Venus flytrap atau nama saintifiknya Dionaea muscipula merupakan spesies tumbuhan kecil berkelebaran 150 mm. Daunnya tersusun berbentuk separa bulat, mengelilingi batangnya yang berada di bawah tanah. Dikenali satu-satunya tumbuhan karnivor unik di dunia, ia berupaya memerangkap serangga menggunakan daunnya. Kelebihannya itu menyebabkan ia boleh hidup sama ada di kawasan kurang subur dan juga di kawasan tanah lembab. Ia mempunyai sehingga tujuh helai daun pada setiap pokok. Setiap daunnya berengsel di satu bahagian dengan gigi berpusar yang terletak di sepanjang tepinya, bertindak sebagai perangkap. Ia tumbuh rendah di atas tanah dengan perangkapnya dalam keadaan mendatar, dibiarkan terbuka bagi membolehkan serangga merayap di atasnya. Tumbuhan ini mempunyai bunga kecil berbentuk seperti bintang, tumbuh di hujung batangnya setinggi 200 mm. Ia berbunga pada bulan Mei atau Jun, dan satu-satunya dari famili genus sundew. Ia berasal dari bahagian utara dan selatan California, Amerika Syarikat.

Awas! Tumbuhan Karnivor Ini Tangkap Mangsa Kurang Dari Setengah Saat

Venus flytrap memperoleh mangsanya melalui rembesan bau manis seakan madu. Bau tersebut dapat menarik pelbagai spesies serangga untuk mendekati dan menghisap manisan tersebut. Proses memerangkap mangsanya amat dramatik. Terdapat rerambut sensitif bertindak sebagai picu penggera mengaktifkan sistem perangkapnya. Perangkap tersebut tidak akan berfungsi sekiranya hanya satu sentuhan berlaku. Sebaliknya, dengan dua kali sentuhan berturut-turut secara pantas ke atas rerambut yang sama atau dua rerambut yang berlainan akan mengaktifkan perangkap tersebut. Sistem dua sentuhan ini dapat menghalang perangkap tadi dari bertindak balas sekiranya disentuh oleh daun atau titisan air hujan. Daun tersebut akan tertutup dalam masa kurang dari setengah saat! Tindakan pantas itu akan memerangkap serangga yang leka dengan manisan yang dikeluarkan oleh tumbuhan tersebut.

Awas! Tumbuhan Karnivor Ini Tangkap Mangsa Kurang Dari Setengah Saat

Sebaik sahaja serangga terperangkap di dalamnya, kelopak daunnya akan tertutup rapat untuk membentuk ruang kedap udara. Tumbuhan ini akan mengeluarkan sejenis enzim penting berfungsi sebagai agen untuk menghancur dan melumatkan badan serangga, menukarkannya kepada bentuk yang boleh diserap dengan senang. Selepas 10 hingga 14 hari, mangsa tadi dinikmatinya, daunnya akan kembali terbuka untuk mendapatkan mangsa yang berikutnya.

IKLAN

 

Diet Venus flytrap lebih kepada serangga yang mempunyai kandungan lemak yang rendah. Kebanyakkan mangsanya seperti lalat, kumbang, semut dan labah-labah merupakan serangga yang rendah kandungan atau tidak mempunyai lemak langsung. Umumnya, bagi setiap Venus flytrap, kitaran riwayat perangkapnya akan lupus selepas mengorbankan sehingga tujuh ekor mangsa. Perangkapnya juga akan mati sekiranya serangga terlalu besar. Ini disebabkan ianya tidak berupaya untuk menghadam serangga tersebut dengan cepat.

Awas! Tumbuhan Karnivor Ini Tangkap Mangsa Kurang Dari Setengah Saat

IKLAN

Tumbuhan ini mudah untuk membiak sekiranya mereka disediakan keadaan pertumbuhan yang baik. Tumbuhan Venus flytrap sesuai ditanam di tempat yang terdapat cahaya terang, tetapi tidak di kawasan yang menerima cahaya matahari secara terus. Persekitaran yang lembab dan kering secara tetap seperti di dalam sebuah terrarium adalah suasana yang paling ideal untuk pertumbuhannya.

Campuran tanah yang sesuai dengan nisbah 70% gambut dan 30% berbatu adalah habitat yang terbaik. Venus flytrap amat sensitif kepada bahan kimia. Sehubungan itu, untuk kerja-kerja penyiraman, pastikan menggunakan air yang telah dirawat atau air hujan sahaja. Sekiranya tiada pilihan, dan terpaksa menggunakan air paip, biarkan air tersebut di dalam sebuah bekas untuk tempoh 24 jam, bagi membenarkan kandungan klorin dan bahan kimia lain untuk meruwap, barulah air itu selamat digunakan untuk tujuan tersebut.

 

IKLAN

Flytrap tidak memerlukan baja. Sebaliknya serangga yang dijerat dan diperangkapnya merupakan sumber nutrien yang sedia digunakan oleh tumbuhan ini. Sekiranya mereka diberikan makanan, perangkapnya akan mati dan perlahan-lahan bertukar menjadi hitam.

 

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI