Acap kali kita mendengar keluh kesah mengenai pemilik kediaman tidak dapat rumah idaman mereka. Malahan duit sudah banyak dilaburkan, perkara ini sering berlaku jika anda sendiri tidak bijak mengendalikannya. IMPIANA sering mengingatkan kepada semua para pembaca pastikan anda merujuk kepada yang pakar. Jika tidak rumah idaman anda mungkin tidak dapat memuaskan hati anda.
IMPIANA banyak kongsikan perkhidmatan ID yang bertauliah di dalam rencana sebelum ini. Kali ini IMPIANA nak bagi tahu pada semua para pembaca jika yang ingin membuat renovasi untuk rumah baru ataupun yang sudah di diami, boleh PM IMPIANA. Kini, IMPIANA akan membantu anda untiuk mendapatkan khidmat nasihat daripada yang pakar dengan harga yang cukup berbaloi serta kemasan yang yang pastinya memuaskan hati semua.
Anda boleh nyatakan butiran ini untuk memudahkan pihak kami menghubungi anda.
Ads
Nama:
Alamat:
Nombor Telefon:
Jenis Kediaman:
Masalah yang ingin diselesaikan:
Ads
IMPIANA, ingin berkongsi satu video yang membuktikan pentingnya pakar hiasan dalaman yang bertauliah untuk merealisasikan kediaman idaman anda. Siapa yang tidak kenal dengan pemilik produk kecantikan mesra wuduk Nurraysa, Puan Nor Aini Zolkepeli dan suami yang berkongsi kisah dan pengalaman mereka sewaktu ingin membina rumah idaman.
Jika anda tidak mahu jadi seperti ini, hubungi IMPIANA untuk kami bantu anda dapatkan pakar yang terbaik untuk kediaman anda, pastinya duit anda juga tidak melayang. IMPIANA sayang akan poket pembaca IMPIANA. IMPIANA bantu anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Langsir antara elemen penting dalam dekorasi sesuatu kediaman. Hanya menggunkan langsir sahaja, pelbagai impak dan ekspresi dapat dizahirkan. Seperti contoh, rumah yang sempit kelihatan luas dengan hanya menggunkan langsir namun pada teknik yang betul.
Jadi, untuk memilih design dan saiz langsir yang bersesuaian untuk kediaman anda, ada beberapa perkara yang perlu diperincikan
LEBAR LANGSIR
Salah: kebiasanya, lebar tingkap akan diukur mengikur bingkainya. jadi, railling yang dipasang pun mempunyai saiz lebih kurang lebar tingkap tersebut. Teknik ini kan menyebabkan lebih banyak daun langsir menutupi tingkap dan secara tidak langsung menghadkan ketelusan cahaya yang memasuki kediaman. Tambahan, ia akan menyebabkan impak visual kediaman kelihatan lebih kecil dan sempit
Betul: Cara terbaik untuk mendapatkan impak yang lebih menarik dengan menggunkan langsir adalah dengan memastikan reeling atau rod langsir mempunyai kelebaran lebih pada bahagian kiri dan kanan tingkap Berikut adalah formula asasnya:
1. Ukur lebar bingkai tingkap. (Katakan 100 inci)
2. Kirakan 25% darinya (25% dari 100” adalah 25”)
3. Bahagikan dengan 2 (25” bahagi 2 adalah 12 1/2 inci)
Anda sebaiknya memanjangkan railing/rod 12 1/2 inci ke kiri dan kanan tingkap. (Dalam kes ini, anda perlu beli railing/rod 125”)
KETINGGIAN LANGSIR
Salah; Kebiasaanya, ramai lebih gemar memilih untuk meletakkan rod langsir betul-betul di atas bingkai tingkap. Namun, keadaan ini akan memberi impak visual kurang menarik. Ia akan menyebabkan siling rumah kelihatan lebih rendah. Bila dah rendah, sudah pasti kita akan berasa sempit
Betul: Ketinggial langsir yang ideal adalah dengan meletakkan rod langsir lebih tinggi. Kalau boleh sampai atau hampir ke siling untuk mendapatkan impak double volume. Kalau ada cornice, elak dari menutupi bahagian tersebut.
PANJANG LANGSIR
Pastikan langsir yang dipasang tidak tergantung di bahagian kaki. Untuk dapatkan kesanvisual double volume, pastikan langsir mencecah lantai.
Seperti yang semua sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memasuki fasa kedua bermula 1 April yang lalu sehingga 14 April nanti. Ia merupakan tempoh yang kritikal dan mustahak bagi menentukan Malaysia berjaya atau tidak memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Disaat genting ini, kita sebagai masyarakat juga dapat memainkan peranan dalam meratakan lekuk penularan dengan mematuhi arahan kawalan pergerakan.
Jadi, bagi menyokong usaha kerajaan Malaysia ini, IMPIANA nak kongsikan cara sistematik menyimpan dan mengatur stok bahan mentah untuk 3 minggu kehadapan. Selain dapat kurangkan kekerapan untuk keluar membeli barang, ia juga boleh menjimatkan masa dan memudahkan proses memasak.
Melalui posting di akaun Facebook Puan Naemah Balqis, beliau telah berkongsi cara menyimpan bahan-bahan masakan mentah untuk stok selama 3 minggu. Petua yang telah lama dipraktikkan ini ternyata amat memudahkan dan berguna disaat-saat begini. Jom kita semak.
Simpan Lauk Cara Saya
Masukkan lauk dalam satu bekas untuk sekali masak. Jangan lupa masukkan air sampai menutupi lauk tadi. Simpan di tempat beku.
Letak air untuk apa? Untuk kekalkan kesegaran lauk tadi. Bagi orang yang cakap manis udang akan hilang bila letak air dan disimpan lama, terpulang…kita raikan pendapat berlainan.
Lauk yang diletak air -Udang, sotong, ikan dan ayam. Semua bersihkan siap-siap kemudian simpan lauk yang dah bersih kedalam bekas yang diisi air.
Tak perlu letak air – Daging dan tulang, simpan macam biasa
Bila nak masak, keluarkan bekas lauk kemudian alirkan bawah air paip. Kalau udang atau sotong sekejap je cair tapi kalau ayam akan ambil masa sikit. Jika nak masak esok pagi, malam tu boleh letak kat chiller. Ramai orang buat mcm tu kan…
Simpan Sayur Cara Saya
Isi air dalam bekas sehingga menutupi sayur – Halia, lengkuas, serai
Letakan tisu dibahagian bawah (untuk menyerap air yang menitis kedalam bekas) – cili hijau, limau, bawang putih, bawang merah, daun sup, kacang panjang, cili merah, carrot, timun, petai, kobis, sawi jepun, bunga kobis, brokoli.
Sayur-sayuran tersebut akan tahan lama, Insyaallah. Cuma sawi jepun dan kobis tak tahan lama. Seminggu ok lagi, selepas tu sawi akan lembik dan kobis akan hitam dekat tepi. Sebab itu lah sayur berdaun saya tak beli banyak sekaligus, cukup untuk seminggu.
Anggaran Bajet Bahan Mentah
Ayam – RM 36 (2 ekor)
Udang biasa – RM 23
Sotong – RM 36
Ikan Selar – RM 44
Tulang Lembu – RM 23
Ikan Mabung – RM 13
Telur – RM11
Jumlah = RM183.00 (Lauk)
+ RM 31.00 ( Sayur )
Bajet bergantung kepada keperluan individu. Saya bukan nak tunjuk bajet saya, cuma nak tunjuk cara saya simpan lauk untuk mudahkan untuk kita mak-mak ni masak. Dan juga cara simpan sayur-sayur untuk tahan lama terutama mak bekerjaya keluar dipagi hari dan hampir nak malam baru balik mcm saya.
Jangan ckp peti besar boleh la buat mcm ni. Saya dah kahwin 14 tahun, baru kawin dulu peti kecik pun saya buat mcm ni jugak..saya letak dalam plastik, tapi tak letak air la bila letak dalam plastik. Cuma rasa kering sikit lauk tu berbanding yang letak air mcm sekarang…tp ok sangat lagi dari tak buat apa2 kan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kelabu telah terbukti menjadi salah satu pilihan warna kegemaran ramai. Warna kelabu tampak neutral dan amat versatile sehingga boleh dipadankan dengan hampir setiap warna dan corak. Adakah anda bercadang untuk menghias dengan kelabu? Sedikit peringatan, warna kelabu datang dalam beberapa tona, suam dan sejuk, jadi agak mudah untuk tersalah pilih. Jika anda mahukan ruang yang nampak moden, gunakan warna kelabu bertona sejuk tetapi berlainan pula dengan warna kelabu suam, ia akan membangkitkan perasaan yang lebih klasik dan kontemporari.
1. GABUNGKAN BEBERAPA TONA KELABU.
Jika anda hanya menggunakan satu tona warna yang sama, ruang mungkn akan kelihatan hambar dan membosankan. Jadi adalah penting untuk menggabungkan beberapa tona kelabu agar ruang tidak nampak flat. Mulakan dengan lapisan asas, pilih satu tona kelabu yang benar-benar memberi inspirasi kepada anda, kemudian lapiskan dengan tona kelabu yang berbeza melalui perabot, hiasan lembut dan aksesori lain. Lemparkan kusyen bercorak untuk menambah tekstur ruang.
2. PERABOT KELABU.
Jangan hadkan penggunaan kelabu hanya pada warna dinding. Jika anda suka warna ini, pertimbangkan beberapa buah perabot untuk menambah mood moden. Rak atau almari juga adalah cara yang baik untuk tambahkan kelabu pada ruang anda.
3. METALIK SEBAGAI ESEN KELABU.
Aksesori metalik yang indah sememangnya amat cantik dipadankan dengan palet asas kelabu. Gunakan warna kelabu untuk latar belakang neutral anda bagi memberikan tumpuan kepada hiasan metalik.
4. CIPTAKAN LATAR BELAKANG SEMPURNA.
Kelabu adalah warna paling sesuai yang boleh digunakan untuk menghiasi dinding anda. penggunaan cat atau wallpaper kelabu tidak akan menenggelamkan warna esen.
5. TAMBAH DRAMA DENGAN KELABU GELAP.
Gunakan kelabu gelap untuk anda yang berani dan bold. Cat sekali dinding serta siling dan ia boleh dikontraskan dengan hiasan berwarna terang dan menarik. Ruang serta merta akan menjadi lebih dramatik dan berkarakter.
6. KEHIJAUAN SEBAGAI PENYERI.
Tumbuhan hijau atau corak tropikal akan dengan mudah menjadikan ruang kelabu lebih segar dan ‘ringan’.
7. PASTEL PADANAN KELABU LEMBUT.
Letakkan sekali warna kelabu dengan warna-warna pastel untuk ruangan nampak lebih lembut dan mesra. Untuk mengelakkan ruang terasa terlalu girly, gunakan juga warna lebih gelap dan corak hitam putih untuk mendapatkan lebih tekstur.
8. JANGAN ABAIKAN LANTAI.
Jika anda tidak tahu mana untuk bermula, pandang kebawah. Lantai sering dilupakan walaupun ia merupakan tempat terbaik untuk mula memasukkan sedikit demi sedikit tona kelabu. Bentangkan permaidani, perabot dan aksesori untuk mewujudkan ruang tamu yang sesuai dengan anda dan keluarga.
9. MAHU RUANG KELIHATAN MEWAH? MARBLE JAWAPANNYA.
Mungkin tidak semua ingin melabur untuk marmar, ciri gaya marmar adalah cara yang baik untuk menggabungkan beberapa tona kelabu ke dalam ruang dikediaman anda. Kertas dinding bercorak marmar atau kaunter top marmar akan kelihatan anggun dan mewah apabila digabungkan dengan kelabu menjadikan ruang lebih mewah dan eksklusif.
Sumber Imej : Carian gambar Google
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.