Air beras atau air basuhan beras memang banyak khasiatnya. Bukan hanya untuk kecantikan kulit manusia malah ia bagus juga untuk tanam-tanaman.

Salah satu kegunaan yang menarik air beras ini adalah sebagai nutrisi untuk pokok. Air beras mengandungi vitamin, mineral, dan karbohidrat yang dapat menjadi baja semulajadi untuk tanaman.

Air Beras ‘BOOSTER’ Tanaman

Air Beras ‘BOOSTER’ Tanaman, Cara Terbaik Kena Peram Dulu
air beras peram

Dalam kandungan air basuhan beras memang tersedia nutrients & mineral antaranya nitrogen, Phosphorus, potassium, calcium, zinc, iron,protein, amino acids & vitamin. Tapi dalam jumlah yang sangat kecil, tak dapat nak gantikan dengan fungsi baja yang biasa yg kita guna.

Untuk tumbuhan kecil/indoor plant mungkin cukup, tapi tak cukup untuk tanaman yang lebih besar. Jadi apa rahsia sebenar yg menyebabkan air ini beri kesan yang bagus pada pertumbuhan pokok.

Air Beras ‘BOOSTER’ Tanaman

Rahsia subur kerana kandungan kanji yang tinggi

Rahsianya terletak pada kanji atau karbohidrat yg menjadi bahan utama air beras dan bukan pada kandungan nutriennya. Kanji yang tinggi terkandung dalam air basuh beras ni bukannya menyediakan makanan untuk pokok, tapi pada bakteria yang amat penting iaitu lacto bacilli(strain yg sama yg ada dalam Yakult).Lacto bacteria ini amat berguna utk tanaman, ia menolong perkembangan mycorrhizal fungi.

Ads

Mycorrhizal fungi pula akan membuat rangkaian dengan akar tumbuhan(symbiosis relationship between plants & mycorrhizal). Fungi ini akan mengalakkan perkembangan akar dengan lebih baik, banyak & meluas.

Secara tak langsung dapat meningkatkan tahap penyerapan air & nutrient oleh pokok. Pokok yang ada fungi ini juga tempoh jangka hayatnya lebih lama, lebih rintang pada bad pathogen, tahan pada kemarau yang melampau dan banyak lagi manfaatnya.

Air Beras ‘BOOSTER’ Tanaman, Cara Terbaik Kena Peram Dulu

Ads

Cara penggunaan air beras ada dua;

– Cara pertama mudah saja, lepas basuh terus siram.
– Cara kedua yang biasa saya amalkan peram dulu 3 hari (waktu ini beneficial microorganisms paling banyak & jumlah plant nutrients dalam meningkat 2 kali ganda berbanding cara pertama, lebih dari 3 hari dia akan mula menurun).

Kemudian bolehlah buat siraman 2 minggu sekali. Jangan kerap sangat nanti akan beri kesan tak bagus utk tanaman. Ini kerana kanji yg berkumpul banyak sangat akan mengundang bakteria & fungi jahat. Ia boleh menimbulkan masalah root rot/reput akar & masalah tanah jadi keras/air payah nak serap.

Ads

Semoga bermanfaat.

Sumber: Harun Arun

Artikel Menarik: Pokok Cili Yang Ditanam Berbuah Lebat & ‘Gemuk’, 5 Tip Wajib Buat!

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI