Adakah anda menghuni sebuah apartmen atau rumah yang mempunyai ruang laman yang amat sempit? Pernahkah anda berkeinginan untuk memiliki sebuah kitchen garden atau edible garden namun ruang menjadi halangan? Tanaman dalam pasu adalah penyelesaian kepada masalah tersebut. Apa yang anda perlukan hanyalah bekas atau pasu yang berkapasiti lima gelen, batu, peat moss,medium tanaman dan bahan kompos. Kedengaran bahan yang diperlukan banyak, namun hakikatnya ia sesuatu yang ringkas untuk membina sebuah taman di anjung rumah yang dipenuhi dengan tumbuhan edible.

Jika anda telah memutuskan untuk memiliki sebuah edible garden di ruang yang sangat terhad, perkara utama yang perlu difikirkan adalah untuk mengenal pasti tumbuhan yang bakal ditanam. Untuk mereka yang baru berjinak-jinak untuk bercucuk tanam, tumbuhan yang paling mudah dan cepat dituai adalah pilihan utama.

Antara tumbuhan yang mudah ditanam di dalam pasu adalah seperti berikut: Untuk Part 1 klik di sini http://www.impiana.my/6-sayur-mudah-tanam-dalam-pasu-untuk-beginner-part-1/

  1. Tomato (Lycopersicon esculentum)

Tomato adalah tumbuhan jenis perennial yang ditanam dalam masa singkat. Pokok tomato amat sesuai ditanam di dalam pasu. Namun sistem penyokong seperti tomato cage perlu disediakan bagi menampung pokok tomato terutamanya apabila berbuah. Buahnya yang berat boleh menyebabkan dahan pokok patah. Untuk memastikan penghasilan buah di tahap optimum, pokok tomato memerlukan cahaya yang banyak namun tidak terlalu terik terutamanya di waktu pagi.

6 Sayur Mudah Tanam Dalam Pasu Untuk Beginner (Part 2)

 

  1. Sawi hijau (brassica chinensis)

Sawi merupakan agen anti kanser paling hebat. Diperkaya dengan vitamin A, B dan C serta mampu membekalkan mineral yang diperlukan oleh badan seperti zat besi dan kalsium. Sawi hijau sesuai ditanam di dalam bekas namun medium tanamannya haruslah sentiasa di gembur. Sawi memerlukan penyiraman yang kerap untuk tumbesaran optimum. Sawi sesuai dituai selepas 28 hingga 35 hari selepas disemai.

6 Sayur Mudah Tanam Dalam Pasu Untuk Beginner (Part 2)

IKLAN
  1. Kangkung (Ipomoea aquatica)

Kangkung merupakan tumbuhan dari keluarga kembang pagi. Kangkung antara tumbuhan yang amat mudah bercambah dan cepat dituai. Ia boleh di biak melalui biji benih mahupun keratan batang yang keras dan mempunyai sedikit akar yang dibeli dari pasar. Kangkung memerlukan medium tanaman yang sentiasa lembap. Oleh itu, pastikan penyiraman dilakukan secara kerap terutamanya apabila tibanya musim panas. Kangkung sedia dituai apabila usianya mencapai empat hingga enam minggu selepas disemai. Tinggalkan kira-kira 5cm panjang batang dari aras tanah dan biarkan ia bercambah lagi.

6 Sayur Mudah Tanam Dalam Pasu Untuk Beginner (Part 2)

 

  1. Pandan (pandanus amaryllifolius)

Pandan merupakan tumbuhan yang berasal dari Asia Tenggara. Pandan antara tanaman wajib yang ditanam di sekitar rumah masyarakat Melayu. Pandan mudah hidup liar jika ditanam di tepi laluan air dan mempunyai cahaya yang cukup. Namun pandan juga sesuai ditanam di dalam pasu. Untuk medium tanaman pasu yang digunakan haruslah dari jenis yang ringan dan mudah untuk di gembur. Selain daripada itu, pandan juga memerlukan kelembapan yang tinggi untuk menghasilkan bilah daun yang lebar dengan daun yang harum.

6 Sayur Mudah Tanam Dalam Pasu Untuk Beginner (Part 2)

IKLAN

 

  1. Kunyit (curcuma longa)

Kunyit merupakan salah satu tumbuhan yang boleh dimanfaatkan keseluruhan pokoknya. Ia kerap digunakan di dalam masakan tradisi Melayu juga sebagai sebahagian perubatan tradisional. Kunyit mudah disemai di dalam pasu dengan menggunakan rhizome atau lebih dikenali sebagi ibu kunyit. Pastikan medium pemasuan yang digunakan dari jenis yang ringan dan mudah untuk di gembur. Pastikan juga medium pemasuan yang digunakan mempunyai saliran yang baik kerana kunyit amat cerewet kepada air yang mudah menakung.

6 Sayur Mudah Tanam Dalam Pasu Untuk Beginner (Part 2)

  1. Kucai (Alium tubersom)

Kucai merupakan tumbuhan dari keluarga bawang (Alium) yang sering digunakan dalam masakan masyarakat Asia. Kucai adalah spesies tumbuhan mudah bercambah. Ia boleh ditanam melalui semaian bijih benih. Namun untuk mendapatkan hasil tuaian yang cepat, kucai perlu ditanam melalui rhizome sama seperti pokok bawang. Kucai tumbuh secara merumpun dan boleh mencapai ketinggian 20cm hingga 40cm. Medium tanaman berpasu untuk pokok kucai haruslah dari jenis tanah gambut yang kaya dengan bahan organik namun ia tidak memerlukan kadar kelembapan yang tinggi. Untuk menuai, potong bahagian daun sahaja dan biarkan ia bercambah semula.

IKLAN

6 Sayur Mudah Tanam Dalam Pasu Untuk Beginner (Part 2)

 

 

 

 

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI