Tidak kira apa pun jenis kediaman, sudah tentu anda mahukan yang terbaik dan yang paling selesa untuk didiami. Seperti pemilik rumah jenis apartment PPA1M ini yang bertugkus lumus menjadikan kediaman 1000 kaki persegi ini sebagai sebuah rumah dengan konsep scandinavian yang menarik dan selesa.
Menurut Endang Juliarti, rumah ini telah didiami selama 7 bulan dan walaupun masih baru, kesemua ruang telah dilengkapi dengan perabot dan kelengkapat yang secukupnya. Warna Elves Green dari Nippon Paint telah menjadi pilihan. Rona yang lembut dan ceria digabungkan dengan warna putih menjadikan segenap kediaman lebih tenang dan segar.
+ Tip dekorasi
1. Hias rumah mengikut bajet dan kemampuan.
2. Menggunakan bahan terpakai.
3. Beli pokok secara berperingkat.
4. Tetapkan konsep yang diingini.
5. Buat rujukan sebelum putuskan untuk beli sesuatu. Sama ada ia pratikal dan berbaloi.
6. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Menghias rumah sama seperti berkarya. Tiada yang betul, tiada yang salah dalam seni menghias kediaman.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Mewah Tapi Minimalis, Rumah Agam Bintang Tenis MARIA SHARAPOVA, Siap Ada Ruang Boling!
Rasanya satu dunia mengenali bintang tenis ternama dunia, Maria Sharapova.
Figura ini bukan sahaja popular kerana kehebatannya di gelangang tenis bahkan personalitinya juga menjadi bualan ramai.
Menyifatkan rumah agam tiga tingkat yang dibina di cerun bukit Los Angeles ini sebagai refleksi semangat dan kejayaannya selaku pemain tenis bertaraf antarabangsa, atlet kelahiran Rusia ini sangat menitikberatkan soal hiasan dan seni bina setiap ceruk kediaman. Pendek kata, segala apa yang terdapat di dalam rumah berkenaan adalah ilham darinya sendiri.
Malah, rumah mewah ini juga lengkap dengan ruang boling bawah tanah tempat istirehat menggambarkan pemilik kediaman berkenaan seorang yang aktif, berjiwa muda dan bercita-cita tinggi.
Menurut pereka hiasan dalaman yang terlibat dengan susun atur rumah Maria Sharapova, model dan usahawan cantik ini seorang yang teliti dan tegas dalam mengurus ruang privasi. Bahkan dia juga akan berunding dengan mereka yang terlibat dalam menghias setiap inci rumah.
“Saya sangat terinspirasi dengan seni bina dan nilai estetika Jepun yang serba minimalis. Tambahan pula, saya dibesarkan dengan persekitaran yang tidak terlalu banyak hiasan.
Bagi saya, minimalis adalah sesuatu yang sihat. Apa gunanya memiliki banyak barang di dalam rumah sedangkan tidak menggunakannya.”
Nama Maria Sharapova mula bersinar sebagai selebriti sukan antarabangsa ketika dia masih kecil. Berusia 34 tahun, Maria pernah memegang ranking nombor satu pemain
tenis wanita dunia sewaktu dia baru mencecah umur 18 tahun.
Selain aktif mengembangkan bakat dalam sukan tenis, Maria juga terlibat dalam kempen promosi jenama sukan dan kosmetik dunia termasuk Nike. Di samping itu, Maria turut
meluaskan empayar dalam bidang perniagaan dengan membuka syarikat coklat dan manisan premium Sugarpova.
Mengintai ruang mewah kediaman Maria Sharapova seperti yang dikongsikan menerusi channel Architectural Digest, Open Door… pemandangan dari kamar tidur Maria cukup mengagumkan kerana menghadap terus ke Pantai Malibu.
Uniknya, kediaman ini menggabungkan rona kelabu, coklat dan warna-warna natural yang menonjolkan sisi mewah konkrit dan kaca. Malah, ada di kalangan penonton yang melabelkan rumah Maria tidak ubah seperti sebuah galeri.
Dilengkapi dengan kolam renang yang luas, Maria turut membawa masuk perhiasan antik dari pelusuk dunia seperti Asia, Afrika dan Eropah untuk menghidupkan suasana klasik
di ruang kediaman. Pada waktu senggang pula, atlet tinggi lampai ini akan menjemput rakan-rakan datang ke rumahnya dan menikmati masa terluang sambil bermain boling di
tingkat bawah rumah.
Artikel ini diambil dan diolah dari NONA.
Mesti Baca:Keutuhan Rumah Warisan 88 Tahun, Dipasak Guna Kayu Cengal & Merbau Tanpa Paku
Baca Lagi Di Sini:Bina Loteng Rumah Ukuran 21ft x 11ft, Cantik & Kemas Hasilnya Kos RM13,000
Artikel Menarik:Gaya Minimalist Scandinavian Jadi Pilihan Pemilik Pangsapuri Saiz Kecil 750Kps
Sumber: Architectural Digest
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Fobia Anak Ketuk Skrin LED, Televisyen Rumah Samtilla Tergantung Tinggi Macam Dekat Klinik
Fobia Anak Ketuk Skrin LED, Televisyen Rumah Samtilla Tergantung Tinggi Macam Dekat Klinik. Kebiasaannya susun atur televisyen di ruang tamu atau ruang keluarga, diletakkan berhampiran dengan sofa dan kedudukannya sama level dengan aras mata untuk keselesaan sewaktu menonton.
Namun demikian, berbeza buat pasangan selebriti Shaheizy Sam,42 dan Syatilla Melvin,33 ini. Televisyen di rumah mereka diletak atas, tergantung tinggi seperti kelihatan berada di dalam klinik.
Fobia Anak Ketuk Skrin LED Televisyen
Semuanya gara-gara fobia, televisyen besar bersaiz 70 inci yang baru sahaja dibeli, telah diketuk oleh anaknya dengan kayu golf permainan yang ketika itu masih kecil.
Syatilla menceritakan lebih lanjut kejadian tersebut berlaku ketika anak sulungnya Syeriv Samheizy ketika itu baru berusia 2 tahun. Tilla dan Sam pula baru sahaja berpindah ke rumah baru dan baru sahaja 3,4 hari menggunakan TV tersebut. Tanpa disangka skrin LED televisyen tersebut telah diketuk oleh anaknya menggunakan kayu golf permainan.
Perkara tersebut meninggalkan kesan mendalam pada Tilla. Sebagai langkah berhati-hati, selepas kelahiran anak kedua dan ketiga, pasangan ini memilih untuk meletakkan televisyen pada kedudukan atas yang lebih tinggi.
Untuk rekod Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syeriv Samhiezy, 7, dan Sarima Samhiezy, 4 dan Salama Samheizy,2.
Mesti Baca: Dikelilingi Gunung Menghijau, Tapah Wanra Hill Rumah Hujung Minggu Keluarga Dynas Mokhtar
Baca Lagi Di Sini:Elisya Sandha Kumpul Duit Beli Rumah 1.2 Juta, Simpan Niat Tambah Anak
Artikel Menarik: Fasa Baru Kehidupan UYAINA ARSHAD, Progress Renovasi Siapkan Rumah Impian
IMPIANA: Lumrah anak-anak sedang membesar dan tengah lasak. Tak kisahlah bagaimana pun susun atur kediaman kita, yang penting kita selesa dan sesuai dengan pembesaran anak-anak.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kaya Dengan Vitamin, Ini Antara 6 Kebaikan Makan Lada Benggala
Namanya lada tapi tidak pedas. Itulah Lada Benggala atau capsicum. Buahnya besar dan ada pelbagai variasi dan warna. Ada hijau, merah, kuning, oren, ungu, coklat dan ada juga hitam.
Sayuran ini rendah kalori dan tidak mengandungi lemak serta banyak vitamin dan mineral. Lada ini dikatakan berasal dari Mexico dan Amerika Tengah.
Lada ini banyak ditanam di negara bersuhu panas dan ianya dijadikan sebagai rempah, sayuran dan ubatan.
Lada Benggala mengandungi antioksidan dan zat fito anti keradangan. Zat fito ini termasuklah flavonoid dan asid hydroxycinnamic. Terdapat juga karotenoid seperti alpha-karotena, beta-karotena, cryptoxanthin, lutein dan zeaxanthin.
Lada Benggala juga bersifat antibakteria, anti karsinogenik, analgesic dan antidiabetik yang dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh.
Kaya dengan sumber vitamin A, C, B6, B1, B2, B3, B5, E, serat, folat, kalium, vitamin K, mangan dan magnesium.
KHASIAT LADA BENGGALA
1. Mengurangkan tahap kolestrol
Bahan utama yang mengawal kepedasan dalam lada Benggala dikenali sebagai capsaicin. Capsaicin ini memiliki sifat-sifat antibakteria, anti karsinogenik, analgesic dan anti diabetik.
Lada Benggala dikatakan mampu membantu merendahkan tekanan darah dan memecahkan pembinaan kolestrol.
Ciri-ciri pemanasan dalam lada Benggala mampu membantu merawat masalah peredaran yang kurang baik pada kaki dan tangan.
Ia juga mampu mengurangkan tahap kolestrol LDL buat mereka yang obes. Capsaicin juga mampu meningkatkan kadar metabolik tanpa menaikkan tekanan darah dan kadar denyut jantung sekali gus membantu dalam mengurangkan berat badan.
2. Merangsang peredaran darah
Warna merah lada adalah disebabkan kandungan vitamin A yang tinggi. Lada Benggala telah digunakan sebagai mangkin untuk herba-herba lain.
Vitamin C dalam lada Benggala mampu membantu penyerapan zat besi sekali gus mencegah anemia. Unsur kolagen juga terkandung dalam lada Benggala.
Justeru itu, Lada Benggala mampu merangsang peredaran dan mempertingkatkan aliran darah.
3. Melegakan kesakitan ulser
Lada Benggala juga mampu membantu sistem pencernaan bagi melegakan keradangan usus, merangsang perlindungan membran mukus pada perut dan melegakan kesakitan yang disebabkan oleh ulser.
4. Baik untuk penglihatan
Kaya dengan vitamin C dan mampu membantu mencegah rabun di waktu malam. Kehadiran karotenoid dalam lada Benggala mampu merendahkan risiko kemerosotan makula dan membantu mengekalkan penglihatan yang sihat.
5. Mencegah kekurangan zat besi
Vitamin C dalam lada Benggala dikatakan mampu membantu penyerapan zat besi. Ini akan mencegah kekurangan besi dan anemia.
6. Mencantikkan kulit wajah
Pengambilan lada Benggala mampu membantu menghasilkan kolagen, satu bahan yang bertanggungjawab dalam kulit sihat dan anjal.
Antioksidan dan fitokimia dalam lada Benggala juga dapat membantu kulit kekal muda.
Semoga info ini memberi manfaat pada kita semua.
SUMBER : ELLY AZIZ
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI