Balik berkebun atau menguruskan laman, kena gigit nyamuk itu memang sudah menjadi lumrah. Sebab itu, ramai lebih gemar mengenakan baju lengan panjang dan seluar track untuk berkebun. Sebenarnya bukan sekadar nak lindung dari matahari, tapi nak elak dari digigit nyamuk.

Dia punya gatal kalau satu das boleh layan lagi. Tapi kalau dah berdozen das nya, memang nak nagis rasa. Selain menggunakan krim yang dijual di kedai dan farmasi untuk melegakan gigitan nyamuk, anda boleh cuba 7 cara mudah ini. Sesuai juga diaplikasikan pada bayi.

7 Cara Mudah Melegakan Kesan Gigitan Nyamuk Selepas Berkebun. Sesuai Untuk Bayi Juga

1. Tuam Air Sejuk / Ais
Kadang-dakang, kesan gigitan nyamuk tak kelihatan tapi rasa gatal pada bahagian digigit. Kalau di sentuh guna kulit di belakang tangan akan rasa bahagian gatal tu sedikit panas.

Untuk atasi kesan gigitan nyamuk macam ni, rendamkan kain bersih di dalam air yang sejuk dan terapkan pada bahagian yang gatal. Atau boleh juga gunakan ketulan ais yang dibungkus di dalam tuala atau kain bersih. Kemudian tuam kan pada permukaan yang gatal tadi sampai lega dan hilang rasa gatal.

2. Gel Aloe Vera
Gel aloe vera yang sejuk dan bersifat anti-radang sangat sesuai untuk merawat kegatalan, menyembuhkan luka dan membantu hilangkan kesan gigitan nyamuk.Caranya, ambil satu tangkai lidah buaya (aloe vera) dan potongkan untuk mengeluarkan gelnya. Oleskan gel ini secara terus pada kesan gigitan nyamuk tersebut

IKLAN

7 Cara Mudah Melegakan Kesan Gigitan Nyamuk Selepas Berkebun. Sesuai Untuk Bayi Juga

Tapi anda perlu berhati-hati pada getahnya. Sebelum digunakan sebaiknya bilah Aloe vera atau lidah buaya tadi digantung atau didirikan untuk membuang getahnya. Takut ada yang alah pada getahya boleh menyebabkan masalah kulit yang lain pula.

3. Cuka Epal
Oleh kerana sifatnya yang berasid, cuka adalah salah satu bahan yang amat sesuai untuk mengurangkan kegatalan kerana ia boleh bertindak sebagai antiseptik. Rendamkan bebola kapas dan celupkan sedikit cuka epal yang dilarutkan dengan air suam. Kemudian, sapukan pada gigitan nyamuk tersebut.

IKLAN

4. Madu Asli
Sifatnya yang likat membantu mengurangkan sensasi dan melegakan rasa gatal dengan cepat. Selain itu, madu asli meningkatkan kelembapan kulit secara semulajadi agar dapat hilangkan bekas gigitan serangga yang sering bertukar kehitaman. Sapukan madu secara terus pada kulit dan kemudian bersihkan dengan air bersih setelah madu agak mengering. Untuk Bayi, sebaiknya dilakukan ketika tidur.

5. Bawang
Bawang putih dan bawang merah memiliki kandungan anti bakteria yang sangat efektif untuk mengubati luka, termasuklah kesan kemerahan akibat alergi atau gigitan nyamuk.Caranya mudah, belah bawang merah atau bawang putih, kemudian oleskan pada kulit selama beberapa saat. Jika tiada timbul reaksi, sapukan lagi selama beberapa minit di kawasan yang terkena gigitan tadi dan cuci semula dengan air bersih.

7 Cara Mudah Melegakan Kesan Gigitan Nyamuk Selepas Berkebun. Sesuai Untuk Bayi Juga

IKLAN

6. Kulit Pisang
Nampak pelik, bukan? Tapi inilah salah satu kegunaan kulit pisang yang ramai tak tahu. Menurut laman web kesihatan LiveStrong.com, kulit pisang ini juga mempunyai banyak kelebihan lain untuk mencantikkan kulit serta merawat kerengsaan.Gunakan kulit pisang segar, seeloknya yang baru dibuka. Bahagian dalamnya dipercayai mengandungi bahan anti-radang, melembapkan dan mengurangi rasa gatal.

Potongkan beberapa kulit pisang lalu tempelkan bahagian dalamnya pada bekas gigitan nyamuk. Gantikannya jika kulit pisang sudah kurang ‘sejuk’ atau mula berubah warna.

7 Cara Mudah Melegakan Kesan Gigitan Nyamuk Selepas Berkebun. Sesuai Untuk Bayi Juga

7. Kulit Kentang
Seperti pisang, anda juga boleh memanfaatkan kulit kentang kerana kentang mengandungi potasium dan vitamin C yang sesuai merawat masalah kulit. Caranya, kupas sebiji kentang dan gunakan bahagian dalam kulit kentang tersebut. Bilaskan semula dengan air bersih selepas beberapa minit.

7 Cara Mudah Melegakan Kesan Gigitan Nyamuk Selepas Berkebun. Sesuai Untuk Bayi Juga

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI