Mungkin ada di kalangan anda yang turut berdepan dengan masalah kesan kekotoran karat pada pasu bunga atau jubin di kediaman anda.
Baru-baru ini, seorang wargamaya di laman media sosial Facebook, Alfieean Warsi memaklumkan pernah mengalami masalah yang sama sebelum ini.
Malah lebih teruk lagi, individu terbabit telah mengalami masalah tersebut hampir 7 bulan tanpa menemui jalan penyelesaiannya.
“Nk kongsi sedikit tips untuk hilangkan karat atau stain ape ntah..tp yg pastinya berpunca dari pasu bunga…tkde besi pun kt pasu tu..tapi ntah stain ape..
Ads
“mngkin dpd tanah dia kot..tanah beli jenis packet yg sllu jual kt nursery tu..dekat 7 bulan usia pasu tu..semakin hari semakin sakit mata tgk stain tu,” tulisnya.
Namun, masalah kekotoran itu akhirnya berjaya diatasi dengan sangat mudah selepas mengunakan satu produk pembersihan ’MOSAIC CLEAR SUPER HEAVY DUTY’.
Maklumnya lagi, produk pembersihan ini boleh didapati di kedai ‘hardware’ yang berdekatan atau pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Ads
“alhamdulillah, berjaya hilangkan hari ni..ubat tu beli kat hardware je..mungkin kt shoppe pun ada kot..siapa ada masalah cmni..leh la cuba..thank yous guys,” tulisnya lagi di ruangan kapsyen entri berkenaan.
Jika anda turut mengalami masalah yang sama dan tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikannya boleh ikuti langkah mudah yang dikongsikan ini.
Jadi, lepas ni tak payah lagi pening-pening lagi nak sental kuat-kuat untuk masalah kekotoran karat yang degil pada pasu bunga dan jubin di kediaman anda.
Ads
Selamat mencuba dan semoga berjaya!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Tidak dinafikan kos sara hidup kian semakin meningkat sehingga memberi tekanan kepada setiap lapisan masyarakat di seluruh dunia pada hari ini. Bukan sahaja dihadapi golongan orang biasa malah lebih parah ia turut dirasai buat golongan elit.
Terbaru, dikhabarkan seorang pensyarah bahasa Inggeris di United Kingdom (UK) yang dikenali sebagai Aimne Le telah membuat pengakuan bahawa dirinya pernah tinggal di dalam khemah sepanjang tahun ketiga dia menyiapkan PhD.
Difahamkan, pensyarah ini memilih untuk tinggal di dalam khemah kerana dia berdepan dengan masalah kewangan akibat kenaikan harga sewa rumah yang naik secara mendadak pada tahun ketiga beliau menyiapkan PhD. Lantas menyedari hal tersebut, dirinya tidak mampu untuk menyewa sebuah flat dan menanggung semua kos kajian penyelidḭkannya itu.
“Sejuk, khemah itu sangat kecil. Hanya muat untuk seorang sahaja,” cerita pensyarah itu.
“Semua itu jadi kenẫngan pahit, lebih-lebih lagi pada suatu ketika, saya bangun, dan luar khemah saya dipenuhi dengan bulatan salji. Kalau saya sedang tiada sebarang tugasan, saya belajar cara untuk potong kayu untuk menyalakan api,” terangnya lagi.
Disebabkan khemah yang begitu kecil, dia memilih untuk menyimpan semua buku pascasiswazahnya di pejabat kerana tidak mahu buku itu rosak. Bukan itu sahaja, dia juga mandi di universiti.
Lebih menyedihkan lagi, apabila dia tidak ingin ibu dan bapanya risau. Oleh itu, dia bertindak untuk tidak memaklumkan kepada keluarganya berkenaan hal itu. Wanita itu juga telah memberitahu ibu dan bapanya bahawa dia tinggal di ladang ekologi.
Walaupun pihak universiti ada menegaskan mengenai kebajikan pelajar dan sebagainya, dia tetap memilih untuk tidak memberitahu universiti tempat dia belajar mengenai kesukaran hidupnya pada masa itu. Menurut dia, masalah itu akan membuatkan reputasi dia akan rosak kerana di ‘cop’ sebagai orang tiada tempat tinggal.
Dia juga sempat menghabiskan masa selama enam bulan tidur di atas lantai rumah rakannya semasa menjalankan penyelidikan PhD dan pada masa yang sama dia sempat mengajar subjek Sejarah dengan bayaran £15 (RM84.67) sejam di Universiti Russell Group.
Dia juga dikatakan pernah mempunyai kecacatan, dan pada tahun ketiga dia menjalani PhD, pembiayaan dia dibekukan semasa dia terpaksa berehat sebulan selepas pembedahan dilakukan. Menurut laporan, dia merupakan pelajar antarabangsa dan disebabkan itu dia terpaksa membayar yuran yang lebih mahal iaitu sebanyak £8,000 (RM45,286.85).
Malah, dia juga perlu membayar £3,000 (RM16,984.45) untuk sewa rumah. Disebabkan itulah dia telah meminjam khemah daripada kawannya berikutan tidak mampu membayar kesemua bayaran itu dengan duit gajḭnya sebagai tenaga pengajar.
Pensyarah itu telah memperoleh PhD pada tahun 2018 dan pernah mengajar murid di sekolah dan bekerja di taman botani untuk memenuhi keperluan hidup sebelum memperoleh dua tahun kontrak untuk mengajar penulisan kreatif di Universiti Exeter.
“Masa itu sangat sukar, sebab nak teruskan mengajar, dan pada masa yang sama nak buat penyelidikan. Malah, tiada tempat tinggal yang lebih baik untuk saya tinggal. Sehingga pada akhirnya saya pernah mengalami Post-traumstic stress disorder (PTSD) yang sangat teruk.” kata pensyarah itu.
Jadi jelas lah di sini, masyarakat dunia akan terus berdepan dengan kos sara hidup lebih tinggi pada masa akan datang apabila harga makanan dan bahan mentah, serta caj perkhidmatan terus meningkat. Kadar gaji pula masih di takuk lama.
Sumber: ohinfokini.co
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Seorang Peguam Hartanah, Tuan Salkukhairi Abd Sukor memberi perkongsian tentang kesan buruk yang akan menimpa pembeli hartanah secara Subsale apabila memasuki rumah yang dibeli tanpa memeriksa dahulu adakah sudah selesai secara sempurna segala urusan SNP (Sell and Purchase Agreement).
Ia berikutan terdapat beberapa pembeli yang memberikan alasan seperti:
Owner rumah sewa nak balik rumah yang mereka sewa;
Tiada tempat lain untuk tinggal;
Beranggapan sudah bayar deposit kepada penjual, jadi sepatutnya sudah ada hak terhadap rumah tersebut,
Mahu renovate rumah tersebut terlebih dahulu sebelum berpindah
Realitinya, segala urusan jual beli rumah subsale, milikan kosong sesebuah rumah hanya akan diserahkan oleh penjual kepada pembeli setelah pindah milik didaftarkan daripada nama penjual kepada nama pembeli. Proses ini berlaku selepas pihak pembeli menjelaskan keseluruhan baki harga jual beli kepada penjual, sama ada melalui pembiayaan bank atau secara tunai.
Selalunya ia dinyatakan secara jelas di dalam SNP yang ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak.
Oleh itu, tindakan pembeli meminta kunci untuk mendiami rumah tersebut lebih awal adalah bertentangan dengan peruntukan dalam SNP serta menjurus kepada kesan buruk seperti:
1) Jika berlaku sebarang masalah dalam urusan jual beli rumah tersebut yang menyebabkan SNP terpaksa dibatalkan, maka pembeli hendaklah menyerahkan kembali rumah tersebut kepada penjual.
2) Jika pembeli dah buat renovation terhadap rumah, tiba-tiba SNP terpaksa dibatalkan dan rumah tersebut terpaksa dikembalikan kepada penjual, segala renovation pada rumah
tersebut jadi hak tuan rumah sepenuhnya. Tak semena-mena tuan rumah yang untung akibat sifat teruja dan tidak sabar pembeli. Kena aware anda juga tak boleh tuntut sebarang ganti rugi terhadap penjual atas segala kos renovation yang telah dikeluarkan kerana ianya atas risiko anda sendiri.
3) Jika penjual mati sebelum urusan jual beli rumah tersebut selesai, rumah tersebut akan dianggap sebagai harta pusaka simati dan waris-warisnya berhak menuntut rumah tersebut sebagai harta pusaka.
4) Selain itu, tanpa pengetahuan pembeli, rumah tersebut berada dalam proses lelongan oleh pihak bank. Sekiranya anda telah mendiaminya dan dapat tahu yang sebenarnya rumah tersebut telah dilelong, sudah pasti anda terpaksa menyerahkan rumah tersebut kepada pembeli yang berjaya dalam lelongan tersebut.
Jadi elakkan minta kunci lebih awal daripada penjual sebelum urusan jual beli rumah tersebut sempurna.
Sebaiknya, rancang terlebih dahulu sebelum membeli sesebuah rumah. Pastikan sekurang-kurangya dalam tempoh 3 hingga 6 bulan urusan jual beli rumah tersebut, anda mempunyai tempat tinggal yang sepatutnya, bukannya sign sahaja SNP terus mengharapkan untuk memasuki rumah tersebut dengan serta merta.
Terima kasih,
SALKUKHAIRI ABD SUKOR Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kunyit, penggunaannya terhadap masyarakat Asia bukan sekadar di dalam masakan malah untuk tujuan kesihatan. Dari hujung pucuknya hingga lah ke umbisi mempunyai kegunaan yang tersendiri.
Kalau masak rendang tak ada daun kunyit, tak enak rasanya. Kalau masak lemak tak warna kuning kunyit tak menarik pula warnanya.
Tapi, ramai beranggapan kunyit tidak sesuai ditanam dalam pasu sebab tanaman akan menjadi terbantut. Ini kerana ruang di dalam pasu adalah terhad. Apa pun tanaman yang kita tanam dalam pasu biasanya akan berlaku situasi yang begitu. Tapi kalau kena dengan caranya tidak menjadi masalah.
Nak tahu macam mana nak tanaman kunyit dalam pasu sihat dan subur? Jom ikut langkah mudah ini
Cara menyediakan benih untuk disemai Pergi pasar atau kedai runcit dan beli kunyit hidup yang nampak sudah bertunas. Lebih besar mata tunas, lebih bagus. Tapi agak susah sebenarnya nak cari kunyit yang sudah bertunas. Kebiasaannya kunyit di kedai itu dituai lebih awal dan belum matang sepenuhnya.
Nak tahu macam mana nak kenal pasti mata tunas kunyit? kalau yang sudah keluar tunas berdaun itu senang lah. Jelas-jelas dah nampak. Mata tunas lain sikit rupanya. Dekat hujung-hujung atau bucu akan keputih-putihan. Itu tanda umbisinya sudah sedia mengeluarkan tunas daun.
ini lah contoh kunyit yang sudah sedia untuk bertunas. Hujungnya keputihan sedikit.
Medium tanaman Kunyit tidak memerlukan tanah yang mempunyai kelembapan yang tinggi. Kalau terlalu lembap, umbisi akan mudah rosak dan tidak menggemuk. Manakala untuk dapatkan umbisi yang ‘mengemuk’, medium perlu sentiasa longgar atau peroi. Baru lah umbisi bebas bergerak.
Medium tanaman yang sesuai untuk tanaman kunyit adalah campuran 1:1. 1 bahagian pasir dan 1 bahagian tanah. Tanah boleh guna tanah siap campur atau tanah bakar. Tapi elak tanah liat ya.
Cara tanam Bila dah masukkan medium tanah tadi ke dalam pasu, buat lubang berkedalaman 2-3 inci. Masukkan umbisi kunyit tadi dan pastikan mata tunasnya menghadap ke atas. Kalau diletak di bahagian bawah, proses tunas untuk pecah dan mengeluarkan daun akan lambat. Kebiasaannya, tunas berdaun akan keluar dalam masa satu atau dua minggu lepas di tanam
Pencahayaan Untuk dapatkan daun kunyit yang lebar dan berwarna hijau yang cantik, kunyit memerlukan pencahayaan minimum 6 jam satu hari. Kalau tidak cukup, daun nya akan jadi kontot-kontot sahaja. Tapi pokok kunyit perlu sedikit lindungan. Letak lah berhampiran bucu-bucu bumbung.
Siraman Untuk peringkat awal tumbesaran kunyit selepas ditanam, ia memerlukan jumlah kelembapan yang tinggi. Oleh itu, lakukan siraman 2 kali sehari untuk tempoh satu hingga 2 minggu.
Selepas mata tunas sudah keluarkan daun yang lebar, barulah siraman perlu dikurangkan satu kali sehari itu pun di awal pagi. Pastikan air siraman itu tidak bertakung dalam pasu. Oleh sebab itu, pasu yang dipilih untuk dijadikan bekas tanaman tadi perlu mempunyai lubang saliran yang mencukupi. Kalau masih terjadi masalah air bertakung juga, tebuk lubang pada bahagian bawah dinding pasu sebagai option saliran air
Pembajaan Pokok kunyit tidak memerlukan baja. Cukup sekadar tambah medium tanah tinggi organik di atas medium yang lama. Atau, anda perlu tuai sebahagian umbisi dan tambahkan dengan medium baru untuk menggalakkan pertumbuhan umbisi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.