
- Selamatkan dokumen penting seperti surat beranak, passport, geran tanah, polisi insuran, atau lain-lain dokumen berharga di peti simpanan selamat dan kalis air.
- Pastikan semua suis elektrik dan suis utama dimatikan untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik.
- Segera berpindah (ke pusat pemindahan/rumah saudara lain/tempat tinggi) seperti yang diarahkan pihak berkuasa.
- Pastikan rumah berkunci dan barang disimpan di tempat tinggi dan selamat sebelum melakukan pemindahan.
- Kenal pasti individu yang mempunyai keperluan khas seperti berpenyakit kronik, kurang upaya, uzur, mengandung dan sebagainya untuk bantuan pemindahan.
- Sentiasa berwaspada ketika memandu pada musim tengkujuh/banjir dan gunakan laluan selamat yang telah dikenal pasti.
- Jangan memandu mengharungi air banjir kerana dikhuatiri kenderaan akan dihanyutkan air deras.
- Jika terperangkap dalam banjir, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan dengan melaporkan keadaan dan kedudukan anda.
- Awasi kanak-kanak dan jangan biarkan mereka bermain di kawasan banjir atau di tepi sungai/parit/longkang/saluran air yang deras.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 Tip Penting Agar Tidak Tersilap Memilih Katil

Perabot yang paling penting dan utama di bilik tidur semestinya katil. Oleh kerana itu lah apabila anda memilih katil pastikan anda membuat keputusan yang tepat. Jangan hanya memandang atau menilai pada reka bentuk yang cantik semata. Anda harus juga pertimbangkan beberapa perkara lain agar anda tidak menyesal atau tersilap membuat pilihan. IMPIANA kongsikan panduan memilih katil di bilik tidur.
TIP PILIH KATIL
1. Buat ukuran bilik tidur anda terlebih dahulu. Ini penting bagi membolehkan anda mengetehui saiz sebenar bilik tidur anda supaya memudahkan anda mengenal pasti saiz katil pilihan
2. Pilih katil mengikut penataan gaya pilihan anda. Jika menggemari rekabentuk yang ringkas dan mudah, pilih mengikut cita rasa anda agar tidak menyesal di kemudian hari.
3. Pilih tilam yang betul. Tilam yang betul penting bagi menjamin waktu tidur yang baik dan selesa. Buat perbandingan antara jenama tilam di pasaran yang ada di pasaran. Yang penting, tilam tersebut dapat mempunyai struktur tampungan yang baik.
4. Membeli katil. Luangkan masa yang lebih lama untuk membuat keputusan dalam pembelian katil dan tilam. Seeloknya, jika pasanagn suami isteri, bawa pasangan anda sekali agar turut terlibat sama dalam pembelian.
5. Cari harga yang terbaik. Dengan pelbagai jenama tilam di pasaran, cari jenama dengan tawaran yang terbaik. Begitu juga dengan perabot katil anda. Cari rekabentuk yang benar-benar menambat hati anda pada harga yang berpatutan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
21 Garis Panduan Yang Wajib Anda Pakai Untuk Hias Bilik Kanak-kanak

Bila bercakap soal menghias kamar anak-anak, kita bagaikan rambang mata untuk menyediakan ruang terbaik untuk si kecil. Namun adakala dalam keadaan kelam kabut kita terlupa satu dua perkara yang dianggap remeh tetapi sangat penting. IMPIANA berkongsi tip yang mungkin boleh ditambah dalam skill anda menghias kamar anak anda. Persediaan yang rapi menjaminkan hasil yang bermutu dan amali.
1. Pastikan anda memilih perabot yang dijamin tahan dengan aktiviti anak-anak. Jangan hanya harganya yang begitu murah, anda mempertaruhkan keselamatan anak anda terutama bagi yang memilih katil bertingkat.
2. Pastikan struktur dan material yang dipilih cukup utuh terutama pada bahagian yang menyokong tilam.
3. Jangan lupa elemen bunyi yang menceriakan ruang kamar kanak-kanak. Gantungan kreatif yang berloceng misalnya mampu menghiburkan anak-anak . Malah juga merangsang deria si manja agar lebih peka. Anda sendiri boleh menyediakan gantungan kreatif ini. Jangan lupa selak ruangan DIY.
4. Elemen kraf perlbagai warna dan melukis sememangnya cukup bagus untuk perkembangan kreativiti kanak-kanak. Gantungkan ia di sekitar dinding kamar dengan kreatif dan tampil riang. Paling tidak anak-anak akan menghargai seni yang dilakukan sendiri.
5. Kabinet tertutup perlu dikurangkan bagi mengalakkan kemalangan jari tersepit atau pun terluka. Ia juga boleh dijadikan tempat persembunyian si manja dan sememangnya sangat biasa.
6. Mahukan lampu hiasan? Cukup dengan lampu dinding yang kini didatangkan dengan pelbagai rekaan menarik. Elakkan memilih lampu lantai atau meja bagi ruang kanak-kanak kerana ia agak bahaya dan mengganggu pergerakan kanak-kanak.
7. Elakkan membeli perabot yang berbucu tajam. Sebaliknya carilah perabot yang mempunyai bucu separuh bulat dan cuba ke kedai perabot khusus untuk perabot kanak-kanak.
8. Pilihlah fabrik organik . Fabrik yang tidak panas dan mudah dicuci serta selesa. Fabrik kapas merupakan pilihan terbaik dengan pelbagai kualiti yang ada.
9. Kepada anda yang menetap di tengah bandar, tidak salah menyediakan penyegar udara bagi memberi udara yang berkualiti di sekitar kamar untuk keselesaan si manja.
10. Pastikan juga suiz lampu semua di tutup dan di bawah pengawasan penjaga mereka. Ini penting bagi mengelakkan kemalangan domestik.
11. Terdapat lampu dinding untuk kamar kanak-kanak yang tidak terlalu terang dan sesuai untuk mata.
12. Jika membina kabinet bina dalam untuk penstoran barang-barang si manja, seeloknya pilihlah kabinet terbuka. Terutama untuk menyimpan permainan bagi merangsang si manja bermain dengan permainannya dan mudah pula di simpan balik. Ia nampak ringkas tetapi dengan cara ini kita mampu merangsang rasa girang dan mendisiplinkan mereka dengan berkesan.
13. Kini warna klise seperti biru dan merah jambu dilihat sudah ketinggalan zaman. Pilihlah tema warna neutral sama ada warm neutral seperti warna-warna perang kayu atau cool neutral seperti warna kelabu kebiruan air batu. Kemusian serikan ruang dengan warna ketiga dari kemasan lembut anda.
14. Jika memilih permaidani, pilihlah permaidani bulu pendek yang boleh dibersihkan dengan mudah 3 kali seminggu.
15. Siling yang ringkas dan mudah pula dibersihkan. Jika memilih tema klasik, elakkan membeli jenis siling plaster yang berkeluk-keluk dan menyusahkan anda untuk membersihnya.
16. Pastikan anda menggunakan jenis cat yang mesra kanak-kanak. Kini di pasaran terdapat jenis cat yang mudah dibersihkan dan anti bakteria. Jadi selain kertas dinding, anda boleh kembali memilih cat bagi perancangan jangka masa jauh.
17. Pastikan anda menggunakan kemasan lantai yang tidak sejuk seperti jubin dan marmar. Sebaliknya lantai kayu atau vinyl lebih selesa malah menarik bagi sebuah kamar kanak-kanak
18. Elakkan binatang peliharaan memasuki kamar anak anda. Pastikan juga lantai dan peralatan lain, dibersihkan sekerap mungkin dengan pembasmi kuman. Ini bagi mengelakkan alahan, jangkitan dan lain-lain masalah kesihatan berlaku. Awas, segala kelengkapan dan bahan kimia ini, perlulah anda simpan di tempat yang sewajarnya dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak
19. Elakkan membeli perabot bayi berusia di bawah 5 tahun. Jika anda mempunyai bajet kecil. Terus cari perabot yang mampu menampung anak anda sehingga ke peringkat sekolah rendah. Anda hanya perlu menukar tilamnya setiap lima tahun. Jika merancang mempunyai zuriat lagi, beli sahaja katil dua atau tiga tingkat.
20. Jika kamar andanya tidak seluas mana, rancang penstoran maksimum untuk si manja. Dalam hidupnya, mereka akan menempuh pelbagai fasa dan setiap fasa memerlukan kelengkapan yang berbeza. Jadi pastikan anda tidak menyimpan baju-baju lama yang tidak boleh dipakai lagi. Ibu bapa adakala sayang untuk membuang atau memberikan pakaian kepada yang memerlukan. Jangan sempitkan ruang dengan benda yang tidak digunakan lagi.
21. Jangan lupa menggunakan penyendal pintu bagi mengelakkan kemalangan domestik. Apatah lagi jika kediaman anda di kondominium tinggi yang selalunya angin bertiup agak kencang pada satu-satu masa. Kealpaan kita boleh membuat anak –anak terhantuk pada pintu atau tersepit. Jangan bimbang kini di pasaran terdapat pelbagai penyendal pintu menarik bagi selaraskan dengan tata hias kediaman anda.
Bilik tidur dah dihias cantik. Tapi ada lagi satu masalah, mereka takut untuk tidur di bilik sendiri. Oleh itu anda perlu ikut tip wanita ini. Sila baca artikel berikut Ibu Ini Kongsi Pengalaman Didik Anak Tidur Bilik Sendiri.Mesti Berjaya! [klik sini]
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ibu Ini Kongsikan Tip Penjagaan Karpet Permaidani Kekal Bersih Walaupun Ada Anak Kecil

Hamparan karpet permaidani sering digunakan dalam melengkapi gaya sesebuah ruang. Tambahan pula, kebelakanan ini viral dengan jualan murah karpet di beberapa premis di Utara, Selangor dan Selatan. Rambang mata dibuatnya dengan pelbagai corak yang cantik dan menarik. Anda yang meminati karpet permaidani ini pasti tidak melepaskan peluang kan? Begitu jugalah dengan pembaca IMPIANA ini yang amat minat dengan karpet.
Putri, ibu kepada seorang anak yang berusia empat tahun ini telah kongsikan tip bagaimana dia menjaga karpet kediamannya walaupun mempunyai anak kecil. Semua para ibu mesti pernah mengalami situasi seperti Putri ini, di mana si anak telah tumpahkan makanan atau sisa makanan pada karpet. Oleh itu, karpet permaidani haruslah dijaga dengan baik agar ia sentiasa bersih, tahan lama dan paling penting tidak menjadi pusat pembiakan kuman. Cuba beberapa langkah mudah berikut untuk memastikan permaidani anda tampil bersih dan sentiasa kelihatan baru.
- Campurkan empat sudu cuka bersama segelas air boleh digunakan untuk menanggalkan kotoran yang melekat pada permaidani. Lapkan dengan menggunakan kain sehingga kesan kotoran dan bau hilang. Pastikan anda membersihkannya sejurus terkena kotoran.
- Permaidani yang telah lama digunakan mudah menyebarkan bau hapak. Bagi menghilangkannya, taburkan serbuk penaik dia atas permaidani selama satu jam sebelum dibersihkan dengan menggunakan vakum.
- Bersihkan permaidani daripada habuk dan kotoran menggunakan vakum pembersih. Sebaiknya ia dilakukan tiga kali seminggu.
- Pastikan permaidani dicuci setiap enam bulan sekali untuk menghapuskan kuman yang terperangkap. Cuci menggunakan sabun khas atau hantar ke kedai dobi untuk menjimatkan masa.
- Elakkan daripada meletakkan permaidani dibawah pancaran matahari terik. Ini kerana, terik matahari akan menyebabkan warna permaidani menjadi luntur dan kusam.
Sumber: Puteri Afdzal
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI