Walaupun cerita ni dah lapuk, tapi Impiana nak kongsi juga sebab touching. Ia sebuah kisah yang dicatatkan oleh seorang anak mengenai abahnya yang tersayang membina sebuah baiti jannati buat mereka seisi keluarga.Bertambah seronok melihat rekaan yang dihasilkan sang ayah mempunyai citaras yang tersendiri dan unik. Jom kita ikuti coretan yang telah disediakan oleh Hajar.
Masa saya kekecik dulu, saya ingat lagi abah selalu bawak saya berhenti depan rumah banglo putih tiang dua. Masa tu, pergi balik sekolah rendah abah hantar saya naik motor. Jadi, sebelum balik rumah, mesti kami akan parking motor depan rumah banglo putih tu. Untuk sekitar 5 ke 10 minit.
Abah cakap kat saya, cantik kan rumah tu. Saya senyum, angguk. Kalau dapat rumah camtu kan best. Masa tu kecik sangat, apa lah yang saya faham. Orang kata best, saya pun jawab best. hehe
Tak lama lepas tu, saya tengok Abah ada satu lukisan lakaran rumah. Macam yang arkitek punya tu. Ada pandangan sisi, tepi, depan, belakang.
“Cantiknyaa, rumah siapa ni Abah..?” soal saya.
“Inilah rumah kita nanti..!” kata Abah bangga.
Ads
Saya gelak. Yelah Abah bukannya Menteri atau pun Dato’ yang gaji puluhan ribu nak ade rumah banglo besar cantik pulak tu. Abah cuma kerja kilang masa tu. Kilang kereta kalau tak silap.
Hari2 saya perhatikan Abah. Kertas lakaran rumah tu Abah jadikan model guna kadbod. Potong sendiri dan gam satu persatu. Abah adjust model rumah tu cantik2 ikut citarasa dia. Sampai abis bersepah kadbod dipotong-potong oleh Abah semata-mata nak dapatkan design bumbung yang cantik.
Abah dalam dunia angan2 dia. Hehe
Tahun 2007, Abah mulakan projek rumah idaman dia. Abah tak bergantung pada orang. Abah ikat batu satu persatu. Abah naikkan tembok. Abah ratakan konkrit. Abah kata model rumah dia buat masa saya kecik tu nak jadi realiti. Saya sengih. Boleh ke.?
Ads
Cukup 6 bulan, rumah saya naik macam banglo. Belum siap sepenuhnya tapi sudah ada rangka. Sebiji sama macam model rumah idaman Abah. Hari-hari Abah upgrade sikit2. Saya ingat lagi Raya pertama kat rumah tu, rumah kami tak sempurna. Bahagian dapur masih berpasir belum pasang tiles, sedangkan bahagian depan dah macam hotel cantik dia. (boleh refer album saya tajuk Rumah Taj Mahal)
Abah nak buktikan pada orang yang Abah mampu buat rumah idaman dia dengan kudrat dia sendiri. Saya cukup terpegun masa tu. Abah takde background enjinia. Abah bukan kontraktor. Abah tak pernah belajar ilmu fizik.! Abah bukan orang kaya. Abah cuma orang kampung yang ada wawasan, ada matlamat nak dikejar, yang ada citarasa tinggi.
Abah bukti kehebatan dan idola kekuatan semangat saya. Semangat Abah tak pernah luntur walaupun sekelumit mulut orang lain memburuk2kan usaha Abah. Abah teruskan mengejar matlamat hingga rumah kami megah berdiri macam dalam gambar. Itu lah rumah saya dan Abah. Orang labelkan rumah kami rumah ratusan ribu, sedangkan kos pembuatan sebenar mungkin tak cecah jumlah tu. Sebab semuanya kami buat sendiri. Bukan saya, Abah yang buat. Seingat saya, upah membuat bumbung hanya sekitar RM18 000.
Ads
Hingga kini, rumah kami megah berdiri. Saya panggil rumah ni rumah Taj Mahal, sebab ini bukti kasih sayang Abah kat kami. Bila sandar kat dinding rumah, terasa kasih sayang Abah terpancar kat kami sekeluarga.
See…!!!
Abah bukti semua manusia boleh berjaya.! Sesusah mana pun hidup kita, kita boleh ubah kehidupan kita kalau kita ada matlamat yang jelas dan semangat yang tinggi..!
Kucing , haiwan perliharaan kita yang comel dan selalunya tidak banyak cerewet (berdasarkan beberapa spesis). Kita belai, beri makan , beri ubat dan mandikan. Itu sahaja yang selalunya kita lakukan. Namun ada beberapa fakta lain yang boleh kita baca sekadar menambah informasi terhadap haiwan kesayangan ramai ini.
Kucing memang tidak sukakan air. Tetapi terdapat 1 spesis kucing yang sukakan air dan berenang. Khabarnya ia adalah spesis Van Turki yang selalunya hidup di Asia tengah dan dikatakan bulunya juga kalis air.
Kucing tidak suka makanannya berhampiran dengan air minum. Ia sememangnya agak pelik tetapi kita perlu mengasingkan air minumannya dan makanannya.
Mengikut pakar rasa sayang terhadap kucing juga mempunyai terma tersendiri. Ia di panggil Ailurofobia.
Spesis kucing yang paling besar ialah Ragdoll. Spesis jantannya boleh mencecah berat 12 paun manakala betina antara 10 ke 15 paun.
Anda pernah mendengar jantung kucing? Ia berdenyut dua kali lebih cepat dari manusia .Rasa macam berdebar pula..
Kucing mampu hidup sehingga 15 tahun jika di bela di dalam kediaman dan 5 tahun jika di jalanan.
Anak kucing mula bermimpi sejak mereka berusia 1 minggu, Anak kita bermimpi sejak usia bila ye?
Kucing boleh melihat sehingga jarak 120 kaki jauhnya. Cuba anda berdiri sejauh itu, datang tak kucingnya kepada anda?
Lebih 30% masa seharian si kucing adalah untuk mencantikkan diri. Anda berapa lama pula?
Mengikut pakar kucing akan berdengkur apabila ia gembira atau sakit. Adakah anda juga begitu?
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kabinet dapur biarlah binaannya praktikal. Ramai suri rumah yang sudahpun mempunyai gambaran bagaimana reka bentuk dapur idaman mereka sebelum seorang tukang kabinet datang menunjukkan design pada mereka.
Bagaimana pula dengan layout kabinet dapur? Ramai ke yang tahu layout yang bagaimanakah yang mereka mahukan untuk dapur mereka? Perlu difahami bahawa design untuk kabinet dapur yang dipilih mestilah sesuai dengan keluasan dan ruang pada sudut dapur.
Dikongsikan tip layout untuk membina kabinet dapur. Tip ini bagi membantu mereka yang sedang merancang untuk membuat kabinet dapursupaya tidak tersalah membuat kabinet dapur. Semoga bermanfaat.
TIP UNTUK LAYOUT KABINET DAPUR YANG BETUL DAN PALING IDEAL
Pasti anda berasa bengang apabila kipas meja yang baru sahaja dibersihkan kurang daripada seminggu sudah penuh dengan habuk dan kotoran. Tahukah anda sebenarnya terdapat cara mudah untuk membuatkan habuk tidak melekat pada bilah dan jaring kipas meja anda?
Untuk menghasilkan magis ini, anda hanya perlu menggunakan pelembut fabrik yang ada di kediaman anda.
Ikuti langkah mudah ini:-
Bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa. Pastikan permukaan bilah dan jaring kipas kering setelah dibersihkan.
Tuangkan pelembut pakaian ke dalam mangkuk. Cukup sekadar 1-2 penutup botol.
Celupkan span atau kain bersih ke dalam cecair pelembut tersebut dan sapukan pada permukaan bilah dan jaring kipas.
Biarkan selama 5 minit sebelum anda bersihkan ia sekali lagi dengan air.
Keringkan kemudian kipas boleh digunakan seperti biasa dan tiada lagi habuk melekat.
+IDEA IMPIANA
Anda juga boleh larutkan pelembut bersama air dan masukkan ke dalam bekas penyembur, Kemudian semburkan larutan pelembut ini pada kipas seminggu sekali. Selain kipas meja anda juga boleh gunakan kaedah yang sama pada kipas siling. Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Hanya menggunkan langsir sahaja, pelbagai impak dan ekspresi dapat dizahirkan. Seperti contoh, rumah yang sempit kelihatan luas dengan hanya menggunkan langsir namun pada teknik yang betul.