Sudah selalu sangat kita dengar tip penggunaan cermin untuk dapatkan ilusi ruang yang lebih besar tapi tahukah anda, ada pelbagai lagi cara untuk jadikan kediaman kecil anda nampak lapang dan lebih besar dari sebenarnya. Kali ini IMPIANA ada senaraikan enam lagi langkah yang boleh anda cuba bagi memastikan ruang kecil kediaman anda terasa luas, lapang dan besar.

Gunakan Cermin
Perkara paling asas untuk ruang kecil. Cermin berupaya memantulkan cahaya kepada seluruh ruang di kediaman justeru menjadikan ruang nampak luas serta lapang tanpa terlalu menyemakkan.

7 Trik Jadikan Ruang Kecil Tampak Lebih Luas

 

Kurangkan Perabot
Kuantiti perabot pada sesebuah ruang cukup hanya yang asas dan perlu sahaja. Takperlu pun perabot yang banyak, cukup dengan meletakkan sebuah statement piece sebagai penyeri ruang.

Ads

7 Trik Jadikan Ruang Kecil Tampak Lebih Luas

Susunan Perabot
Cuba jangan rapatkan sofa ke dinding dan ciptakan sebuah sudut di belakangnya. Jika kesemua perabot diletakkan rapat ke dinding, ruang akan nampak sempit dan terhad.

Bentangkan Karpet Corak Berjalur
Untuk menciptakan ilusi ruang lebih panjang dan juga luas, gunakan karpet dengan corak stripes atau jalur.

Ads

7 Trik Jadikan Ruang Kecil Tampak Lebih Luas

Cat Dinding Dengan Warna Terang
Warna terang atau cerah akan menjadikan ruang kelihatan dan rasa lebih lapang selain dapat mengurangkan haba terperangkap.

7 Trik Jadikan Ruang Kecil Tampak Lebih Luas

Ads

Pasangkan Wallpaper Pada Siling
Dengan menampal wallpaper pada siling, mata kita akan cenderung untuk memandang secara menegak atau upwards dan memberi ilusi ruang yang lebih tinggi dan luas.

7 Trik Jadikan Ruang Kecil Tampak Lebih Luas

Gantung Wall Art Bersaiz Besar
Gantungkan sebuah art piece pada feature wall sebagai titik fokal sesebuah ruang. Ilusi saiz akan membuatkan ruang kelihatan lebih luas berbanding saiz sebenar.

7 Trik Jadikan Ruang Kecil Tampak Lebih Luas

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI