Dalam menghias kediaman tidak perlulah terlalu skima. Kali ini IMPIANA kongsikan 6 stereotaip dalam kediaman yang perlu anda elakkan sewaktu menghias.
Apabila bertandang ke pusat jualan dekorasi dalaman, kita sering berpendapat kalau beli katil, kena beli sekali semua aksesori yang ditawarkan, barulah nampak lengkap . Tetapi tahukah anda bahawa anda tidak perlu membeli kesemua aksesori atau pun kelengkapan dalam satu set. Hanya mix & match jika kena gaya dan konsep, kediaman anda tetapi nampak menarik..
Ikuti senarai sterotaip tidak benar yang dikongsikan oleh IMPIANA untuk rujukan anda:
Kena padankan sofa dengan armchairs
Ramai orang beranggapan bahawa kalau beli sofa, kena beli sekali satu set, termasuk armchairs dan juga bantal. Rasanya ada beberapa item yang perlu kita nyahkan dari senarai pembelian yang dicadangkan oleh penjual. Jimat, sudah tentu.
2. Tidak semua perlu warna putih
Tahukah anda kalau semua dinding di rumah anda berwarna putih, anda harus memadankan ia dengan perabot putih juga walaupun anda adalah peminat tema English, ianya adalah mahligai yang bebas untuk anda hiasi mengikut kreativiti anda. Jika anda mahu rasa tenang dengan warna putih, mungkin anda boleh padankan dengan warna pastel yang lain tetapi masih tidak mendominasi ruang.
Ads
3. Meja dan kerusi makan harus sepadan
Satu lagi sterotaip yang tidak betul. Tahukah anda meja makan anda akan masih nampak menarik jika terdapat percampuran design kerusi yang berlainan gaya walaupun konsepnya sama. Lari dari kebiasaan tidak ada salahnya.
Ads
4. Kena penuhkan setiap ruang
Sofa saiz besar sudah tidak relevan lagi pada hari ini dan sudah obsolete. Orang kita sekarang ini lebih cenderung to keep it simple dengan memilih perabot yang lebih kecil. Ingat sifir ini ‘lagi kecil ruang, lagi kecil sofa, armchairs dan meja yang anda akan beli.
Sebenarnya, bilik si kecil lebih tenang tanpa tepekan warna terang. Imaginasi mereka lagi berkembang jika anda warnakan dengan warna lembut dan hiasinya dengan permainan, poster bersama mesej positif dan beberapa lukisan.
6. Semua tingkap perlu langsir
Jika dinding, ada dinding utama serta dinding penyokong, begitu juga dengan tingkap di kediaman anda. Tidak semua tingkap perlu anda hiaskan dengan langsir. Jika dilihat semula, langsir juga merupakan penyebab bilik kita nampak sempit. Anda boleh cuba dengan turunkan langsir di tingkap biasa dan boleh digantikan dengan bidai, percayalah anda akan rasa kelainan selepas mengalihkannya.
Ruang dapur yang luas dan selesa sering menjadi idaman ramai. Tapi tidak semua berpeluang memiliki kediaman yang dilengkapi dapur sebegitu.
Tetapi jangan risau, keluasan dapur tidak menentukan keselesaan ruang. Disini IMPIANA kongsikan cara-cara untuk pemilik dapur kecil untuk memberikan ilusi ruang yang luas pada dapur anda.
1. PEMILIHAN WARNA
– Gunakan warna putih atau rona-rona neutral yang terang sebagai sentuhan warna utama pada ruang dapur anda.
– Terutama pada warna dinding dan juga warna kabinet atau ruang simpanan.
– Warna putih akan sert-merta membuatkan ruang dapur kelihatan lebih luas serta bersih.
– Boleh gabungkan warna putih dengan warna pilihan anda tetapi jangan keterlaluan sehingga dapur nampak serabut pula.
2. JENIS RAK
– Rak jenis terbuka merupakan pilihan yang tepat untuk buatkan ruang dapur nampak lebih luas
– Walaupun perlu sentiasa dikemas dan disusun, rak jenis ini boleh kurangkan kepadatan dapur.
– Selain itu, ia lebih mudah untuk anda mencapai barang apa yang diperlukan ketika memasak.
3. PENGGUNAAN CERMIN
– Gunakan “backsplash” daripada cermin juga dapat beri effect luas dan mewah pada dapur anda.
– Boleh juga tukar pintu atau tingkap kayu kepada yang berkaca. Kesan dari pencahayan dari luar buat ruangan dapur anda kelihatan lebih luas.
4. KONSEP
– Terapkan konsep “less is more” ataupun minimalis di ruang dapur
– Simpan peralatan yang jarang digunakan, contohnya pembakar roti, “coffee maker”, blender.
– Elakkan menyimpan peralatan seperti ini di atas meja, simpan di satu tempat dalam ruangan khas.
– Minimumkan kabinet/ perkakas dapur.
Sumber Imej : Carian Google
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dapur merupakan antara kawasan yang paling rumit untuk dibersihkan. Jika kita gagal menjaga kebersihan di ruang ini, pelbagai risiko penyakit bakal timbul akibat dari pemakanan yang tercemar.
Salah satu bahagian penting termasuklah pada dapur masakan. Disinilah tempat juadah di masak dan disiapkan sebelum dihidang kepada keluarga atau tetamu. Jika permukaan dpaur tidak bersih, bagaimana nak yakin dengan kebersihan makanan?
Melalui perkongsian Puan Idel Hayarnulis di Facebook, terdapat cara mudah nak bersihkan permukaan dapur kaca. Hanya dengan menggunakan tepung, kaca akan menjadi lebih bersinar dan bersih.
CARA MENCUCI DAPUR KACA
Tanpa guna air dan dijamin selamat, tak pecah tak retak. Setiap kali lepas guna pun boleh buat mcm ni. Hanya guna tepung je..tabur kat cermin dapur pastu gosok dengan tangan sampai bersih berkilat, kemudian lap menggunakan kain bersih. Cuba lah! Semoga berguna untuk kita semua. Selamat mencuba ya…
p/s : Untuk cuci tungku memasak tu, boleh rendam dengan air campuran cuka, soda bikarbonat, sabun pencuci dan Clorox. Rendam semalaman kemudian gosok menggunakan berus dawai besi yang kebiasaanya diguknakan untuk menggosok periuk.
SELAMAT MENCUBA!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Penyewaan selama 2 tahun telah tamat perjanjian, tiada masalah senang hati anda mempunyai penyewa begini. Tiada pernah masalah yang diadu oleh penyewa ini.
Anda tidak pernah ada masalah dengan penyewa anda, dia sentiasa membayar duit sewa tepat pada masanya, tidak pernah hubungi anda untuk membetulkan kerosakan, dan rumah anda juga dalam keadaan yang baik. Anda berharap penyewa anda tidak berhenti menyewa kerana dalam ramai-ramai penyewa, dia memang PERFECT.
Anda mengambil cuti sehari daripada bekerja, kumpulkan barangan pencuci dan pergi ke rumah untuk mencuci dan mengemas. Selepas sampai sahaja di sana, anda hidupkan lampu. Anda petik suis…tiada apa-apa terjadi.
Alamak, mungkin lampu rosak. Anda cuba petik suis kipas… sama sahaja – tidak berlaku apa-apa. Sekarang, anda menjadi bingung…ada masalah elektrik ke?
Pada masa itu, telefon anda berbunyi dan anda perasan yang anda telah menerima mesej teks daripada TNB. TNB menyatakan anda telah berbulan-bulan tidak membayar bil dan mereka telah memotong bekalan elektrik anda.
Jantung anda berhenti seketika dan anda baru sedar yang anda berhutang ribuan ringgit kepada TNB. Apa yang lagi menyedihkan? Anda telah pulangkan semula deposit utiliti dan sekuriti kepada bekas penyewa anda. Dalam situasi sebegini, apa yang anda boleh buat?
Jika anda telah pun berada dalam situasi ini, sejujurnya (dan sepahit-pahitnya) kami sebut:
Tidak apa sangat yang anda boleh buat. Isu bil utiliti kerap berlaku dan kebanyakan tuan rumah banyak menjadi mangsa. Namun, apabila anda tidak mempunyai sebarang surat perjanjian sewa rumah antara penyewa dan tuan rumah menyatakan tanggungjawab penyewa untuk membayar bil utitliti, anda berada dalam nasib yang malang.
Tukar Nama Pemilik Akaun
Jadi apa yang anda boleh buat apabila penyewa tidak bayar bil elektrik dan untuk mengelakkan diri anda daripada disaman oleh TNB adalah dengan menukar nama pemegang akaun berdaftar kepada nama penyewa anda.
Dengan cara ini, jika ada apa-apa bil tertunggak:
TNB akan berurusan dengan penyewa anda dan bukannya anda. Apa yang dimaksudkan di sini adalah jika anda menukar nama pemilik sementara bil elektrik rumah sewa anda kepada nama penyewa anda, TNB tidak meletak bertanggungjawab untuk apa-apa kegagalan dalam membayar caj elektrik.
Apa yang menarik adalah:
Sekiranya penyewa tidak bayar bil elektrik mereka, tunggakan tersebut akan dibawa oleh penyewa tersebut sekiranya mereka berpindah ke rumah sewa yang baru. Cara daftar penukaran nama akaun secara online. Ia amatlah mudah untuk menukarkan nama pemegang akaun berdaftar dan anda juga boleh lakukannya secara dalam talian di sini.
Cara penukaran nama akaun TNB secara online adalah lebih mudah berbanding cara yang lain. Langkah-Langkah Penukaran Nama Akaun TNB. Antara beberapa langkah yang perlu anda buat adalah:
1. Login masuk ke MyTNB anda.
2. Klik pada “Apply” pada menu di atas.
3. Pilih “I am moving in. Get me started.” Kemudian isi borang berkaitan dengan maklumat Tuan Rumah, Penyewa dan Rumah Sewa di bawah sehingga selesai.
Dokumen Sokongan
Seperti dalam gambar di atas, TNB akan minta dokumen sokongan di akhir borang tersebut, jadi pastikan anda siap-siap sediakan segala dokumen tersebut.
Antaranya:
1. Salinan Kad Pengenalan (Penyewa & Tuan Rumah)
2. Perjanjian Sewa Rumah – Sebagai Bukti (“Proof of Occupancy”) Penyewa menduduki Rumah Sewa tersebut. Pastikan perjanjian sewa rumah anda mempunyai perkara berikut:
a. Nama Penyewa
b. Alamat Rumah Sewa
c.Tarikh Perjanjian Sewa Rumah dibuat
3. Borang Penutupan Akaun – Anda boleh dapatkan borang ini di sini.
Ini adalah contoh di ruangan akhir untuk anda masukkan segala dokumen berkaitan:
Siap!
Itu sahaja yang perlu anda lakukan untuk tukar nama anda kepada nama penyewa anda dalam urusan penukaran nama akaun TNB.
Anda juga boleh menggunakan aplikasi myTNB di telefon pintar anda dengan meminta Penyewa (sebagai Bukan Pemilik Akaun) anda mendaftarkan diri mereka dengan mengikuti video di bawah:
Apa yang Penyewa perlu dibawa ketika berjumpa dengan pihak TNB untuk penukaran akaun:
Kad Pengenalan
Bayaran pemprosesan (RM3)
Bayaran Duti Setem (RM10)
Deposit Sekuriti (Bergantung pada jenis kediaman)
Selepas itu, pihak TNB akan menghubungi anda sebagai Tuan Rumah untuk mendapatkan pengesahan bagi penutupan akaun elektrik anda pada rumah sewa tersebut.
Kemudian, setelah anda mendapat panggilan, TNB akan mulakan proses penutupan akan dan akan memberitahu Penyewa anda sekiranya proses pemindahan akaun tersebut berjaya.
Setelah selesai penyewaan (apabila penyewa anda berhenti menyewa), anda boleh ulangi proses yang sama untuk menukarkan nama kepada nama penyewa baru atau nama anda sendiri jika anda memutuskan untuk tidak menyewakannya.
Tiada Lagi Tanggungjawab Anda Untuk Membayar Bil Elektrik
Setelah anda tahu tentang ini, anda boleh lindungi diri anda daripada hutang yang tidak diingini dengan memastikan yang penyewa anda mendaftarkan dirinya sebagai pemegang akaun sebelum berpindah masuk.
Apabila penyewa tidak bayar bil elektrik mereka pada waktu yang sepatutnya, pihak TNB akan mengejar mereka bukan hanya pada sewaan rumah anda sahaja, tetapi pada rumah-rumah sewa akan datang.
Anda yang sudah mempunyai penyewa dan masih mengeluh kerana nama anda masih berdaftar dengan TNB, jangan bimbang
…..kerana:
Jika penyewa anda masih lagi menyewa dan anda agak risau yang penyewa anda mungkin lari tanpa membayar segala tunggakan, anda masih boleh memohon untuk menukar nama dengan TNB. Dokumen yang sama juga digunakan.
Tetapi:
Jika anda memilih untuk tidak menukar nama, anda sendiri sebagai Tuan Rumah masih boleh mendaftar untuk akaun myTNB bagi tujuan pemantauan bil elektrik rumah sewa anda.
Ini membawa kita berbalik kepada soalan asal kita.
Apa yang saya boleh buat jika Penyewa tidak bayar bil elektrik?
Jika anda dapat menukar nama pemegang akaun berdaftar kepada nama penyewa anda, semua akan berjalan dengan lancar dan baik. Anda hanya perlu duduk dan lihat mereka saja dari jauh.
Jika anda tidak menukar nama dan terdapat jumlah tertunggak, anda boleh membuat permintaan untuk menutup bekalan elektrik daripada TNB.
Ini bermaksud yang anda meminta untuk TNB menutup bekalan eletrik di rumah sewa anda buat sementara untuk menekan penyewa anda untuk bayar.
TETAPI:
Anda perlu nyatakan persetujuan untuk menutup sebarang utiliti (seperti elektrik atau air) dalam Surat Perjanjian Sewa Rumah sekiranya penyewa tidak bayar bil elektrik atau bil utiliti yang lain.
Sekiranya persetujuan tidak dibuat, anda dianggap telah menyekat hak asasi manusia dan anda boleh disaman oleh Penyewa itu sendiri. Ini dinyatakan di dalam Akta Bekalan Elektrik 1990 .
Oleh itu, ia adalah amat dinasihati (juga oleh TNB) untuk melaksanakan pertukaran nama jika anda ingin menyewakan rumah sewa anda..
Kerana:
Kenapa anda yang perlu ambil risiko dikenakan tindakan undang-undang untuk bil yang tertunggak?
Konklusi
Penukaran akaun dari nama anda ke nama penyewa anda tidaklah sesusah yang disangka. Kami galakkan anda membuat secara online sahaja kerana ia lebih cepat dan mudah.
Melalui penukaran nama akaun ini, anda tidak perlu lagi risau dan runsing memikirkan penyewa tidak bayar bil elektrik atau bil utiliti yang lain dan tidak melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai penyewa sebaiknya. Pihak TNB juga tidak akan memotong bekalan elektrik anda apabila penyewa tidak membayar bil mereka.
Apapun, pastikan anda nyatakan peraturan-peraturan pembayaran bil utiliti termasuk elektrik, air, internet dan lain-lain ke dalam surat perjanjian sewa rumah anda. Dengannya, anda lebih mudah untuk mengawal tingkah laku penyewa dan mendisiplinkan mereka untuk membayar bil setiap bulan.
Soalan Lazim TNB
Terdapat pemilik dibebani dengan bil yang tinggi setelah penyewa berpindah. Bagaimana pemilik boleh melindungi hak mereka?
Pemilik / pelanggan berdaftar mempunyai dua pilihan:
Sebelum penyewa berpindah ke premis, pemilik / pelanggan berdaftar boleh menyediakan dokumen Penukaran Penghuni (Change of Tenancy) yang menjadikan penyewa bertanggungjawab terhadap bil yang tidak dibayar.
Sekiranya pemilik tidak mahu membuat Penukaran Penghuni (Change of Tenancy),pemilik boleh berdaftar dengan e-Services yang terdapat di laman web TNB di www.tnb.com.my dan dengan itu pemilik boleh memantau penggunaan bulanan dan corak pembayaran penyewanya.
Siapakah yang boleh saya hubungi untuk membuat pertanyaan lanjut?
Pelanggan boleh menghubungi TNB melalui pelbagai saluran antaranya:
Telefon/faks One Stop Enquiry Centre 1-300-88-5454
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.