahan mudah terbakar seperti langsir, ropol, bunga hiasan dan kertas dinding perlu dielakkan dari diletakkan berhampiran dengan dapur.
Selain meningkatkan risiko kebakaran, keberkesanan barang elektrik juga mungkin akan berkurangan serta meningkatkan penggunaan elektrik dan memendekkan jangka hayat peralatan.
KESELAMATAN KEBAKARAN DI DAPUR
– Jangan tinggalkan dapur tanpa pengawasan ketika sedang memasak
– Sentiasa awasi dan periksa masakan di dalam alam pembakar seperti ketuhar mikro
– Elakkan memasak jika mengantuk, pening atau selepas mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk
Ads
KEBERSIHAN DAPUR
– Jangan pegang bahan-bahan mudah terbakar seperti pembalut makanan mahupun buku resipi berhampiran atau diatas kawasan dapur gas
– Pastikan ruang memasak sentiasa dibersihkan selepas diguna. Kotoran dari bahan masakan yang berminyak boleh disambar api
– Elak sebarang bahan mudah terbakar seperti langsir atau tuala pembersih berdekatan dengan dapur memasak
Ads
KESELAMATAN LITAR ELEKTRIK DI DAPUR
– Hanya gunakan satu peralatan (jenis pemanas) bagi satu soket, dalam satu-satu masa
– Pastikan fius dan pemutus litar diwujudkan bagi memutuskan aliran elektrik dari sumber kuasa sekiranya berlkau lebihan kuasa
– Pastikan rintangan didalam fius adalah sama seperti yang diperlukan bagi satu perkakas elektrik
– Ganti wayar yang telah pecah atau rosak
– Sekiranya peralatan elektrik di dapur terlalu panas atau berasap, putuskan sambungan plug dengan kadar segera
Label pada bekas barang keperluan dapur, memudahkan kita mengenalpasti kandungan di dalam wadah. Ianya juga banyak membantu buat suami atau anak-anak yang tak berapa kenala bahan-bahan dapr tersebut. Kita pun, kadangkala boleh tak kenal lebih lagi pada tepung. Semua putih sahaja kan.
Selain menggunakan label khas, Amy Akim ada cadangan lebih mudah dan jimat. Tampal semula label bungkusan asal pada balang.
A : Mommy kenapa mommy tampal2 bekas tu..?
1. Senang nak suruh korang cari jenis barang.
2. Senang nak suruh ayah top up beli kalau stok habis.
Pakai sticker cantik-cantik kang korang tak cam packaging dia kan?
Tips ini idea mak sis..
Balang tu hasil dulu-dulu selalu beli Tart Nenas
Setakat kos pita pelekat lutsinar je, yg baik tak salah kan kita follow
Tips kampung je
Ini cuma sebahagian.
Milo, Tamar Cocoa, Nescafe, Teh semua mommy tampal jugak.
Orang laki selalu cakap tak tau.
Tamar Cocoa pun disangka Milo
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bagi pencinta ikan laga mahupun ikan gapi boleh buat macam ni dekat rumah. Jika anda tidak mempunyai ruang yang luas untuk membela lebih dari satu akuarium. Boleh tiru cara Azhar Nordin .
Miliki rumah yang mungkin keluasannya agak tehad tidak menjadi penghalang bagi Azhar Nordin. Minatnya dalam membela ikan laga dan ikan gapi yang mempunyai pelbagai warna ini memberi satu kepuasan padanya.
Jika melihat sentuhan dekorasi rumah pemilik ini yang mengenakan warna biru ini memberi satu rasa yang menenangkan dalam gaya tersendiri. Membina rak untuk menyusun balang kaca tempat ikan laga ini cukup kemas dan teratur. Penggunaan bekas kaca yang sama membuatkan ruang pameran ikan ini nampak lebih kemas dan teratur.
Menariknya satu lagi konsep tempat penyimpanan ikan gapi beliau pula diletakkan dengan baik di dalam bekas yang putih yang boleh didapati di IKEA. Binaan bertingkat dapat meletakkan beberapa bekas dan boleh menyimpan lebih dari 20 ke 30 ekor ikan gapi yang cukup comel dan cantik.
Binaan bench untuk ruang tempat duduk tambahan yang dibina pada ruang tamunya juga dijadikan tempat untuk menyimpan ikan peliharaannya. Menarik bukan, kalau sekali pandang nampak macam tempat menyimpan barang. Tapi bila tarik sahaja rupanya si comel sedang berenang-renang di dalam bekas yang cukup selesa ini.
Azhar Nordin tidak hanya membiarkan bekas berisi air sahaja malah ia meletak hiasan seperti berada di alam fauna sebenar. Ini membuatkan habitat ini lebih selesa dan tenang dalam bekas ini.
Elemen hijau dalam rumah dengan pokok duit-duit ini memberi rasa tenang dan nyaman. Sebaiknya tumbuhan ini memang mudah hidup dalam apa jua keadaan, dan ia akan memberikan satu aura yang cukup nyaman dan tenang.
Baru-baru ini ada terdapat di media sosial tentang seorang pengguna yang berkongsi cara mencuci telur sebelum ia disimpan kedalam peti sejuk. Menurutnya, tujuan mencuci dahulu telur yang dibeli itu adalah untuk menghapuskan kuman yang mungkin boleh menjangkiti. Bekas telur juga disarankan untuk dilupuskan terus agar kesihatan isi rumah tidak berada dalam risiko.
Maka pelbagai reaksi yang diterima, ada yang bersetuju dan ada juga yang membantah tindakan tersebut.
Jadi, perlu atau tidak kita mencuci telur sebelum disimpan? Mari ikuti penjelasan ahli kimia, Dr Fatimah Salim berkaitan perkara ini.
PERLU ATAU TIDAK BASUH TELUR SEBELUM PENYIMPANAN?
Sebenarnya telur secara semulajadi memiliki selaput perlindungan yang dipanggil “bloom” atau “cuticle” yang terbentuk daripada cecair faraj ayam semasa bertelur. Tujuan lapisan ini ialah untuk melindungi isi telur daripada dicemari. Kulit telur sebenarnya mempunyai liang-liang halus di seluruh permukaan yang telap kepada kuman dan bahan kimia meruap (aka gas) dari persekitaran. Sebab itu telur boleh berbau bawang (dari bahan kimia bersulfur) jika diletakkan bersama dengan bawang. Selain daripada itu, selaput ini juga bertindak dalam mengekalkan kelembapan dalam telur dengan cara mencegah air meruap keluar melalui kulit telur. Inilah sebab kepada pendapat yang tidak menggalakkan telur dibasuh sebelum disimpan.
Pun begitu, terdapat peraturan dalam USDA yang mengharuskan pencucian setiap telur yang dijual secara komersial. Ini kerana kulit telur yang mengandungi najis boleh tercemar dengan kuman seperti Salmonella. Sekiranya telur ini disimpan dalam peti sejuk tanpa dicuci, ianya boleh menyebabkan pencemaran silang berlaku (kuman boleh berpindah) kepada makanan lain yang disimpan, terutamanya makanan sedia makan. Kuman ini akan menghasilkan bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
Malangnya proses mencuci ini akan membuang bersama selaput perlindungan semulajadi tadi. Maka peranan ini digantikan dengan selaput buatan (biasanya mengandungi mineral berminyak) yang boleh dimakan pada permukaan telur.
Namun peraturan mencuci telur ini tidak digunapakai di Malaysia. Maka, telur yang kita beli masih lagi mempunyai lapisan perlindungan semulajadi. Sekiranya telur tidak disimpan dalam peti sejuk, telur tidak perlu dibasuh namun haruslah disimpan di dalam kartonnya. Selain daripada fungsi sokongan, menyimpan telur dalam kartonnya dapat melindungi telur daripada tekanan (aka pecah) serta mengekalkan kesegaran telur sehingga 45 hari daripada tarikh pembungkusan.
Sekiranya telur ingin disimpan dalam peti sejuk dan kulit telur tidak mengandungi najis, maka tidak perlu di basuh. Cuma boleh mengambil langkah berhati-hati dengan menyimpan telur dalam bekas tertutup untuk mengelakkan pencemaran silang.
Ketahuilah tujuan penyimpanan telur dalam peti sejuk ialah untuk
1) menghalang aktiviti kuman di mana suhu sejuk hanya menyahaktifkan kuman (kuman tidak mati),
2) memanjangkan jangka hayat telur melebihi tempoh 45 hari tadi, serta
3) menghalang bahan-bahan kimia meruap (aka gas) daripada persekitaran masuk ke dalam telur.
KESIMPULANNYA, pilihan sama ada membasuh telur atau tidak bergantung kepada cara penyimpanan telur itu. Sekiranya kulit telur mengandungi najis dan ingin disimpan di dalam peti sejuk, maka eloklah dibasuh untuk menghalang mencemaran silang. Namun sekiranya telur ditinggalkan di dalam kartonnya, maka eloklah tidak dibasuh untuk meningkatkan jangka hayat kesegaran telur. Apa-apa pun, telur haruslah dibasuh sebelum di masak.
*Semoga bermanfaat *
ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.