Kadang kala, ketika mengemas kediaman, aspek yang sering mencabar adalah membersihkan najis atau tahi cicak. Melihat tahi cicak yang berselerak di sekitar tepi tingkap dan perabot berhampiran dinding boleh merosakkan mood serta mengurangkan estetika dekorasi rumah.
Masalah ini sebenarnya boleh diatasi dengan petua mudah yang dikongsikan oleh Roslina Hashim. Hanya menggunakan 3 bahan yang ada di dapur sahaja.
Berikut antara perkongsian tersebut yang boleh dicuba!
TIP ATASI MASALAH TAHI CICAK
“Euww! geli sangat bila tengok taik cicak bertaburan kat tepi tingkap, kat lantai. Kak Ina memang geli dengan cicak. Tapi, tiap kali balik kampung, kena cuci taik cicak.”
“Biasa lah rumah kampung banyak cicak. Pasang perangkap pun tak pupus. Ada je yang datang mengunjung. Tak mau berperang dengan cicak, lebih baik cari jalan elak dari cicak buat onar di tepi tingkap dan lantai. Kita buat spray penghalau.”
Bahan-Bahan:
1/3 Cuka makan
1/3 Air
1/3 Cecair pencuci pinggan
Ads
Cara Membuat:
Campurkan semua bahan-bahan ni. Spray je kat kawasan yang biasa kena onar dan tempat persembunyian cicak. Boleh juga spray untuk halau semut.
Semoga panduan ini membantu anda mengatasi masalah tahi cicak di rumah dengan lebih efektif dan semoga berhasil menjaga keindahan serta kenyamanan kediaman!
Bermula musim mengadakan rumah terbuka, susun atur kediaman patut dititik beratkan. Bukan hanya bab makanan yang jadi keutamaan kita untuk acara ini bagi memuaskan hati tetamu.
Supaya acara rumah terbuka yang kita rancang berjalan sempurna, panduan dari Pensyarah Kanan Jabatan Seni Bina Dalaman Azizul Azli Ahmad ini perlu kita ambil kira.
1. Jika kediaman kita kecil, letakkan semua perabot rapat kedinding agar mudahkan laluan tetamu.
2. Sediakan meja utama untuk hidangan utama dibahagian tengah rumah.
3. Kediaman boleh dihiasi juga dengan lampu ‘lip lap’ yang ada diluar dibawa masuk kedalam ruang dalaman.
4. Kurangkan hiasan atas lantai dengan permaidani, jika ada yang tertumpah sukar diuruskan nanti.
5. Jika kediaman kecil banyakkan pencahayaan agar kelihatan lebih besar dan luas.
6. Pastikan kebersihan bilik air dijaga dan dibersikan dulu, sediakan pewangi atau lilin wangi sepanjang majlis .
7. Jika kita tidak suka orang lain masuk keruang dapur kita, sediakan pemisah atau sediakan pingan dan cawan pakai buang sahaja.
8. Zaman sekarang orang gila bergambar, sediakan satu ruang yang sesuai untuk bergambar dengan latar dan pencahayaan yang baik disitu. selain bergambar orang juga boleh bersembang dan makan disitu.
9. Jangan terlalu banyak hiasan kecil dan koleksi kita dipamerkan sewaktu rumah terbuka, kemas dan simpankan. Elakkan rosak atau hilang.
10. Sediakan sebuah cermin yang besar kerana semua tetamu ingin kelihatan cantik walaupun dia ‘mak mak orang’.
11. Sususun meja secara ‘island’ dibahagian tengah agar orang boleh mengelilingi dan tiada ‘jalan mati’ yang perlu undur semula.
12. Sediakan bakul sampah yang bersih dan cantik serta pastikan tidak cepat penuh sampah
13. Jika dapat sediakan satu ruang khusus untuk anak anak kecil bermain atau makan.
14. Sediakan satu ruang jika tetamu minta ‘boleh saya tumpang solat”, “Anak saya nak menyusu”. ini sangat penting kawan
15. Jadilah tuan rumah yang tenang dan tidak kelihatan letih sewaktu tetamu datang. Jangan tertekan, tarik nafas dan tenang
16. Sediakan ais yang mencukupi dan air minuman yang sedia diminum, kita tak mahu membuang masa membancuh air didapur. Air mineral dan kosong sangat penting
17. Jangan pasang lagu raya terlalu kuat kerana tujuan majlis adalah mengeratkan siraturahim dengan bertanya khabar dan bersembang.
18. Sediakan makanan yang sihat dengan pengurangan gula, garam dan lemak demi kesihatan bersama bukan sekadar banyaknya makanan kita. Minuman kosong penting
19. Maklumkan anak anak kita agar membantu dan berikan kerjasama agar kita menjadi hos yang baik. briefing awal penting. Jangan bawa kawan naik kebilik.
20. Banyakkan berdoa dan betulkan niat kita agar majlis rumah terbuka bukan untuk berlumba tetapi untuk meraikan bulan Syawal yang mulia.
Raikan semua tetamu kita, jangan hanya bersembang dengan tetamu yang kita suka sahaja. Jika rumah kecil rancang tetamu yang datang.
Salam Lebaran Sahabat sekalian.
Azizul Azli Ahmad
Pensyarah Kanan Jabatan Senibina Dalaman
Kehadiran lipas di dapur bukan sahaja menjijikkan tetapi juga boleh menjadi pembawa kepada pelbagai penyakit.
Jangan risau! Ada cara semula jadi yang boleh membantu anda mengusir lipas tanpa menggunakan ubat gegat mahupun bahan kimia berbahaya. Cara ini dikongsi oleh Ummi As yang sudah 3 bulan menggunakan cara ini dan berkesan atasi kehadiran lipas dalam kapinet dapur miliknya.
1. Ambil rempah empat sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Lebihkan bunga cengkih dan buah pelaga.
2. Masukkan dalam kain net dan ikat bunjut. Buat 3-4 bunjut rempah ini dan letak di dalam kabinet dapur. Boleh tambah rempah jika baunya sudah hilang.
3. Sebelum masukkan bunjut rempah ini sebaiknya bersih dan lap dulu kabinet.
Menurut Ummi setakat tiga bulan mempraktikkan cara ini, kehadiran lipas dan bahan buangannya memang tiada. Berkesan!
Gunakan empat jenis rempah ini untuk menjadikan dapur anda bebas dari lipas secara semula jadi dan selamat. Amalan ini membantu mengelakkan penggunaan bahan kimia berbahaya, sambil mengekalkan dapur yang bersih dan nyaman. Ingat, menjaga kebersihan dapur adalah kunci untuk menghindari lipas. Selamat mencuba dan nikmati dapur yang bersih dan selesa!
INFO: Rempah ratus mempunyai bau-bauan yang kuat dan tidak disukai lipas.
Jangan tak tahu ada kalanya barangan lama yang mahu dibuang seperti almari boleh digunakan semula.
Memang idea kreatif dan boleh dijadikan inspirasi malah menjimatkan kos tak perlu beli sangkar buat anda yang ada memelihara si bulus di rumah.
Idea menarik ini dikongsikan oleh Puan Izyan Suraya yang berkongsi video transformasi almari lama rumahnya di akaun TikTok beliau @izyanwasabee.
Rumah kucing tersebut dibuat khas untuk anak kucing kesayangan yang dipeliharanya. Menariknya almari yang telah diubahsuai ini menjadi rumah kucing yang dilengkapi dengan ruang tidur, kawasan bermain, laci simpan barangan, aksesori,pasir dan makanan kucing.
Malah ia turut dilengkapi dengan jejaring besi untuk pengudaraan dan pencahayaan. Wanita ini juga mengalas ‘lantai’ rumah kucing tersebut dengan underpad yang ‘waterproof’supaya tidak basah mahupun kembang sekiranya terkena air.
Berkongsi maklumat lanjut, katanya anggaran kos keseluruhan untuk menghasilkan sendiri ‘rumah kucing’ ini kurang dari RM150. Malah kebanyakan barangan dibeli secara online di shopee sahaja dengan harga berpatutan. Sebagai contoh;
Kreatif sungguh idea yang dikongsikan ini. Siapa sangka dari almari lama boleh dijadikan ‘rumah banglo’ untuk anak bulus kesayangan. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.