Television atau TV rosak walaupun sikit kebiasaanya kita akan hantar ke kedai untuk dibaiki. Walaupun sikit, upah baiki TV ni boleh tahan mahal juga harganya. Nak buat sendiri, teknik baik pulih TV ni tak semudah menukar kapasitor pada kipas. Sedar akan keperluan ini, Hobbyzone membuka pusat fasiliti lengkap bagi mereka yang ingin membaik pulih TV mereka sendiri.
Hobbyzone adalah fasiliti yang ditubuhkan khas untuk mereka yang gemar DIY &berjimat 70% dari biasa bila Tv rosak.Bawa & DIY disini
Bagi pelanggan yang berminat membaik pulih TV sendiri, apa yang perlu anda lakukan adalah hanya bawa TV yang rosak. Fasiliti sedia disewa pada harga yang sangat murah. Tambahan, ada guru yang akan mengajar sehingga selesai.
Ramai tertanya-tanya, boleh tak nak buat dinding macam rumah mem oversea atau gaya English cottage yang nampak macma menggunakan kepingan kayu tu? kebenyakkan kediaman yang mempunyai rekaan tersebut diperbuat dari pada vinyl siding atau clipboard. Namun, untuk iklim Malaysia, metarial tersebut tidak sesuai digunakan.
Tapi ia tidak menjadi sesuatu yang mustahil kan? En Syafiq Adam Dari IrisDeko Wainscoting berkongsi cara dan bahan yang digunakan untuk membina bahagian sambungan kediaman miliknya yang berkosepkan english cottage demi memenuhi permintaan isteri yang tersayang
PKP ni layan umah sendiri jela DIY transform konsep ala2 english konon nye.. Bini mengidam nak umah ala2 english ada backyard, aku dapat buat frontyard je menajdi sebuah Private garden
Untuk interior, shiplap saya menggunakan MDF board. Wainscoting dan batten wall tu pula menggunakan kayu nyatoh.
Cladding pada bahagian luar fasad, saya memilih shera plank atau sera board seagai tampalan. Shera plank ni materialnya diperbuat daripada cement board atau cement fiber. Jadi ia sesuai untuk iklim Malaysia yag panas dan lembap sepanjang tahun
Cuma, untuk lebih bagus sebaiknya dinding shera plank tersebut diletakkan wall sealer sebelum dicat. Ada beberapa perkara lain juga perlu dielek seperti jangan hentak dinding shera plank dengan objek keras
Pagar pada tembok juga menggunakan shera plank yang dilekatkan pada struktur besi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Nak beli rod untuk langsir eye lit sebatang harga mau dekat RM 30. Kalau ada yang murah pun RM 19 tak berkualiti. Tapi suami Cik Amy WD, boleh siapkan road langsir Eye letg untuk 4 bingkai tingkap dan 2 pintu dengan kos RM 50 je.
DIY sendiri je jimat.
4 frame tingkap
2 frame pintu bilik
Modal RM50 jer.
Bahan-bahan:
“L” bracket (RM 1.60/1)
“U” klip (RM 0.60/1)
PVC end cup (RM 0.60/1)
Paip PVC (RM 1/1 kaki) sebaiknya minta terus kedai potongkan ikut ukuran
cable tie
Bolt dan nut
Ikat dengan cable tie pada bahagian pemegang rod
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Peralatan memasak yang diperbuat dari silikon kini kian mendapat perhatian. Ia desebabkan rekaan dan warnanya yang lebih menarik. Ada yang sampai sanggup beli yang mahal-mahal untuk jadikan ia sebagai koleksi. Sebenarnya, kebanyakan perkakas memasak dari silikon terutamanya jenis senduk dan sudip ni boleh menyebabkan kontaminasi kepada makanan.
Untuk lebih lanjut, boleh baca artikel yang dikongsikan oleh Puan Fatimah Salim di dalam group Makmak Makanan (MAMA)
Minyak berbuih disebabkan oleh degradasi struktur kimia yang membentuk minyak atau kontaminasi (tidak tulin) minyak dengan benda asing (impurities). Apabila dipanaskan, tenaga kinetik molekul-molekul minyak akan bertambah, lalu memaksa penolakan benda asing ini ke permukaan minyak. Keadaan ini lah menyebabkan terbentuknya buih pada minyak.
Untuk kes senduk silikon yang berbuih ini kemungkinan besar disebabkan integriti struktur binaan senduk terganggu dengan suhu panas minyak. Ini mungkin disebabkan oleh kurangnya kualiti silikon itu sendiri tidak tahan tahap kepanasan minyak. Komponen yang membentuk senduk ini bercampur dengan minyak sebagai benda asing, punca terbentuknya buih tadi.
Saya secara peribadi hanya menggunakan senduk logam atau kayu untuk memasak pada suhu tinggi. Setakat pengalaman, senduk silikon biasa mengerutu dihujung kerana bersentuhan terus dengan permukaan kuali yang sememangnya pengalir haba yang sangat bagus.
Silikon apabila termakan dalam kuantiti sedikit itu tidaklah boleh menyebabkan mudarat kepada kesihatan. Namun anda boleh
• elakkan senduk digunakan pada suhu tinggi seperti menggoreng.
• kurangkan interaksi senduk dengan minyak dengan tidak membiarkan senduk terendam lama dalam minyak.
• elakkan senduk bersentuhan terus dengan permukaan kuali.
• gunakan senduk ini untuk menyenduk makanan telah dimasak, atau mengacau kuah yang berasaskan air saja.
Minyak yang telah digunakan berulang kali juga akan menjadi lebih likat kerana terperangkapnya lembapan, udara dan komponen masakan seperti kanji, protein dan saponin yang boleh menyebabkan berlakunya buih. Benda asing ini juga penyebab lambat dan kurangnya tahap kepanasan minyak.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.