Mencuci rumah cukup memenatkan. Bila dah cuci tapi masih nampak kurang bersih lagi membuatkan rasa tertekan untuk memastikan rumah bersih dan selesa. Terutamanya cermin yang ada dalam rumah anda. Kalau dah lama tak lap pasti akan nampak kusam. Macam-macam cara dah guna untuk cuci permukaan cermin masih ada kesan kabur pada cermin tersebut. Kena pula cermin di dalam bilik air, lagi la susah nak hilang kesan air pada permukaan cermin tersebut.
Tip Cermin Berkilat
Campurkan ubat gigi dan sabun pencuci.
Larutkan, kemudian boleh mengilap cermin yang sudah pudar. Tengok hasilnya cukup mengujakan.
Tip Cuci Lantai
Ads
Lantai cepat kotor penat nak mop kerapkan. Cuba cara ni mudah dan semut pun tak datang.
Campurkan cuka kedalam air bersih. Larutkan dan terus mop lantai rumah anda.
Ads
Tip Kabinet Nampak Macam Baru
Kalau kabinet tu warna putih lagi la cepat nampak kusam, warna kekuningan pastinya akan mula menyerlah bila dah lama gunakan.
Mudah sahaja, campurkan alkohol dalam garam dan larutkan kemudian lap pada permukaan kabinet tersebut. Lihat hasilnya pasti tidak sangka warna putih kembali menyerlah dengan hanya sekalai lap.
Baru-baru ini ada terdapat di media sosial tentang seorang pengguna yang berkongsi cara mencuci telur sebelum ia disimpan kedalam peti sejuk. Menurutnya, tujuan mencuci dahulu telur yang dibeli itu adalah untuk menghapuskan kuman yang mungkin boleh menjangkiti. Bekas telur juga disarankan untuk dilupuskan terus agar kesihatan isi rumah tidak berada dalam risiko.
Maka pelbagai reaksi yang diterima, ada yang bersetuju dan ada juga yang membantah tindakan tersebut.
Jadi, perlu atau tidak kita mencuci telur sebelum disimpan? Mari ikuti penjelasan ahli kimia, Dr Fatimah Salim berkaitan perkara ini.
PERLU ATAU TIDAK BASUH TELUR SEBELUM PENYIMPANAN?
Sebenarnya telur secara semulajadi memiliki selaput perlindungan yang dipanggil “bloom” atau “cuticle” yang terbentuk daripada cecair faraj ayam semasa bertelur. Tujuan lapisan ini ialah untuk melindungi isi telur daripada dicemari. Kulit telur sebenarnya mempunyai liang-liang halus di seluruh permukaan yang telap kepada kuman dan bahan kimia meruap (aka gas) dari persekitaran. Sebab itu telur boleh berbau bawang (dari bahan kimia bersulfur) jika diletakkan bersama dengan bawang. Selain daripada itu, selaput ini juga bertindak dalam mengekalkan kelembapan dalam telur dengan cara mencegah air meruap keluar melalui kulit telur. Inilah sebab kepada pendapat yang tidak menggalakkan telur dibasuh sebelum disimpan.
Pun begitu, terdapat peraturan dalam USDA yang mengharuskan pencucian setiap telur yang dijual secara komersial. Ini kerana kulit telur yang mengandungi najis boleh tercemar dengan kuman seperti Salmonella. Sekiranya telur ini disimpan dalam peti sejuk tanpa dicuci, ianya boleh menyebabkan pencemaran silang berlaku (kuman boleh berpindah) kepada makanan lain yang disimpan, terutamanya makanan sedia makan. Kuman ini akan menghasilkan bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
Malangnya proses mencuci ini akan membuang bersama selaput perlindungan semulajadi tadi. Maka peranan ini digantikan dengan selaput buatan (biasanya mengandungi mineral berminyak) yang boleh dimakan pada permukaan telur.
Namun peraturan mencuci telur ini tidak digunapakai di Malaysia. Maka, telur yang kita beli masih lagi mempunyai lapisan perlindungan semulajadi. Sekiranya telur tidak disimpan dalam peti sejuk, telur tidak perlu dibasuh namun haruslah disimpan di dalam kartonnya. Selain daripada fungsi sokongan, menyimpan telur dalam kartonnya dapat melindungi telur daripada tekanan (aka pecah) serta mengekalkan kesegaran telur sehingga 45 hari daripada tarikh pembungkusan.
Sekiranya telur ingin disimpan dalam peti sejuk dan kulit telur tidak mengandungi najis, maka tidak perlu di basuh. Cuma boleh mengambil langkah berhati-hati dengan menyimpan telur dalam bekas tertutup untuk mengelakkan pencemaran silang.
Ketahuilah tujuan penyimpanan telur dalam peti sejuk ialah untuk
1) menghalang aktiviti kuman di mana suhu sejuk hanya menyahaktifkan kuman (kuman tidak mati),
2) memanjangkan jangka hayat telur melebihi tempoh 45 hari tadi, serta
3) menghalang bahan-bahan kimia meruap (aka gas) daripada persekitaran masuk ke dalam telur.
KESIMPULANNYA, pilihan sama ada membasuh telur atau tidak bergantung kepada cara penyimpanan telur itu. Sekiranya kulit telur mengandungi najis dan ingin disimpan di dalam peti sejuk, maka eloklah dibasuh untuk menghalang mencemaran silang. Namun sekiranya telur ditinggalkan di dalam kartonnya, maka eloklah tidak dibasuh untuk meningkatkan jangka hayat kesegaran telur. Apa-apa pun, telur haruslah dibasuh sebelum di masak.
*Semoga bermanfaat *
ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tempat tidur sememangnya tempat yang paling selesa untuk beristirehat. Akan tetapi, apabila meletakkan barang-barang di atas tempat tidur pasti membuatnya kelihatan tidak kemas. Malah apabila barang-barang yang tidak diperlukan berada di tempat tidur pasti membuatkan tempat tidur menjadi sempit.
Mengemas tempat tidur seharusnya dilakukan setiap hari. Seeloknya setelah bangun dari tidur kita harus membersihkan dan merapikan tempat tidur agar selalu nyaman apabila menggunanya. Bagi anda yang malas untuk mengemas tempat tidur, anda boleh mengikuti cara cepat dan mudah yang ingin dikongsikan ini.
Cara Harian Mengemas Tempat Tidur
Untuk memiliki tempat tidur yang selesa dan sentiasa bersih anda perlu mengikuti cara mudah ini.
1. Tepuk tempat tidur menggunakan penebah agar debu-debu adan kotoran yang berada di atas tempat tidur hilang.
2. Rapikan cadar yang membungkus tilam anda. Jika anda mempunyia cadar jenis getah pada setiap penjurunya, maka anda perlu tarik keempat penjuru supaya ia tegang dan kelihatan kemas. Jika cadar anda tidak mempunyai getah, anda perlu menghampar cadar anda kemudian tarik tegang dan lipat ia ke bawah tilam anda dengan kemas.
3. Ambil bantal dan guling, lalu tepuk dengan penebah untuk membersihkan debu.
4. Letakkan bantal anda mengikut susunan dan kedudukan yang betul pada katil anda.
5. Bentangkan selimut atau bed cover, lalu kibaskan agar debunya hilang. Selanjutnya lipat selimut secara rapi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Rumah kecil atau tiny house kini menjadi kegilaan ramai di Malaysia. Inspirasi My Tiny Cottage House yang terletak di Port Dickson ini menarik perhatian ramai. Pemiliknya telah mendapat ispirasi untuk membina tiny house ini dari Pinterest.
Banyak yang dilakukan sendiri (DIY) sewaktu untuk menyiapkan rumah kecil ini. IMPIANA tertarik dengan warna dan dekorasi yang cukup menarik perhatian. Terasa seperti berada di negara luar bukan di Malaysia.
Bagi yang suka OOTD pasti akan gemar dengan lokasi rumah ini yang terletak di Port Dickson. Melihat pada pemilihan warna yang terang seperti biru dan kuning membuatkan seperti rumah mainan.
Yuslan Ibrahim pemilik rumah tiny house ini berkongsi cerita bagaimana beliau mula menghasilkan rumah kecil ini. Jika di luar negara tiny house sudah menjadi satu kebiasaan pada mereka.
Memiiliki rumah yang kompak seperti ini memberi kesedaran pada memilik agar lebih berjimat dan gaya hidup seharian yang lebih bersederhana. Jika anda lihat ruang yang comel ini memang sesuai untuk yang tinggal bersendirian. Nak kemas rumah pun senang.
Kalau anda dah mula tertarik dengan rumah ini boleh ke Port Dickson untuk merasai sendiri pengalaman tinggal di dalam tiny house.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.