Berasal dari keluarga Apocynaceous dan boleh mencapai ketinggian sehingga 12 meter, Cerbera odollam juga dikenali dengan pelbagai nama. Ia dikenali sebagai pokok ping-pong, buta-buta, sea mango, bintaro atau nyan di Asia Tenggara. Panggilan yang agak terkenal adalah sebagai pokok racun tikus kerana masyarakat di Malaysia gemar menggunakan buahnya untuk menghapuskan tikus di kediaman mereka. Berasal dari India dan Selatan Asia, dan boleh ditemui di hutan Malaysia serta di negara ASEAN yang lain. Kawasan berpaya merupakan zon prolifik yang sesuai untuk tumbuhan ini membiak.

Awas Jangan Terpedaya Nampak Macam Sedap Tapi Sebenarnya Beracun

Tumbuhan ini mempunyai bunga putih dengan mata kuning. Bunganya berbau agak wangi serta batangnya berwarna kelabu. Buahnya berbentuk bulat sepeti bola, berwarna hijau semasa muda. Sebaik sahaja buahnya terdedah kepada udara, tempurung putih akan bertukar menjadi ungu, ungu gelap dan akhirnya perang atau hitam. Keseluruhannya pokok ini mengeluarkan susu putih seakan-akan susu getah.

Awas Jangan Terpedaya Nampak Macam Sedap Tapi Sebenarnya Beracun

IKLAN

Getah dan bijinya mengandungi racun. Merupakan buah yang mengandungi toksid yang tinggi terutamanya pada bijinya dan menduduki tangga keempat tumbuhan yang paling merbahaya di dunia. Isirung Cerbera odollam mengandungi cerbein iaitu sejenis toksid yang berkait dengan digoxin, racun yang terdapat pada foxglove atau pokok maharani. Ia menghasilkan racun yang berbisa dan amat berbahaya jika termakan akibat tidak tahu akan kandungannya. Racun ini bertindak menghalang pengedaran  ion kalsium pada saluran jantung, menyebabkan gangguan pada degupan jantung.

Awas Jangan Terpedaya Nampak Macam Sedap Tapi Sebenarnya Beracun

IKLAN

Dalam tempoh sejam, sekiranya seseorang termakan buahnya, gejala berikut akan kerlihatan. Ia akan menyebabkan seseorang merasa loya, muntah, mengantuk, denyutan jantung menjadi lemah, keletihan, sakit perut dan anak mata menjadi mengembang. Sekiranya tidak diberi rawatan dengan segera, sawan dan koma akan terjadi. Pada keadaan tertentu ianya boleh menyebabkan kematian. Selain dari itu, daunnya juga dapat memberi kesan pada sistem saraf pusat.

Awas Jangan Terpedaya Nampak Macam Sedap Tapi Sebenarnya Beracun

IKLAN

Di sebalik racun dan kesan negatif yang dihasilkan oleh tumbuhan ini, ianya juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional. Kulit kayu, daun dan minyak dari bijinya digunakan sebagai ubatan asli. Di India dan Thailand, misalnya, batang, daun dan getah pokokya dijadikan sebagai ubat pencuci perut. Di Indonesia, minyak yang diperolehi dari bijinya digunakan untuk mengubat gatal-gatal kulit dan untuk sapuan di anggota badan bagi menghilangkan sejuk. Di Malaysia, buahnya yang segar digosok di bahagian kaki untuk reumatism. Manakala di Brunei, air rebusan daunnya yang dicampur dengan daun-daun herba yang lain untuk dijadikan mandian bagi wanita selepas bersalin. Tumbuhan ini juga boleh digunakan untuk membuat deodoran dan racun serangga.

Tumbuhan ini banyak mendatangkan mudarat kepada manusia. Justeru ianya tidak banyak dipilih sebagai hiasan di taman-taman atau pun di kawasan lapang dan rekreasi. Bagi pemilik kediaman pula mereka juga perlu mengenali pokok ini dan elakkan dari menanamnya di rumah.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI