Setiap kali apabila kita menginap di hotel pasti kita bersa untuk tidak mahu terjaga dari tidur. Betul tak? Ini kerana sejak awal kaki melangkah ke hotel kita sudah dimanjakan dengan suasana disitu. Semua kelihatan cantik dan mewah malah memberikan keselesaan yang sepenuhnya. Dan pasti anda juga pernah terfikir, alangkah bagusnya kalau bilik anda dirumah seperti ini.

Suasana bilik hotel selalunya menyegarkan tubuh badan serta fikiran anda yang keletihan. Sebab itulah anda amat menyukai suasananya. Sebenarnya tidak mustahil untuk menjadikan bilik tidur kita seperti hotel walaupun bajet yang tidak tinggi. Caranya mudah sahaja, ikuti 9 perkara ini yang menjadi asas idea bilik hotel.

9 Tip Untuk Hias Bilik Tidur Anda Seperti Hotel
1. LAMPU TIDUR
Pencahayaan adalah cara penting tetapi murah untuk menjadikan bilik kita seperti hotel. Lampu sedia ada di rumah biasanya kurang memberikan kesan. Jadi, cuba dapatkan lampu hiasan seperti lampu tidur yang menghiasi sisi katil.

9 Tip Untuk Hias Bilik Tidur Anda Seperti Hotel
2. WANGIAN
Anda boleh wujudkan wangian yang menyegarkan dalam bilik tidur anda dengan penyembur wangian atau pun lilin aroma. Wangian yang menjadi pilihan hotel-hotel adalah lavender, kayu manis dan bayu laut.

9 Tip Untuk Hias Bilik Tidur Anda Seperti Hotel
3. PENYAMAN UDARA
Untuk memberikan keselesaan yang sempurna bilik anda harus mempunyai penyaman udara. Pastikan suhu kelembapan bilik anda terkawal.

IKLAN

9 Tip Untuk Hias Bilik Tidur Anda Seperti Hotel
4. CADAR & BANTAL
Rahsia mengapa kita tenggelam dalam pelukan cadar dan bantal di hotel terletak pada kiraan benangnya. Jika anda mahu mencari cadar, pilih kiraan benang yang tinggi sekurang-kurangnya 300.
Hotel biasanya menggunakan fabrik seperti satin dan linen. Tapi, untuk bilik anda, pilihlah dari jenis fabrik yang anda suka dan selesa. Jika mahu bawa pulang lebih suasana hotel itu, boleh pilih putih sebagai warna cadar.

5. WARNA
Tenang dan sofistikasi. Ini yang kita rasa bila masuk ke dalam hotel. Ia dihasilkan oleh pemilihan warna yang biasanya bertona monokromatik. Untuk mendapatkan suasana ini di rumah anda, pilih satu warna dari warna utama dan satu lagi warna selaras. Warna utama ialah kuning, biru, dan merah.

6. LANTAI
Bilik hotel memberi rasa selesa pada kaki kita. Jadi, apa yang kita pasang di lantai juga penting. Jika ini agak tinggi kosnya bagi anda, cuba dapatkan karpet atau ambal yang lembut dan selesa. Semakin lembut ia pada kaki anda, semakin tinggi kesesuaiannya.

IKLAN

7. BANGKU
Bangku di hujung katil bukan sahaja menjadikan bilik kita nampak menarik. Ia menyerlahkan katil selain datang dengan pelbagai fungsi seperti tempat duduk, meletak buku dan kasut.

8. KEPALA KATIL
Kepala katil biasanya memudahkan anda bersandar sambil menonton televisyen dan membaca buku. Tapi menghiasi dinding di belakangnya juga memberi kesan kepada keseluruhan ruang. Pilih sama ada memasang gambar berbingkai atau cermin di atas kepala katil untuk menyerlahkan dinding utama bilik.

IKLAN

9. AKSESORI
Ambil peduli dengan aksesori walaupun hanya kita yang akan melihatnya. Bilik bersifat peribadi. Kita akan menghabiskan banyak masa dalam hidup di ruang ini. Jadi, pilihlah hiasan yang dekat di hati anda atau yang anda suka.

 

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI