Tip IMPIANA pada kali ini khas untuk semua pemilik kediaman yang mempunyai balkoni. Tidak kiralah sebesar mana pun ruang balkoni anda, dekor tetap dekor.
Amat sedih apabila kita lihat mahligai indah yang mempunyai pemandangan cantik tetapi dibiarkan begitu sahaja tanpa hiasan yang sesuai sehinggakan ianya dibiar kosong begitu sahaja serta menjadi tempat sidaian kain basahan.
IMPIANA kongsikan beberapa idea balkoni menarik dan praktikal agar anda boleh merenovasikan balkoni anda menjadi segar dan sedap mata memandang, jangan sampai ruang tamu serta dapur cantik, tetapi balkoni hambar.
1) Susun atur sofa L Shape di balkoni
Jangan ingat ruang tamu sahaja anda boleh letak L-Shape sofa, di balkoni juga anda boleh muatkan sofa ini dengan memilih secara teliti mengikut ukuran saiz balkoni yang anda miliki. Pulang kerja selain daripada melepak di ruang tamu, balkoni juga berupaya untuk menjadi ruang rehat yang memuaskan disulami angin bayu.
2) Ruang pejabat mini
Untuk pemilik kediaman balkoni bukan open air, anda boleh jadikan ruang balkoni anda ruang pejabat mini. Di kala anda tidak punyai idea yang bernas, apa kata rehat sebentar sambil menghirup secawan kopi sambil menikmati pemandangan indah. Mana tahu, tiba-tiba pelbagai idea awesome datang. Who knows!
Ads
3) Makan malam romantik
Dari berbelanja mewah di restoran hanya untuk makan malam romantis, lebih baik anda masak sendiri hidangan serta juadah dan fully utilized balkoni kediaman anda untuk menyambut hari istimewa bersama pasangan. Percayalah, pasangan anda lebih menghargainya daripada berbelanja besar di restoran mewah. Hari-hari lain anda boleh jadikan ianya sebagai ruang makan tidak kira sarapan atau makan tengahari. Ianya milik anda, tidak perlu book table pun.
4) Merasai pengalaman Marakesh, Morocco di balkoni sendiri
Untuk mereka yang gemarkan idea dekorasi timur tengah. Anda boleh pasangkan ruangan balkoni dengan lampu malap yang cukup untuk menerangi ruangan balkoni. Hanya tambah sofa yang selesa dan pastinya jug Shisha untuk menambahkan lagi elemen timur tengah. Jangan lupa untuk pasang sliding door kedap udara. Anda pastilha tidak mahu cemari ruang tamu anda dengan asap shisha sehingga menimbulkan ketidakselesaan tetamu yang berada di dalam.
Ads
5) Cucuk tanam di tengah kota
Idea biasa tetapi menarik untuk dilaksanakan di balkoni anda. Jadikan ianya ruang untuk anda bercucuk tanam secara kecil. Anda boleh tanam cili, daun sup, daun pandan, daun kari, kunyit, pokok selasih, daun kesum, serai dan sebaginya lagi. Tetapi ingat, anda kena jaga dengan betul segala tanaman yang diusahakan, takut nanti balkoni anda menjadi sarang untuk tetamu yang tidak diundang.
6) Rumah untuk si comel
Ads
Daripada kita biarkan si comel duduk di luar rumah dan berpotensi besar untuk diganggu penduduk lain, apa kata anda gunakan balkoni anda sebagai taman permainan buat kucing kesayangan anda. Mereka akan bebas daripada gangguan haiwan lain serta orang ramai pun tidak akan mengata jika mereka membuang air besar. Kucing anda, tanggungjawab anda.
7) Parti BBQ di balkoni
Siapa kata nak anjurkan parti BBQ di rumah kondominium atau apartment tidak sesuai. Kalau persiapan keselamatan anda mantap, ianya tidak menjadi masalah. Yang penting anda kena pastikan pemisah antara balkoni dan ruang dalam kediaman adalah sliding door yang kedap udara. Tinggal di kediaman kompak, persiapan BBQ anda juga seharusnya berskala kecil untuk tetamu yang tidak ramai.
Bagaimana dengan paparan yang IMPIANA sajikan, jika anda berpuas hati, realisasikannya mengikut kreativiti anda dan jangan lupa untuk tag FB page IMPIANA agar idea menarik anda dapat diikuti oleh pembaca lain. Salam dekorasi!
Kebanyakan kita pastinya pernah menghadapi masalah tahi cicak yang memenuhi sudut pintu dan celahan tingkap. Amat menjengkelkan dan naik kembang tekak bila tengok lama-lama kan? Sememangnya sudah menjadi kemestian untuk dibersihkan, walaupun tahu tahi cicak akan berkumpul semula dicelah-celah tingkap tadi. Bukan mudah nak bersihkan, lebih-lebih lagi yang sudah mengeras kerana dibiar lama.
Buat pemilik rumah yang sudah buntu macam mana nak kurangkan masalah jelek ini, wanita ini ada kongsikan tips dan panduan membasmi tahi cicak dengan hanya menggunakan tiga bahan. WOW!
Tak mahu berperang dengan cicak, lebih baik cari jalan elak dari cicak buat onar di tepi tingkap dan lantai. Kita buat spray penghalau.
Bahan-bahan yang diperlukan ;
– 1/3 Cuka makan
– 1/3 Air
– 1/3 Cecair pencuci pinggan
Campurkan kesemua bahan tadi mengikut nisbah yang ditetapkan di dalam botol spray. Kemudian semburkan pada kawasan yang selalu menjadi pusat perkumpulan cicak. Selain cicak, gabungan bahan tersebut juga boleh digunakan untuk menghalau semut. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Kalau di rumah kan, anda selalu akan simpan makanan anda bagaimana? Adakah anda biarkan sahaja atau simpan dengan cara elok? Jikalau anda biarkan sahaja, maka ketahuilah bahawa makanan anda tidak akan bertahan lama dan tidak selamat. Jadi, mari sini saya ajarkan cara penjagaan makanan yang bagus.
Pengawalan, kita mesti kena tahu tentang 3 P yang penting iaitu, Penyejukan, Pembekuan, Penyimpanan pada suhu bilik. Apabila sudah kenali 3 P ini, barulah kita ke langkah untuk mengetahui cara penyimpanan yang bagus.
Cara yang pertama, sebaik-baiknya simpan makanan yang telah dimasak dengan benda yang bertutup supaya makanan tersebut tidak kekeringan. Seterusnya, kita kena ingat, makanan yang mentah, masih ada bakteria. Jadi, sebaiknya asingkan makanan mentah dan makanan sudah dimasak, asing dan jauh sesama sendiri. Sama juga dengan makanan mentah yang kita yakin akan tumpah walaupun dalam bekas kerana kalau ia tertumpah, dapat merosakkan makanan lain. Selain itu, pastikan sayur-sayuran yang disimpan dalam plastik, ada lubang-lubang kerana ia dapat mengurangkan kehilangan air dan peredaraan udara. Oh ya! Digalakkan simpan sayur-sayuran dan buah-buahan di bahagian bawah peti sejuk supaya ia dapat mencegah ia rosak dari pembekuan.
Jadi, yang tadi anda baru sahaja baca adalah perkara yang perlu. Bagaimana dengan jangan dibuat? Untuk yang jangan dibuat untuk penjagaan makanan adalah:
Menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka dalam peti sejuk.
Ini adalah untuk mencegah kandungannya akan bertindak balas dengan logam tin tersebut apabila terdedah ke udara).
Simpan makanan panas dalam peti sejuk.
Ini kerana untuk menghalang pertambahan kelembapan dan mengekalkan suhu di dalam peti sejuk. Bila lembap, boleh menjadikan nasi itu basi.
Jadi, itu sahaja tips tentang penjagaan penyimpanan makanan yang dapat saya cerita. Anda yang di rumah itu, jikalau ada melakukan kesalahan di atas, jangan ulangi ya lagi.
Salah satu perkara yang paling menyenangkan ketika pergi melancong adalah apabila kita dapat menikmati keselesaan gaya hidup mewah ketika tinggal dihotel hotel. Katil empuk dengan cadar yang hangat, tandas luas yang bersih, serta balkoni dengan pemandangan indah. Sudah tentu seronok kan?
Tidur dibilik hotel pula pastinya extra lena dan selesa. Bagi mendapatkan kamar tidur ala hotel 5 bintang, tidaklah susah sebenarnya. Ikut dulu tip yang telah IMPIANA sediakan ini.
SKEMA WARNA Pilih rona neutral buat bilik tidur anda untuk tampak tenang dan sofistikated, saling tak tumpah seperti bilik hotel mewah yang menyajikan kita dengan aura nyaman dan selesa.
PERABOT STATEMENT Pemilihan perabot boleh boleh dilakukan mengikut kesesuaian ruang dan keutamaan tetapi untuk memberikan bilik tidur anda feel seperti di hotel, jangan lupa sertakan perabot yang menonjol dan boleh dijadikan titik fokal mahupun tarikan utama di dalam ruang tersebut.
KEMASAN LEMBUT & CADAR MEWAH Pastikan kemasan lembut anda terdiri dari bahan-bahan berkualiti kerana ia mampu menambah gaya mewah pada ruang. Selain itu cadar tilam/katil dan juga sarung bantal biarkan saja polos untuk tampil elegan.
PENCAHAYAAN Pencahayaan adalah cara penting tetapi murah untuk menjadikan bilik kita seperti hotel. Lampu sedia ada di rumah biasanya kurang memberikan kesan. Jadi, cuba dapatkan lampu hiasan seperti lampu tidur yang menghiasi sisi katil.
STAIL & AKSESORI Ambil peduli dengan aksesori walaupun hanya kita yang akan melihatnya. Bilik bersifat peribadi. Kita akan menghabiskan banyak masa dalam hidup di ruang ini. Jadi, pilihlah hiasan yang dekat di hati anda atau yang anda suka.
"Vented, Condenser & Heat Pump"- Kenali 3 Jenis 'Dryer' & Punca 'Overheat' Sebabkan Kebakaran. Mesin Pengering Pakaian (dryer) bagaikan satu keperluan dan gaya hidup buat pemilik kediaman masa kini. Ia dapat menjimatkan masa, lebih-lebih lagi bagi kediaman yang berkeluasan terhad seperti kondominium dan apartmen.